Bismillah
Asalammualaikum.
Selamat petang semua.
Alhamdulillah, hari ini aku telah berjaya memasak sesuatu masakan sambil di perhatikan oleh ibu. Teringin nak masak nasi dill sebab terkenangkan makan dengan kawan-kawan sebelum cuti lepas. Waktu itu, ayah ibu yang hantarkan nasi dill ini dekat kolej. Kenduri la kami beramai-ramai dalam bilik. Hihihi. Ok. Aku tak mahu cakap banyak pasal makan dengan kawan-kawan bagai.
Sekarang, aku nak kongsi resepi nasi Dill atau dikenali sebagai nasi Pakistan. Resepi ini ayah ibu dapat daripada Pak Teh Ramli, adik ayah aku. Terima kasih Pak Teh. Nasi Dill memang sedap bangat! =)
Nasi Dill
Bahan-bahan
4 cawan beras basmathi, basuh dan toskan.
6 cawan air
1/2 cawan minyak zaitun atau minyak masak
1/2 botol rempah dill
garam secukup rasa
- Didihkan air dalam rice cooker
- Masuk beras, garam, daun dill, minyak zaiton dan kacau rata.
- Pabila nasi sudah masak, gembur-gemburkannya.
Paceri Nenas
Bahan-bahan
1 tin nenas cap ayam
1/2 inci halia, hiris
2 biji bawang besar, hiris bulat
4 biji bawang putih, hiris
1 biji cili merah, di belah 4
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
2 biji bunga lawang
6 biji bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
1 sudu kecil serbuk kunyit
- Tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang.
- Masukkan halia, bawang putih, bawang besar dan cili merah.
- Pabila kesemuanya sudah kekuningan, masukkan nenas dan setengah air.
- Akhir sekali masukkan garam serta kunyit dan kacau hingga sebati.
- Masak hingga pekat.
Ayam Bamia
Bahan-bahan
1 ekor ayam
1 sudu makan rempah daging Babas
1/2 tin tomato puree
2 cawan air
1/2 cawan minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 cawan susu cair carnotion
3 biji limau nipis
4 biji bawang besar, tumbuk halus
8 ulas bawang putih, tumbuk halus
1 ulas halia
2 biji tomato, belah 4 ( di goreng )
6 biji bunga cengkih
2 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
4 biji bunga lawang
2 sudu besar gula pasir
garam secukup rasa
cara-cara buat tairu
- Perahkan air limau nipis ke dalam susu cair dan biarkan ia seketika.
- Pastikan susu yang di campur dengan limau itu menjadi pekat.
Kemudian, mulakan masakan ayam bamia ini.
- Tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan bunga pelaga. Kemudian
masukkan rempah kari dan goreng sehingga garing.
- Masukkan ayam dan kacau sebati. Biarkan ianya seketika.
- Masukkan tomato puree, tairu, air, garam dan gula, masak hingga mendidih dan pekat.
Bahan-bahan
1 batang timun
1 biji epal hijau
3 biji tomato
2 biji bawang besar
1 sudu besar mayonis
1 sudu besar minyak zaitun
Setengah biji air perahan limau
Lada hitam secukup rasa
Garam secukup rasa
- Bahan-bahan di atas haruslah di potong dadu.
- Kemudian campurkan kesemuanya dan masukkan mayonis, minyak zaitun, air perahan limau
serta lada hitam.
- Gaulkan kesemuanya sehingga sebati,
1 batang timun
1 biji epal hijau
3 biji tomato
2 biji bawang besar
1 sudu besar mayonis
1 sudu besar minyak zaitun
Setengah biji air perahan limau
Lada hitam secukup rasa
Garam secukup rasa
- Bahan-bahan di atas haruslah di potong dadu.
- Kemudian campurkan kesemuanya dan masukkan mayonis, minyak zaitun, air perahan limau
serta lada hitam.
- Gaulkan kesemuanya sehingga sebati,
Akhir sekali hidangkan hidangan tersebut untuk di makan.
SELAMAT MENCUBA SEMUA!
(*____________*)
P/S : sedap juga aku masak rupanya.. =)
tahniah sbb dah terer masak.. kuikuikui
ReplyDeletemuehehehe...terima kasih mamida.. =)
ReplyDelete