Sunday, May 29, 2011

Firash @ botak


Bismillah


Macam biasa la. Takkan kalian tak kenal budak botak ini kan. Siapa lagi kalau bukan Firash Haiqal. Sejak-sejak dia dah besar ini, macam-macam kerenah yang di lakukan. Tak senang duduk aku di buatnya. Nasib aku lah kan jadi anak bongsu. Bila dapat anak buah, pening kepala di buatnya. Entah-entah aku pun macam ini juga waktu kecil-kecil dulu. Lagi dasat apa aku ini dulu. Hahaha.

Ok, semalam pagi-pagi dalam jam 7 macam itu ayah ibu ambil aku dekat UiTM. Nasib baik aku dengar ibu call aku. Al maklum lah tidur lambat malam sebelumnya kan. Bila dah tahu free esoknya, memang tak ingat dunia la tidur. Subuh pun terlajak. Aishhh. Tak baik ooo. Sudah-sudah. Aku harap kali itu saja lah aku terlajak Subuh. Lepas-lepas ini tak mahu. Heeee.

Sesudah aku letak baju-baju kotor yang ingin di basuh di rumah, aku duduk dalam kereta. Kebetulan Firash duduk di sebelah aku. Aku pandang dia, dia pandang aku. Buat gaya macam tak kenal aku langsung tuuuuuu. Hampeh betul botak ni. Selang beberapa minit selepas itu, aku pandang dia, dia genggam buku lima buat penumbuk sambil jeling-jeling pandang aku. Makkkk aiiiiii. Umur baru setahun ada hati nak tumbuk aku. Hahaha. Aku ejek dia, terus dia pandang tempat lain. Hahaha. Cuak ar tu. Chill la ya Firash.

Adei, aku bukan nak marah apa pun, cuma aku rajin menyakat dia macam-macam sampai dia menangis. Sebab apa aku buat macam itu? Sebabnya aku rasa seronok dapat tengok dia menangis sambil menampakkan giginya yang baru ada 4 batang itu. Sangat sangat sangat comel. Hehehe.

Selalunya apabila di KL dulu, Nadia pasti akan cari gambar terbaru Firash dalam hp aku. Aku pun tak tahu apa yang Nadia suka sangat dengan Firash ini. Kalau boleh tengok video Firash banyak-banyak kali pun tak bosan kan Nadia?? Aku suka tengok Nadia gembira begitu. Tapi sekarang tiada lagi orang yang ambil hp aku cari gambar terbaru Firash apabila aku baru sahaja kembali dari Melaka. Tiba-tiba rindu pada Nadia Syamira.


Ini gambar yang terakhir Nadia dengan Firash. Lepas ini mungkin susah untuk berjumpa dengan Firash begini lagi. Hmmm. Tak apa Nadia. Nanti kalau datang Melaka kita bawa Firash jalan-jalan ya. Heeee.

p/s : rindu nad,nadia & ama! Bila entah nak naik KL jumpa mereka.. hmmm.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for Blogger