Sunday, July 31, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan



Bismillah


 
 Alhamdulilah puji syukur atas rahmat yang diberikan Allah SWT karena kita semua dipertemukan lagi dengan bulan yang penuh berkah yaitu bulan suci Ramadhan. Mudah-mudahan pada bulan Ramadhan kali ini kita semua dapat lebih meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita sehingga kita boleh mendapatkan rahmat di bulan yang suci ini.  dan mohon maaf  jika ada khilaf dan salah. Semoga kita dapat menjalankan puasa dengan sempurna. Sebelum menjalankan puasa, saya ingin memohon maaf yang sebesar-besarnya sekiranya ada perkataan atau tulisan melalui blog Fairytalebyatiqah ini yang menyinggung hati pembaca.

p/s : puasa penuh ya semua.. =)

Saturday, July 30, 2011

Puasa Yang Yuk



Bismillah

Yeayh, puasa dah nak dekat. 
Eh, bukan dah nak tapi memang dekat dah pun. Tinggal sehari saja lagi nak masuk bulan Ramadhan yang mulia. 
Eiiiiiiiii. Tak sabarnya nak puasa.
Nak pergi bazaar Ramadhan lagi.
Wah, seronoknya dapat cuci mata petang-petang dengan pelbagai aneka juadah.
Bestnya bestnya bestnya..

Cakap tentang puasa, aku teringat zaman kanak-kanak dulu. Sudahlah puasa yang yuk, tapi bila berbuka mengalahkan orang yang berpuasa seharian. Semuanya nak makan. Semuanya nak minum. Dulu kalau dah nak berbuka ayah mesti akan bertanya.

Ayah : Buka hari ni nak minum apa?
Aku : Haaaa. kita minum air soya campur cincau ea.
Ayah : Ok.

Esoknya..

Ayah : Buka hari ini nak buka minum air apa?
Aku : Kita buka minum air bandung yang guna aiskrim soda ngan strawberi tuu ea ea ea.
Ayah : Ok.
 
Lusanya..

Aku : Ayah, hari ni kita buka dengan air susu blend dengan kurma nak tak?
Ayah : Hmmm. Boleh.

Kalian nampak tak, semuanya aku yang bagi jawapan. Tak bagi peluang langsung pada abang-abang atau kakak. Hehehe. Al maklumlah, anak bongsu, Itu jadi macam ini. Adeiii. Tapi itu semua waktu kecil la. Sekarang dah remaja, tak macam tu. Malu nak minta itu ini untuk berbuka.
Weeeee. 

Lagi satu, dulu waktu sekolah rendah darjah 3 macam itu, kalau sekolah petang mesti aku akan minum air paip secara berjemaah waktu nak ambil wudhuk dengan kawan-kawan. Haus punya pasal. Tak senonoh betul kan? Dekat rumah pun kadang-kadang aku bawa botol air masuk dalam bilik, minum la puas-puas. Hahaha.
 Adoyaiii.
 Kau pecah tembelang kau sendiri Atiqah oiiii.

Ehem ehem ehem. 
Ibu ayah, itu semua waktu tqa kecil-kecil dulu. Zaman belum baligh lagi. Biasalah budak-budak kan. Apa pun tak tahu lagi time tu.
Tapi kan,
Sekarang tak dah. 
Sekarang kan tqa dah remaja.
Insaf!
Woot woot.

Kalau pergi bazaar Ramadhan, hanya satu saja yang akan aku cari.
WAJIB BELI!!

 Kalian tahu apa?
Inilah kuih peberet aku dari kecil sampai sekarang.





Aku panggil " kuih flat " .. Sebabnya bentuk dia yang bertingkat-tingkat. Sedap sangat. Makan banyak-banyak pun tak muak tau.
 Nyum nyum nyum. 
Minta-mintalah kali ini ada jual kuih flat dekat campus ulu tu.
Kihkihkih.

Waktu puasa yang paling aku suka time tolong ibu buat kuih dekat dapur. Ini memang paling best la sebabnya dapat bau tepung yang sudah di campurkan dengan mentega semua. Bau dia best. Aku suka. Lagi satu setiap kali ibu suruh aku basuh bekas-bekas yang digunakan, pasti aku mencalit sisa-sisa tepung yang telah di campur dengan mentega, telur dan gula then masukkan ke dalam mulut secara senyap-senyap. 
Sedappppppp bangat!!

Hikhikhikhik.
Tapi itu semua waktu sekolah rendah dulu ya.
Naik sekolah menengah aku tak macam itu dah walaupun kadang-kadang teringin juga rasa, tapi kawal diri. 
Heeeeee..

Macam-macam la.
p/s : mari share pengalaman kalian waktu puasa.

Types of HUG



Bismillah


p/s : godek-godek tumblr, terjumpa benda ini. Harus di share. =)

=)


Bismillah


p/s : Kuatkan hatiku dalam menghadapi apa sahaja ujian yag Kau berikan.

Sunday, July 24, 2011

Letih? Setahun jer lagi.



Bismillah

Letih??

Setahun lagi??

Arghhhh.

Lamanya..

=(

Hmmm. Setahun itu sekejap sahaja kerana masa akan berlalu dengan cepat pada zaman sekarang ini. Memang sekarang kita akan terfikir macam-macam. Itulah inilah. Tapi hakikatnya masa memang berjalan dengan sangat sangat sangat sangat pantas. Tak rasa la kalau nak meneruskan pengajian anda yang hanya tinggal setahun sahaja lagi.

 Lainlah aku, 3 4 5 tahun lagi. Barangkali 10 tahun akan datang baru habis belajar. 
Hohoho. Waktu itu sudah pasti umur aku pun sudah tidak remaja seperti sekarang lagi. Hihihihi.


Buat Muhammad Hafiz,


Hidup ini umpama roda, umpama jua sebuah pelayaran. Roda walaupun sentiasa berpusing.. . tidak selalunya ia berada di atas. Begitu jugalah dengan hidup.. Tak selamanya kita berjaya. Namun apabila saudara sudah berjaya.. Manfaatkanlah ia sebaik mungkin okay! Ingatlah bahawa dalam harta kekayaan itu ada bahagiannya untuk orang yang susah dan memerlukan. Pelayaran itu sesungguhnya penuh dengan dugaan. Sekadar ribut, karam dan ke buluran adalah lumrah hidup. Jadi apabila saudara berhadapan dengan apa jua kesulitan, ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama kita. 


Oleh itu, teruskan mengejar cita-cita. Jangan mudah berputus asa. InsyaAllah, semoga berjaya mencapai apa yang dicita. Bila sudah berjaya, jangan lupa pada


1. ALLAH
* kerana Dia pemberi kejayaan itu.


2. Ibu ayah
* Ibu ayah yang terlalu banyak berjasa


3. Kawan-kawan @ sahabat
* yang banyak memberi dorongan.


Jangan sombong dan takabur. Takut-takut kufur dalam nikmat.
Nauzubillah


Hafiz,
 Tuntutlah ilmu kerana Allah, dengan kesabaran Nabi Ayub, kekayaan Qarun dan kecerdikan Imam Syafie. InsyaAllah, kejayaan pasti milik kita dengan Izin-Nya.


' Lelaki adalah pemimpin kepada wanita, Jadi persiapkanlah dirimu dengan sifat kepimpinan, Ilmu ' kebathinan ' dan sifat ketaqwaan agar wanita yang kau pimpin itu menjadi temanmu di akhirat '


Selagi di gelar manusia, Perjuangan kita belum 
T.A.M.A.T


P/S : semoga segala impian bakal menjadi kenyataan. Ameen ~



Saturday, July 23, 2011

Lendu ooo Lendu



Bismillah

Yeayh!!
Cuti sudah habis.
Seronoknya.
Phhewwwww.
=(

Ok, petang Ahad esok aku akan pulang ke kampus.
Seperti biasa pagi esok baru aku packing segala baju dan berazam untuk mengurangkan baju untuk di bawa pulang ke kolej.
Tak larat nak bawa balik banyak-banyak baju sebabnya bukan semua aku pakai. Tapi itulah, orang perempuan. Baju apa pun pasti nak kena sepadan dengan tudung bagai.
Arggggghhhhhhh.
Leceh betul.
Tapi itulah hakikatnya.
Hmmmmm.

Rutin harian akan bermula minggu hadapan.
Oh tidak!!

Bangun pagi pukul 6.00am dengan bantuan jam loceng Maya yang sangat bising sehingga aku tidak akan sedar sekiranya jam itu di letakkan betul-betul di tepi telinga aku.

Berpuasa sunat dan pastinya sahur sebelum tidur malam.

Biskut akan menjadi makanan harian aku.

Nasi? No comment ~

Air masak? Itu wajib.

Tidur jam 12 malam ke atas.

Apa-apa pun solat jangan tinggal.

Setiap pagi senyumlah dengan seikhlas hati sebelum keluar dari bilik.

Hmmmm.

Ini aku sendiri tak tahu nak kata senyum ikhlas atau tidak. Tapi rasanya 50-50 kot. Heeee.


Ehem ehem ehem.

Pesanan untuk diri sendiri.

Atiqah,
Belajar bersungguh-sungguh ya.
Ingat, apa yang dilakukan adalah untuk kebaikan serta masa depan diri sendiri.
Buat semuanya kerana Allah ya, bukan sebab terpaksa kerana ingin menjaga hati atau apa sahaja.
Tolonglah ingatkan diri itu untuk mengajar Maya mengaji. Kesian budak tu, dari hari tu minta tolong aku ajarkan dia mengaji. Tapi buatnya belum lagi. InsyaAllah!
Cekalkan hati dalam menghadapi apa jua rintangan. Itu salah satu ujian yang Allah berikan untuk menguji diri kau, Atiqah!
Jangan terlalu cepat berkecil hati dengan kata-kata atau perangai sesiapa sahaja di sekelilingmu.

All the best!

p/s : Relax. Tenang. Chill.

MALU



Bismillah


Malam semalam aku berchatting dengan Syarifah Awatif di laman sosial muka buku. Aku dengan dia memang sentiasa mengarut yang bukan-bukan dalam fb. Asalkan kami berdua bahagia. Aku panggil dia " kak pah ". Memang dari sekolah dulu orang panggil macam itu, Aku ikut je. =)


Aku start rapat-rapat dengan kak pah pun sejak dah tamat spm. Waktu sekolah dulu, nak tegur pun malu-malu kucing. Asal terserempak saja mesti aku tunduk pandang lantai. Ahhhhhhh.. Ayunya!!


Ceeiiiiitttttt.
Malu macam terserempak dengan Putera William pulak dah!


Arghhhhhh.
Sudah-sudah la Atiqah oiiiiiii.
Berangan tak habis-habis.
Ok.


Ehem ehem


Ini dia tuan empunya badan.




Kak pah, tqa copy ini gambar tanpa minta izin ya.
=P


Berbalik pada topik asal ya. 
Aku malu di sebabkan hal di bawah ini. Aku post ayat ini hari Khamis yang lepas dengan niat sengaja nak hentam kak pah. Aku ingatkan dia putus cinta ke apa sebabnya tulis status begini di fb-nya. Tapi last-last aku yang terkena balik. 
Hampeh!
Memang padan lah dengan muka aku. Asyik nak mengenakan orang je kan.
Hmmm.
Kalian baca dahulu hal ini ya.


 
Adoyai, sejak bila pula Sak Sesak pandai main ayat pasrah macam ni

"Awak pilih DIA !!!
oke fine.. saia terima ~~~ "

Sesak nafas saya baca!
=P
Thursday at 12:54 · Privacy: ·  · 
  • Sak Sesak and Nurul Hidayah Kz like this.
    • Sak Sesak haha! tiqa senget..ni k.pah copy yg kwan laa..sja ja nk ejek dia..
      Yesterday at 18:39 · 
    • Atiqah Ahmad iya ke copy??mcm btul2 je..hahaha..
      Yesterday at 21:01 · 
    • Sak Sesak mna da..ntah spa la AWAK dn DIA tu...xwujud
      23 hours ago · 
    • Atiqah Ahmad are u sure??? =)
      23 hours ago · 
    • Sak Sesak yes...Eee budak ni, aku cepuk kang~
      23 hours ago · 
    • Atiqah Ahmad phewwwwwww..nak cepuk ea??mai la..ckit pn tak tkut..wohohhhhh..
      23 hours ago · 
    • Sak Sesak Ok Fine!. naseb baik jauh jaaa...brani la ka...=p
      23 hours ago · 
    • Atiqah Ahmad ala, act, kak pah xsampai ati kn nak cepuk tqa yg comel ni kan??kan??kan??
      23 hours ago · 
    • Sak Sesak ‎~sending failed.try again?~
      23 hours ago · 
    • Atiqah Ahmad ehem ehem ehem ehem.. sebenarnya saudari Sak Sesak, tidak sampai hati hendak cepuk saya iaitu Atiqah Ahmad yang comel lagi manis ini. Betul bukan?
      23 hours ago · 
    • Sak Sesak eee..ada org prasan Boo sama dia~ booo~ sekali lagi,booo~ boo dlm air,blup~ blup~ blup~ blup~hahahaha..yla2...tiqa kn comel sgt...xsmpai hti nk cepuk...tp rsa nk lenyek2 ja..
      23 hours ago · 
    • Atiqah Ahmad glurppppp..ada org dah xbetul la disini..ish ish ish..jap jap jap..nak mnta tlg spe2 yg brdekatn kat sne.. =P...ala, nak cepuk xsmpai ati, ni nak lenyek, lg la xsmpai ati...
      23 hours ago · 
    • Sak Sesak ehh spa yg xbetul ?? tiqa la tu...=p haha! cepuk ja xsmpai hati..lenyek smpai...tggu la nt blik sini ada laa yg kna lenyek ...
      23 hours ago · 
    • Atiqah Ahmad kak pah la xbetul..tqa betul je..hahahha...eleh, tak takut pun..nti bla tqa balik jtra, kak pah nmpk tqa msti cair pnya la..
      23 hours ago · 
    • Sak Sesak tiqa tu pon sma ja xbetul..=p xpnah btul pon..hahha ehh,knp nk cair lak? tiqa ni apa ni? bukn mnusia ea?? bleh mncairkn mnusia lak =p
      23 hours ago · 
    • Atiqah Ahmad ala, tqa mmg sedar diri tqa xbtul...boooooooo...tqa serbaguna la...hahhaha..
      23 hours ago · 
    • Sak Sesak bgus2...tpi k.pah btul oke...tiqa ja senget..=p serbaguna??? waaa...ermm bule jdi mesin bt aiskrem x?
      23 hours ago · 
    • Atiqah Ahmad mueheheheee...amboi..asyk eskim je ni....bley bley..
      23 hours ago · 
    • Sak Sesak mna ada asyik..ni first tme mntk kt tiqa...=[
      22 hours ago · 
    • Atiqah Ahmad iya ke??tqa rsa dh bnyk kli dh..hahaha..kak pah ada twwiter x??
      22 hours ago · 
    • Sak Sesak yka.kpah rsa ni ptama kali....ayo! yenadey! kmu mkn apa ha?? huhu...yg tiqa dok tweet2 tu xingt da?? =p
      22 hours ago · 
    • Atiqah Ahmad glluurrrpppppppppp...nak sorok dlm kain batik ibu kjapppppp...argghhhhhhhh..​malunyaaaaaaa...
      22 hours ago · 
    • Sak Sesak hahahahhaha! kain batik ibu jgk jdi mgsa...malu ibu nt.hehe xpa2, bt xtau ja kn...tuka jpwan...A'A,,KAK PAH ADA TWITER..ADD LA...~~~~ xmalu sgt kn.
      22 hours ago · 
    • Atiqah Ahmad tapi tqa tetap malu sekarang niiiiiiiii..adoiiiiii..tul​un tulun tulun tulun....
      22 hours ago · 
    • Sak Sesak aha! bule x nak gelak guling2??
      22 hours ago · 
    • Atiqah Ahmad silakan!!!!
      22 hours ago · 
    • Sak Sesak hahahahaahaahahahhha...gul​ing smpai pntu...=p sabar ye tiqa...hehe
      22 hours ago · 
    • Atiqah Ahmad adeiiiiiii..blushing teruk dh ni..
      22 hours ago · 




    Seriusly, aku sendiri tak tahu kenapa aku bertanyakan soalan yang sudah ada jawapannya sendiri pada aku. Memang aku blank tika ini. Aku tak teringat langsung bahawa aku pernah tweet kak pah di twitter. 


    Time-time begini jugalah aku tertanya-tanya apa yang aku makan sejak cuti-cuti ini ea sampai boleh terlupa kak pah ada twitter.
    Teeeetttttttt.


    Bila kepala dah tak dapat mencari jawapan yang sesuai, aku pun berfikir mungkin
    sebab








    sebab








    sebab








    sebab








    sebab














    sebab banyak berangan kot.
    Hihihihihi.


    Apa pun yang berlaku walaupun dalam fb, aku tetap berasa malu. Merah muka aku tahan malu walaupun pada hakikatnya kak pah memang tak nampak aku langsung tika itu.


    Penat juga nak menahan malu sebab kak pah syok gelakkan aku je semalam.
    Geram juga dengan mak cik seorang itu.
     Rasa nak gigit-gigit je. 
    Grrrrrrrrr.


     Last-last, aku terpaksa juga sign out fb sebelum ada yang menegur aku kenapa duduk tersengih sorang-sorang macam kerang busuk sampai muka merah depan pc.


    Takut juga kalau ibu ayah nampak dan terus terlintas difikiran mereka bahawa kemungkinan besar anak daranya seorang ini sedang angau ke apa ke. Phhheeewwwww.
    Lagi aku bertambah MALU!!
    Huhuhuh. 


    Tapi sekarang rasa MALU aku akan hal semalam sudah HILANG!!


    (*_____*)

    p/s : tulis entry ini sambil mendengar lagu raya. Semangat !
    Related Posts Plugin for Blogger