Saturday, July 30, 2011

Puasa Yang Yuk



Bismillah

Yeayh, puasa dah nak dekat. 
Eh, bukan dah nak tapi memang dekat dah pun. Tinggal sehari saja lagi nak masuk bulan Ramadhan yang mulia. 
Eiiiiiiiii. Tak sabarnya nak puasa.
Nak pergi bazaar Ramadhan lagi.
Wah, seronoknya dapat cuci mata petang-petang dengan pelbagai aneka juadah.
Bestnya bestnya bestnya..

Cakap tentang puasa, aku teringat zaman kanak-kanak dulu. Sudahlah puasa yang yuk, tapi bila berbuka mengalahkan orang yang berpuasa seharian. Semuanya nak makan. Semuanya nak minum. Dulu kalau dah nak berbuka ayah mesti akan bertanya.

Ayah : Buka hari ni nak minum apa?
Aku : Haaaa. kita minum air soya campur cincau ea.
Ayah : Ok.

Esoknya..

Ayah : Buka hari ini nak buka minum air apa?
Aku : Kita buka minum air bandung yang guna aiskrim soda ngan strawberi tuu ea ea ea.
Ayah : Ok.
 
Lusanya..

Aku : Ayah, hari ni kita buka dengan air susu blend dengan kurma nak tak?
Ayah : Hmmm. Boleh.

Kalian nampak tak, semuanya aku yang bagi jawapan. Tak bagi peluang langsung pada abang-abang atau kakak. Hehehe. Al maklumlah, anak bongsu, Itu jadi macam ini. Adeiii. Tapi itu semua waktu kecil la. Sekarang dah remaja, tak macam tu. Malu nak minta itu ini untuk berbuka.
Weeeee. 

Lagi satu, dulu waktu sekolah rendah darjah 3 macam itu, kalau sekolah petang mesti aku akan minum air paip secara berjemaah waktu nak ambil wudhuk dengan kawan-kawan. Haus punya pasal. Tak senonoh betul kan? Dekat rumah pun kadang-kadang aku bawa botol air masuk dalam bilik, minum la puas-puas. Hahaha.
 Adoyaiii.
 Kau pecah tembelang kau sendiri Atiqah oiiii.

Ehem ehem ehem. 
Ibu ayah, itu semua waktu tqa kecil-kecil dulu. Zaman belum baligh lagi. Biasalah budak-budak kan. Apa pun tak tahu lagi time tu.
Tapi kan,
Sekarang tak dah. 
Sekarang kan tqa dah remaja.
Insaf!
Woot woot.

Kalau pergi bazaar Ramadhan, hanya satu saja yang akan aku cari.
WAJIB BELI!!

 Kalian tahu apa?
Inilah kuih peberet aku dari kecil sampai sekarang.





Aku panggil " kuih flat " .. Sebabnya bentuk dia yang bertingkat-tingkat. Sedap sangat. Makan banyak-banyak pun tak muak tau.
 Nyum nyum nyum. 
Minta-mintalah kali ini ada jual kuih flat dekat campus ulu tu.
Kihkihkih.

Waktu puasa yang paling aku suka time tolong ibu buat kuih dekat dapur. Ini memang paling best la sebabnya dapat bau tepung yang sudah di campurkan dengan mentega semua. Bau dia best. Aku suka. Lagi satu setiap kali ibu suruh aku basuh bekas-bekas yang digunakan, pasti aku mencalit sisa-sisa tepung yang telah di campur dengan mentega, telur dan gula then masukkan ke dalam mulut secara senyap-senyap. 
Sedappppppp bangat!!

Hikhikhikhik.
Tapi itu semua waktu sekolah rendah dulu ya.
Naik sekolah menengah aku tak macam itu dah walaupun kadang-kadang teringin juga rasa, tapi kawal diri. 
Heeeeee..

Macam-macam la.
p/s : mari share pengalaman kalian waktu puasa.

3 comments:

  1. pengalaman time puasa dulu2, buka puasa awal seminit tak tguu azan.hahaha

    ReplyDelete
  2. itu namanya dh terlalu lapar kan??huhuh

    ReplyDelete
  3. balik dari sekolah agama terus minum air dalam tempayan..hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for Blogger