Saturday, July 16, 2011

Bila pula giliran aku?



Bismillah


Hari Ahad yang lepas, kami sekeluarga menghadiri majlis perkahwinan dua pupu aku di Durian Tunggal. Cuaca sangat panas ooo. Berpeluh-peluh mereka berdua di atas ini.
Lebih-lebih lagi abang Epah.
Firash yang sangat suka berjalan bersama stokin pink dia buat-buat macho bersama pak ciknya. 
Hohohoh.

Bila pergi kenduri kahwin, pasti kena bersalaman dengan tuan rumah. Sejujur-jujurnya, aku ternampak seseorang. 
Ya Allah, air mata aku bergenang tiba-tiba saat melihat ibu bersalaman dengan dia. Sudah lama tidak ketemu dengannya. Aku rasa macam nak lari je pergi duduk dekat satu semak, nak menangis seorang diri di situ. Tapi cepat-cepat aku gosok-gosok mata. Malu kalao ada orang nampak aku menangis. Huhuhuh. Giliran aku bersalaman dengannya, aku buat biasa sahaja. Macam tak ada apa yang berlaku. Senyum lain daripada yang lain. Hihihihi.

Sesudah makan, aku, ibu dan kak Nadzifa duduk di hadapan pelamin. Panas punya pasal sanggup buat muka biasa-biasa duduk dekat situ sebab ada kipas yang sangat kuat. Hehehe.

Kalau dah ada depan pelamin mestilah kena bergambar kan. Nak bergambar sorang-sorang malu pula. So, aku mulakan dengan budak berdua ini. Hahaha. 

Untunglah Firash dan Najla.
Kecil-kecil lagi dah dapat naik pelamin.
Firash muka gembira pula dapat duduk atas itu dengan Najla.
Najla pula muka seolah-olah tak sanggup nak duduk lama atas pelamin dengan Firash yang selalu ganggu dia.
Huh.

Kebetulan, di situ juga ada makcik-makcik yang sedang bercogam. Pabila mereka melihat sahaja Firash dan Najla duduk di atas pelamin, mulalah kedengaran 

" Alahai comelnya"
" Macam anak omputeh yang perempuannya "
" Kecil-kecil lagi dah hensem "

Macam-macamlah yang makcik-makcik itu katakan. Ala, kalau budak-budak kecil yang duduk atas pelamin, semuanya positif. Cuba kalau aku yang duduk atas pelamin tu, mahu tak macam-macam orang cakap. Hohoh.
Tak apalah makcik. 

Hmmmmm.

Agak-agak bila la kan aku dapat duduk atas pelamin.
=P

Tak dapat duduk berdua macam itu, macam ini pun jadilah. 
Heeee.
Firash dengan Najla pelik tengok makcik-makcik yang duduk berbual di tepi kami. Gelak ketawa dengan suara yang agak merdu gitu. XD
Hahahaha.

Aku ingatkan aku sahaja yang teringin duduk atas pemalin itu. Rupa-rupanya, kakak ipar aku pun teringin juga. Aik, bukan akak dah pernah rasa duduk atas pelamin ke sebelum ini. =P
Haiiyaaaaa.

Tapi kak Nadzifa sanggup duduk bawah sahaja. Mungkin malu. 
Kihkihkih. Pandai-pandai aku sahaja buat anggapan begitu. Huuuu.
Najla macam biasa memang suka bergambar dengan ibunya.
Tengok gambar pun sudah tahu. Ini bukan takat nampak mulut terbuka luas sahaja. Suaranya yang nyaring itu pun turut kedengaran.
Najla ooo Najla.

Najla tak puas hati apabila melihat Firash duduk bersama ayahnya. 
Adoyaiii. Kecil-kecil pun dah pandai jelous ea. Firash pula buat berlagak dia bila dah dapat duduk di atas kerusi. 
Apa pun tak bolehlah dengan botak ini.
Kesian Najla.

Inilah mama dan papa Marsya. 
Alahai, kesian Cha. Muka bebintat-bintat kena gigit dengan nyamuk.
Tak apa. Dah biasa kan Cha?
=)

Cerita punya cerita, pengantinnya mana ea. Aku pun pelik juga. Sebab entry ini khas untuk dua pupu aku. Adei. Apalah aku ini. Banyak benor mengelamun aku ini.
 Heee.


Ehem ehem ehem.

Selamat Pengantin Baru ya Abang Saiful.
Semoga hubungan perkahwinan kalian berkekalan hingga ke akhir hayat.
Cepat-cepatlah dapatkan seorang anak ya.
=)

p/s : Ibu ayah, tqa nak kawin boleh? ;)

















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for Blogger