Sunday, July 10, 2011

Bersemadilah kamu



Bismillah



Malam semalam dalam perjalanan ke Jusco, ibu memberitahu bahwa Budin telah meninggal dunia dua minggu yang lepas. Pada mulanya aku ingatkan ibu saja nak kenakan aku. Rupa-rupanya betul. Macam tak percaya pula aku dibuatnya. Tak sangka pula benda macam itu akan berlaku.

Urmmmmm.
Siapa Budin??
Boyfriend aku ke??
Bukan bukan bukan.

Budin itu ialah seorang manusia macam kita juga cuma arwah hilang ingatan dan kehidupannya tidak terurus sejak pemergian kedua orang tuanya. Arwah seorang yang normal.

Kata ayah " Dulu arwah seorang kontraktor sehingga suatu ketika arwah terjatuh dari tempat yang tinggi semasa melakukan kerja. Sebab itulah arwah hilang ingatan sehingga sekarang"..

Hmmm. Kesian.
 Sesiapa yang selalu atau pernah berjalan di Peringgit Point yang dekat-dekat dengan Proton tu, mesti kalian pernah lihat arwah. Selalunya arwah akan berjalan sana sini tanpa baju atau bajunya di sangkut pada bahu. Satu hobi arwah ialah melukis dekat tembok. Ada lukisan bangunan dan macam-macam. Dekat jambatan area Proton dan di jejambat hospital Melaka  masih ada lagi hasil kerja tangan dari arwah. Sudah banyak kali JKR cat tembok-tembok itu, tapi arwah tetap lukis dengan menggunakan pensil. Tak lama lagi hilang lah lukisan-lukisan arwah di tempat itu.

Pernah sekali dekat Peringgit itu jam. Kebetulan arwah berada di tepi jalan. Aku saja-saja pandang arwah, tapi arwah tunduk. Kata ayah lagi, arwah sangat malu dengan orang perempuan. 
Kenapa begitu? 
Aku tidak tahu. 

Kata ibu arwah meninggal dunia di sebabkan mengalami kemalangan di Peringgit Point pada jam 5.00 pagi. Waktu itu arwah berjalan hendak ke mana pun tidak tahu tanpa memakai baju. Kebetulan ada sebuah kereta pak cik yang dari arah KYM melanggar arwah sehingga terpelanting di tengah jalan. Katanya, tidak perasan arwah ketika itu. Kemudian di belakang kereta itu terdapat sebuah van kilang yang sangat laju dan melanggar serta menseret arwah  sehingga terburai isi perutnya. 
Astagfirullahalazim.

Selepas ini tiada lagi kelihatan arwah di tepi-tepi jalan lagi.
=(

Jenazah arwah disemadikan pada hari Jumaat, penghulu segala hari.
Semoga rohnya berada dikalangan orang yang soleh.

Dari bumilah Kami ciptakan kamu, dan ke dalamnya Kami akan mengembalikan kamu dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi (Thaahaa : 55)

~ Al-Fatihah ~

p/s : itu yang sudah di tentukan. kita bakal menyusul.

5 comments:

  1. rasa macam pernah nampak sekali arwah kat situ.jarang pergi sana so tak cam arwah sangat.

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah buat rohnya.. Mmg dia rajin jenjalan ambik angin kat tepi2 jalan depan tu.. PAling sedih tgk masa hari raya... dok kat tembok tengok orang beraya kesana-sini...Ada sekali tu dia dok melukis atas jalan... Ada yg tarik dia suh ketepi sbb kereta banyak tapi dia tetap tertunggeng2 dok melukis...

    ReplyDelete
  3. dalam kenangan..semuga rohnye dicucuri rahmat..Amen..

    ReplyDelete
  4. alfatihah ~

    btw,
    boleh aimie mntak tlg untuk komen entry ni? http://imedianna.blogspot.com/2011/07/saya-bertudung-dan-saya-sangat-pretty.html

    saya masuk GA CONTEST yg memerlukan Comment yg byk2 :) Thx a lot k :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for Blogger