Saturday, July 23, 2011

Lendu ooo Lendu



Bismillah

Yeayh!!
Cuti sudah habis.
Seronoknya.
Phhewwwww.
=(

Ok, petang Ahad esok aku akan pulang ke kampus.
Seperti biasa pagi esok baru aku packing segala baju dan berazam untuk mengurangkan baju untuk di bawa pulang ke kolej.
Tak larat nak bawa balik banyak-banyak baju sebabnya bukan semua aku pakai. Tapi itulah, orang perempuan. Baju apa pun pasti nak kena sepadan dengan tudung bagai.
Arggggghhhhhhh.
Leceh betul.
Tapi itulah hakikatnya.
Hmmmmm.

Rutin harian akan bermula minggu hadapan.
Oh tidak!!

Bangun pagi pukul 6.00am dengan bantuan jam loceng Maya yang sangat bising sehingga aku tidak akan sedar sekiranya jam itu di letakkan betul-betul di tepi telinga aku.

Berpuasa sunat dan pastinya sahur sebelum tidur malam.

Biskut akan menjadi makanan harian aku.

Nasi? No comment ~

Air masak? Itu wajib.

Tidur jam 12 malam ke atas.

Apa-apa pun solat jangan tinggal.

Setiap pagi senyumlah dengan seikhlas hati sebelum keluar dari bilik.

Hmmmm.

Ini aku sendiri tak tahu nak kata senyum ikhlas atau tidak. Tapi rasanya 50-50 kot. Heeee.


Ehem ehem ehem.

Pesanan untuk diri sendiri.

Atiqah,
Belajar bersungguh-sungguh ya.
Ingat, apa yang dilakukan adalah untuk kebaikan serta masa depan diri sendiri.
Buat semuanya kerana Allah ya, bukan sebab terpaksa kerana ingin menjaga hati atau apa sahaja.
Tolonglah ingatkan diri itu untuk mengajar Maya mengaji. Kesian budak tu, dari hari tu minta tolong aku ajarkan dia mengaji. Tapi buatnya belum lagi. InsyaAllah!
Cekalkan hati dalam menghadapi apa jua rintangan. Itu salah satu ujian yang Allah berikan untuk menguji diri kau, Atiqah!
Jangan terlalu cepat berkecil hati dengan kata-kata atau perangai sesiapa sahaja di sekelilingmu.

All the best!

p/s : Relax. Tenang. Chill.

2 comments:

Related Posts Plugin for Blogger