Bismillah
Ffffuuuuhhhhhhhhhhh..
Alhamdulillah hari ini aku masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog yang telah sekian lama ditinggalkan. Banyak sangat cerita yang perlu aku update.
09/09/2011
Akhirnya hasrat Yanie, Nani, Wani, Hani, Ain, Dayah dan Yana untuk berjalan raya ke rumah aku tercapai juga kebetulan pula pada hari tersebut kami hanya ada dua kelas sahaja. Memang berjalan sakan la budak-budak ini. Kami naik pengangkutan awam sahaja dari kampus. Agak lama nak menunggu bus di hadapan kampus itu, tapi apakan daya, tunggu je la.
Kampus UITM Alor Gajah --> Pekan Alor Gajah --> Melaka Sentral --> Bukit Beruang
Total perjalanan pergi dan balik ada lah dalam rm10 lebih seorang. Berbaloi atau tidak itu belakang cerita, yang penting hati masing-masing puas hati dan gembira dapat naik bus yang kejap ada econ, kejap tak ada, duduk depan pintu bus then dapat angin yang kuat (jakun macam pertama kali naik bus)
Ini Wani & Yana.
Dua orang yang sentiasa ceria tidak kira situasi.
Inilah juadah yang disediakan ayah ibu untuk menjamu mereka makan.
Disebabkan mahu makan banyak-banyak dirumah aku, masing-masing tak jamah apa pun makanan dari pagi. Inilah akibatnya bila sudah tiba dirumah.
Masing-masing tak sabar nak makan semua yang ada.
Yana, jangan dimakan sudu itu.
ish ish ish.
Nampak kan betapa laparnya Yana ini. Dayah awal-awal lagi sudah habis mee karinya.
Sedapnyaaaaaaa..
Dasat Ain, mee tak habis lagi tapi dah nak makan bubur pula.
Yani & Hani menunjukkan tahap kesopanan mereka di depan makanan.
Usai selesai makan, masing-masing berehat dan menunaikan solat Zohor. Sambil-sambil itu melayan kekanak riang di rumah ini. Seronok Marsya dan Firash sebab ada makcik-makcik yang rajin melayan kerenah mereka.
Sedang seronok bergelak ketawa tetiba terdengar bunyi berdentum depan rumah. Aku pandang diorang, diorang pandang aku. Baguslah. Jengah dekat luar rupa-rupanya ada kereta terlanggar tiang lampu. Aduyaii. Nasib baik tak jadi apa-apa. Masing-masing keluar nak tengok, jakun betul kita semua ini.
Pabila dah tolong kakak tuan empunya kereta itu, mula la mereka nak posing dekat luar ini. Katanya pokok buloh depan rumah ini cantik, boleh berteduh dari cahaya matahari bagai.
Nani berada di dalam rumah tika ini kerana shawl yang dipakainya terkena kuah kari dan terpaksa dibasuh.
Kesian.
Ini sewaktu makan kali kedua pula. Yani mengambil gambar mata seorang demi seorang untuk rakan-rakan kelas kami teka mata siapa itu. Hahaha. Ada-ada sahaja Yani ini.
Seronok Yani mengambil gambar mata masing-masing untuk membuat koleksi.
Hahaha. Ada-ada sahaja Yani ini.
Riak wajah Ain dan Wani ketika Yani mengambil gambar mata Hani. Ada sesuatu yang sangat lawak pada gambar itu. Aishhhh. Tak baik betul kalian ini.
Penuh meja depan dengan makanan dan air. Nampak benar tahap kelaparan masing-masing walaupun sudah makan mee kari sebelum ini.
Sempat lagi nak berposing di belakang rumah.
Yani dan Ain.
Alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar. Perut masing-masing pula semakin kenyang sesudah di isi dengan pelbagai jenis makanan serta minuman. Harap kalian berpuas hati selama duduk di rumah aku ya. Sekiranya ada tersalah silap terkurang itu ini, mohon ampun ya.
Raya tahun hadapan jemput datang ke rumah lagi ya.
=)
p/s : kepada rakan-rakan yang tak di jemput, harap maaf ya.
sedihnya dengar lagu ni..knapa aku emo!!!:(
ReplyDeletekawan2 ummi smua cantik2 melecun..ada yg belum berpunya tak?boleh berkenalan????
ReplyDelete