Thursday, May 5, 2011

Khas untukmu, ARINA



Bismillah

Dalam satu hari aku telah mendapat dua berita yang sangat sedih.

 Yang pertama berlaku pada jam 2.56 p.m @ 4hb Mei 2011.

Yang kedua berlaku pada tanggal 4hb Mei 2011.

Aku cerita tentang kejadian yang kedua terlebih dahulu ya.


Siapa gerangan orang di sebelah aku ini? Hmmm.Itu namanya Nur Arina Binti Asri Tan. Dia berdarah kacukan Melayu dan Cina. Kali terakhir aku berjumpa dengan dia pada  30hb April 2011. Mungkin itu juga kali terakhir aku dapat pulang ke Melaka bersamanya.

Aku dapat tahu kejadian ini daripada Amalina menerusi laman sosial muka buku. Pada mulanya aku tidak percaya juga kerana aku tidak mengetahui apa pun tentang hal ini. Kemudian Shera menceritakan segalanya pada aku melalui IM di muka buku juga. 

Ya Allah, apakah benar kejadian yang berlaku tika itu? Aku sangat tertanya-tanya. Aku cuba menghubungi Arina, tetapi tidak dapat sama sekali. Aku ingin meminta kepastian yang lain juga, tapi aku tidak tahu ingin bertanya pada siapa. Akhirnya aku berfikir positif bahawa apa yang Shera cerita pada aku semuanya adalah kenyataan setelah aku melihat di dinding muka buku Arina. Hmmmm.. Memang sangat tidak munasabah langsung apa yang berlaku ini. Hal kecil sebegitu tidak perlu di besar-besarkan. Macamanalah kami nak bertahan kalau sentiasa sangat di aim itu ini dan sebagainya.

Arina, kita banyak sangat kenangan bersama sewaktu berada di sem 1. Lebih-lebih lagi waktu itu Arina sangat rapat dengan group KOLA. Ada sekali itu kita (tqa,arie dan ama) berkongsi cerita sampai ke pagi subuh sambil menikmati ikan bilis goreng cili padi yang di buat oleh ibu Nadhrah di koridor rumah D5. Sedangkan pagi itu kita ada kelas bukannya cuti hujung minggu pun. Mata masing-masing tahan mengantuk walaupun dah banyak kali menguap sebab terlalu banyak cerita yang ingin di kongsi. Memang itu kerja yang tidak berapa gila kita buatkan. Tqa rindu saat itu!


Ketika ini kita masih lagi rapat antara satu sama lain. Nak berjauhan punyalah susah kan? Dimana ada anak-anak KOLA, disitu pasti ada Arie. Boleh dikatakan makan,minum,tidur semuanya sentiasa bersama. Lihatlah riaksi muka masing-masing di atas. Jelas terpancar kebahagiaan di antara kita bukan??Dan paling penting, wajah Arie sangat manja. =)


Alahai, semuanya nampak ayu sahaja dengan baju kurung masing-masing. Ini waktu kita tunggu LRT di stesyen LRT PWTC. Tqa tak berapa ingat kita nak ke mana waktu ini. Aishh. Arie sentiasa bersama kami ketika itu kan. Arie sanggup tak rapat dengan budak rumah Arie semata-mata nak rapat dengan kami. Tqa sangat terharu dengan Arie. =)


Arina,ingat tidak saat di atas ini?

Waktu ini kita semua baru habis mid term exam sem 1. Ingat tak? Muka kita semua ceria kerana kita semua tak sabar nak balik bercuti raya. Masing-masing rasa lega pabila sudah lepas menjawab last paper iaitu Anatomy and Phisiology. Terasa sangat beban di kepala sudah beransur hilang waktu ini. Sampai di Kampung Baru, kita semua terjah bazar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka puasa. Nampak sangat anak-anak KOLA ini sangat-sangat gelojoh. Hahaha. Entah bilalah lagi kita dapat terjah bazar Ramadhan bersama. Hmmm.


Arie mesti ingat gambar ini kan?? Terima kasih sangat-sangat kerana sudi teman tqa waktu ini. Tapi puas kan dapat keluar bersama sepanjang hari itu. Menggila kita berempat tidak tentu pasal. Hahaha. So sweet!


Bergambar bersama anak-anak KOLA yang hyperactive. Yeah, Arie berada di situ. Seronok kan waktu ini Arie? Macam muzium itu hak kita pula boleh buat sesuka hati. Hahaha. Memang tak ingat dunia la. Seronok tika ini kerana semuanya lengkap. Tiada seorang pun yang tercicir ketika gambar ini di snap. Sudahlah berdiri mengikut ketinggian. Adeiii. Lawak betullah. 


Kita ada main netball di tasik sampai lencun baju masing-masing kerana di basahi hujan. Memang seronok sangat. Kita main netball macam tempat itu kita yang punya. Suka-suka nak conqer tempat tu sedangkan public punya. Apa kita kisah kan? Lepas puas main netball, kita semua pergi makan malam pula dekat Sukhumvit. Memang terlebih sihat masing-masing. Hahaha. Hmmm. Arie, lepas ini siapa nak ganti tempat Arie main netball dekat Tasik Titiwangsa??

Itu semua kenangan kita sepanjang berada di PICOMS. Tapi banyak kenangan sewaktu sem 1. Sem 2 dan 3 kita jarang nak lepak bersama. Tapi tqa tidak kisah pun kerana tqa tahu Arie masih sayangkan kami. Betul bukan?

Sejujur-jujurnya, tqa sangat terkejut dengan apa yang belaku. Arie sudah fikir masak-masak ke dengan keputusan Arie? Arie tak menyesal keluar dari PICOMS? Arie, apa yang Arie alami itu tidak teruk macam apa yang tqa alami sebelum ini. Boleh dikatakan setiap hari tqa menangis kerana tertekan dengan hal itu tapi tqa masih lagi boleh bersabar. Mengapa Arie sebaliknya? Tqa bukan nak bandingkan atau samakan Arie dengan diri tqa. Cuma tqa nak Arie fikir masak-masak. Jangan menyesal di kemudian hari nanti.

Hmmm..

Arie pun sudah buat keputusan untuk keluar dari PICOMS malah Arie sendiri sudah meninggalkan PICOMS. Tqa sebagai seorang rakan tak berhak untuk menghalang Arie. Tqa faham perasaan Arie. Apa-apa pun, banyak-banyakkan bersabar ya. Semua ini dugaan yang Allah beri untuk menguji diri Arie. Kami di PICOMS sentiasa merindui ARINA!

I gonna MISS u Arina!
Take care there ya.
=)

p/s : adakah aku juga akan keluar dari PICOMS? sama-sama kita nantikan. =)

7 comments:

  1. visitei seu blog e gostei muito parabens belas postagens voltarei mais vezes bjos marcia

    ReplyDelete
  2. huhuh...
    tqa sedih sgt an....
    syg ari la..

    ReplyDelete
  3. shera : yup..mmg sgt sedih..tak sangka jadi mcm ni..hmmmm..myb tqa pn bakal mnyusul arie..heeee.. =)

    ReplyDelete
  4. siyesly . sedih . hmmm . :'(

    ReplyDelete
  5. amalina : sabar k..semua sedih..

    ReplyDelete
  6. tqa: jgn la smpai cmtu skali...
    x syg ktorg ke?????

    ReplyDelete
  7. shera : tqa syg korng..ni pun 50-50 lg..xtau la akn naik 100 plak nti..just wait n see ya.. =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for Blogger