Bismillah
Hari ini sudah Syawal ke 4 rupanya. Sekejap betul masa berlalu. Aku rasa macam baru malam semalam dengar orang surau baca takbir raya. Huhuh. Mungkin sebab cuti pendek sangat kot. Al maklumlah, setiap kali cuti raya, mesti kawan-kawan datang rumah. Kali ini tidak pun. Seorang kawan pun aku tak jumpa. Sedih betul.
Aku rasa masih sempat lagi untuk aku mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua sahabat handai yang mengenali diri ini. Minta maaf dari hujung jari hingga ke hujung planet Pluto sekiranya aku ada melakukan kesilapan secara sengaja atau pun tidak selama ini termasuklah terkasar bahasa sehingga mengguris hati kalian semua. Harap diampunkan ya.
Aidilfitri pertama kali ini seperti biasa aku serta keluarga pergi solat sunat hari Raya di Masjid Al-Alami, Ayer Keroh Melaka. Semua ada kecuali abang Ammar dan kak Nurul kerana mereka terlambat pada pagi itu. Waktu ssedang solat, Firash boleh pula menangis dengan kuatnya sampai nak termuntah-muntah dibuatnya budak kecil ini. Haiyyaaa. Aku pun cuak juga. Takut Firash tiba-tiba muntah. Nanti tak pasal-pasal kena cuci semuanya. Huhuhu. Mungkin dia menangis sebab terkejut tengok orang ramai sangat yang memakai telekung putih pagi itu. Hihihihi.
Usai selesai solat sunat hari Raya, kami sekeluarga wajib bergambar dihadapan masjid. Sudah menjadi kebiasaan keluarga aku pabila selesai solat sunat hari Raya setiap tahun.
Antara gambar-gambar yang ditembak oleh abang aku ialah
Sekali pandang gambar ini, terasa geram pula. Dengan senyuman mengadanya. Aishhhh. Rasa nak gigit-gigit je pipi si kecil ini.
Ini Abang Ammar dan isterinya kak Nurul.
Mereka tiada gambar di masjid kerana mereka tiada bersama kami pagi itu.
Abang Suhail dan Kak Nadzifa serta puteri sulung mereka Sahal Najla.
Bukan main ramai lagi yang memanggil-manggil nama Najla supaya dia pandang ke arah camera. Susah untuk mendapatkan gambar Najla betul-betul tersenyum ke arah camera.
Aku , Abang Epah serta kakak.
Hanya kami bertiga yang tiada pasangan. Heeee.
Whole family except Abang Ammar and his wife, Kak Nurul.
Selesai bergambar sana sini di masjid, kami beransur pulang ke rumah untuk bermaaf-maafan antara satu sama lain.
Sudah minta maaf, menangis bagai, anak buah ayah dan keluarganya datang ke rumah untuk beraya bersama kami.
Inilah dia keluarga Kak Ani dan Abang Din. Mereka tidak pulang ke kampung di Kedah. Ini pertama kali mereka berpindah ke Melaka dan beraya bersama keluarga aku.
Seronok bukan beraya bersama kami??
Rumah pertama yang akan kami kunjungi ialah rumah jiran lama ku di Desa Baru, Melaka. Disini selalunya ayah akan baca doa untuk arwah adik-beradik tuan rumah yang telah meninggal dunia.
Lepas itu kami di jamu makan ketupat, rendang bagai.
Makan jangan tak makan semua.
Ayah mengajak kami semua ziarah ke rumah Ustaz Rahim iaitu jiran lama kami juga.
Inilah keluarga ustaz. Tapi anak-anak lelakinya tiada di dalam gambar ini. Tenang betul jiwa hati bagai pabila melangkah masuk ke teratak indah ini.
Kak Ani, Ibu dan Mak cik Nelly
Teman sepermainan aku waktu kecil-kecil dulu. Tapi sekarang dia lebih tinggi dari aku. Sumpah memang tinggi. Terasa diri aku ini sangat pendek!
Apa macam?? pendek kan aku??
Rumah ibu yang selalu kami kunjungi ialah rumah Nek Kiah. Raya pertama pasti akan ke sana dahulu sebelum berangkat ke rumah saudara-mara yang lain. Rumah ini memang wajib pergi juga. Riuh rendah bagai semuanya perkara biasa buat aku. Seronok rasanya pabila melihat mereka girang gembira di Aidilfitri.
Disini ada pelbagai aneka juadah juga terutamanya ialah Laksa Nyonya, ketupat, rendang, lontong, kerepek, kuih raya dan pelbagai lagi. Memang kenyang yang amat la pagi itu. Tapi aku tak adalah sebat semuanya. Heee.
Alalalalala. Ini aku dan si kecil comel yang manis ini, Marsya Maisarah. Papa Marsya gelarkan diri aku ' kakak cantik ' pada anaknya ini. Ada yang melekat juga nama panggilan itu. Hehehehe.
Ini ibu dan Nek Kiah.
Baru aku perasan Nek Kiah ini ada lesung pipit rupanya.
Sebelum meneruskan perjalanan beraya ke rumah yang lain, gambar beramai-ramai ini wajib di ambil.
Ada beberapa keluarga tiada waktu ini.
Najla mata dia sorang sahaja yang bulat begitu.
Wakil tuan rumah yang hantar sampai ke luar.
Anty Ju, Marsya & Pak Memel.
Rumah seterusnya ialah rumah Nek Mami.
Ibu dan anak menantunya.
Kemudian kami berangkat ke rumah Nek Cot pula di Bukit Baru Melaka. Waktu ini saudara-saudara dari Singapore sudah mahu pulang ke tempat mereka. Aiiiyoooo. Cepat bebenor. Iyalah, Singapore cuti rayanya sehari saja. Sempat bersalam-salaman sahaja la. Disini juga ada pelbagai jenis makanan. Puas nak makan.
Setelah puas makan, berbual dengan saudara-mara yang ada, kami beransur pulang kerana ada lagi tempat yang ingin dituju.
Sebelum pulang, sempat lagi bergambar.
Mari tunjukkan gigi masing-masing dengan senyuman yang paling menawan.
Ceiiittttt. Memang tak laaaa. Dengan muka sorang-sorang yang macam apa je tu.
Inilah Nek Cot, tuan punya rumah.
Terima kasih ya kerana telah menjamu kami sekeluarga makanan yang sangat sedap.
=)
Petang itu juga kami pergi ke Merlimau, ziarah saudara-mara di sana. Sampai rumah dalam jam 10 lebih kalau tidak silap aku. Apa yang pasti sampai sahaja dirumah, aku terus tertidur dengan baju raya sampai keesokkan paginya..
Krrrrooohhhhhhhhh...
Sangat-sangat letih tika itu.
p\s : raya raya juga. tapi jangan makan ikut sedap hati saja ya.
happy fmily..cantik gambar2..
ReplyDeletetq tq tq.. =)
ReplyDelete