Sunday, September 4, 2011

Lebaran kedua



Bismillah


Arrgggggggghhhhhhh.  
Mengantuknya. Pagi-pagi lagi tidur si kecil manis ini diganggu. Menguap besar sungguh pagi itu. Ala biasa la, setahun sekali saja diganggu tidurnya itu.

Seperti raya sebelum ini, raya kedua kami sekeluarga akan menziarahi sanak-saudara sebelah ibu juga di Kuala Linggi. Aku paling suka jalan-jalan disana kerana semua saudara-mara dekat sana tinggal dikawasan kampung, tepi pantai. Memang terasa suasana raya. Al maklumlah, aku tiada kampung sebegini. Itu pasal kalau ke Kuala Linggi aku jadi macam jakun sikit. Kihkihkih.

Sebelum bergerak ke Kuala Linggi, pastinya kami akan singgah dirumah sahabat lama ayah di Cheng. Rumah kawan ayah ini ada dua ekor kucing yang sangat jinak. 
Huuuiiiihhhhhhh.
Tak kisahlah jinak macam mana pun kucing itu, aku tetap takut. Grrrrrrr. Tapi si Firash cool saja. Kucing itu siap meleseh-leseh dekat dia. Aku tengok pun cuak. Siap menjerit-jerit lagi bila kucing datang pada aku. 
Huuuuuuuuu.


Nampak tak ini budak kecil??
Sekali tengok macam orang tua pun ada.
Hahahaha.

Kali ini memang tak banyak ambil gambar sebabnya aku dan abang agak malas untuk mengambil gambar. Camera hanya dibawa ke hulu hilir saja. Hehehehe.

Ini sewaktu berada di rumah Nek Uda. Disini memang akan dijamu pelbagai jenis juadah. Disebabkan aku tengah betul-betul lapar, aku pun makanlah nasi beriyani yang baru sudah dimasak tika itu.



Macam-macam ada bukan? 
Memang rugi kalau tidak makan semua ini.
Nyum nyum nyum..
Sedap!!

Selepas itu singgah dimasjid untuk menunaikan solat Zuhur terlebih dahulu.Iya la, raya raya juga tapi solat jangan dilupakan. Hehehe.

Di rumah Nek Lang pula pernah sekali kasut aku diambil dan di letakkan di tepi jalan oleh budak-budak kampung yang datang beraya ke rumah Nek Lang. Nasib baik ada makcik yang baik hati ini datang dirumah Nek Lang dan bertanyakan tentang kasut itu. Sumpah! Sejak kejadian itu, hari Raya aku sudah tidak berani nak pakai wedges lagi. Nanti tak pasal-pasal ada yang kena campak kat dalam laut pula. Wohohhhhh. 
Bahaya bahaya bahaya.


Ini di rumah Nek Lang. Kalian tahu kenapa muka Najla begini? Ini sebabnya dia sedang belajar memanjat tangga. Tika ini dia sudah berjaya memanjat tangga sampai ke atas tapi tiada seorang pun ingin membantunya untuk turun. Disebabkan itu, Najla buatlah muka begini untuk memprotes semua orang yang tidak menolongnya. Hahaha.
Hambeekkk kauu!

Tapi sekejap saja Najla buat mimik muka begitu.
Selepas didukung oleh ibunya, semuanya berubah.
Tak percaya?
Mari lihat sini.


Senyuman yang penuh kepuasan.
Rambut yang telah berubah dengan drastiknya.
Kalian jangan ingat lelaki sahaja yang boleh buat begini ya, perempuan macam Najla juga boleh. Tapi Najla hanya menggunakan peluh keringat di kepalanya sahaja. Kihkihkih.
Dasat dasat dasat.

Selepas di rumah Nek Lang, kami singgah di rumah Pak Cik Daud, Pak Cik Bahaman dan terakhir sekali rumah Pak Cik Madi. Dirumah Pak Cik Madi ada kandang kambing. Fuhhhhh. Memang jakun ar masing-masing tengok kambing banyak-banyak kat dalam kandang tuuu. Nasib baik pintunya dikunci, kalau tak, memang Firash dah terlepas masuk ke dalam sana. Kihkihkih.


Ini Pak Cik Madi bersama dengan ayah. Aku sendiri tak berapa cam sebenarnya tuan rumah. Hiiiiiii.


Inilah yang berlaku pabila anak bandar masuk ke kampung. Terjerit-jerit Najla pabila kambing itu menghampiri pagar. Firash seperti biasa relax memanjang. Aku rasa Firash memang sangat sebati dengan binatang berbulu kot. Hehehe.

Sesudah beraya di Kuala Linggi, aku dan keluarga menuju ke rumah nenek sedara yang mengadakan olen house pada setiap raya kedua. Kali ini kami semua memang tak tahu malu kerana buat kepoh didalam rumah sedangkan tuan rumah sedang sibuk melayan tetamu di luar. Antara gambar-gambar yang di tembak pada malam itu ialah di bawah ini.


Kami golongan remaja-remaja kecuali yang berbaju merah dan berbaju kurung putih.
=)


Sepupu-sepapat yang membuatkan rumah itu bergegar dengan gelak tawa kami semua. Gaya masing-masing memang macam buat rumah sendiri pula gamaknya.
Aiiishhhhh.
Ada segelintir sedara yang tidak join tika ini.


Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!

Aku tak tahu gaya apa yang masing-masing sedang buat. Aku pun main hentam aje. Kihkihkih.

Sumpah perjalanan raya kedua ini pun penat juga tapi tidak sepenat raya pertama kerana aku tidur lambat malam itu. Hehehe.

Memang puas beraya kali ini walaupun ada rasa tidak seronok tahun ini. Tapi demi meraikan hari raya ini, aku buat-buat gembira saja la. 
Heeeeeee.

Sekiranya kalian ingin melihat video Firash dan kucing, sila lihat di blog abang epah ya.

Tatap lah gambar terakhir untuk entry ini.


Amacam?
Ayu bukan?
Ceiiitttttt..

Bye-bye semua.

p/s : 21 hari lagi..

2 comments:

  1. cantiklh cik atiqah ni..selamat hari raya ye!!

    ReplyDelete
  2. Saya terpikat budak tudung hijau tu! hihihii.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for Blogger