Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Ibu



Bismillah


Kasih anak sepanjang jalan, Kasih ibu sepanjang hayat.







Ibu….
Wajahmu sentiasa memancar ceria
Bibirmu tersulam senyum bahagia
Walau derita menyuntik sengsara
Kau sabar harunginya

Ibu…
Kau korbankan segala demi anakmu
Kau rela apa saja untuk menatap senyumku
Pengorbananmu cukup bermakna
Pengorbananmu  amat berharga
Ikhlasnya kau melimpahkan kasih
Setianya kau menyulam sayang
Teguhnya ikatan mesra
Ibarat karang di lautan sana
Budi yang kau semai
Hanya tuhan yang tahu menilai
Tulusnya budi membentuk sahsiah terpuji

Ibu…
Hanya kau ratu hatiku
Hanya kau cahaya kasihku
Terima kasih ku rangkaikan
Atas untaian cinta yang kau sembahkan
Ku iring doa sepanjang hidupmu
Moga kau bahagia meniti usia
Kerana kaulah penyuluh jalan ke syurga…


Setiap orang pastinya mempunyai banyak kenangan manis, sedih,duka gembira bersama Ibu yang sukar untuk dilupakan.. Jadikan kenangan-kenangan tersebut sebagai bekalan dihari mereka tua nanti.. Supaya kasih sayang kita terhadap mereka tidak akan pudar walaupun ditelan zaman..



Syurga terletak di bawah telapak kaki Ibu.. Sayangilah ibu anda selalu..♥♥♥

p/s : SELAMAT HARI IBU SEDUNIA.

5 comments:

  1. peluk, cium, pegang ibu anda selagi ibu masih hidup.

    elakkan dari menyakiti, mengguris hati ibu...keberkatan hidup datang dari ibu....
    :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas pesanan itu.. =)
    InsyaAllah..

    ReplyDelete
  3. tqa bt sndiri ka puisi indah nii??

    ReplyDelete
  4. sangat mudah menjadi ank yg soleh,lg mudah menjadi ank derhaka!!jauhilah sifat2 ini..

    ReplyDelete
  5. selamat hari ibu makcik.hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for Blogger