Sunday, May 8, 2011

Haram Sambut Hari Ibu??



Bismillah

Semasa aku sedang rancak melihat blog rakan-rakan blogger yang lain, aku terbaca entry ini. Aku pun masih tertanya-tanya akan hal ini. Aku telah meminta kebenaran dari Tuan Puteri untuk share entry dia di blog aku dan dia membenarkan. Terima Kasih. =) 

Mari kita singkap makna sebenar Hari Ibu / Mother’s Day menurut Wikipedia :

 “One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.”

Maksudnya di sini ialah bahawa hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.

Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda : 

“Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”
[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani] wallahualam

Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa. Sebab tu kita kena selalu cek amalan kita selari tidak dengan syariat Islam. Kerana sesungguhnya niat tidak menghalalkan cara. Lagipun amalan sambutan hari ibu ini pun tidak termaktub dalam Islam. Nak sambut hari Ibu bila-bila pun boleh..

‎"allah telah menetapkan agar kalian tidak berbadah melainkan kepadaNya, dan hendaklah kalian berbakti kepada kedua orang tua." (QS. al-Isra': 23)

ini bererti kita harus berbakti setiap saat :)

Kalian juga boleh membaca artikel ini 




Mungkin kalian mempunyai pendapat masing-masing untuk di kongsi bersama selepas membaca artikel ini.

p/s : Dalam pada masyarakat ghairah menyambut Hari Ibu @ Bapa..berapa kali 
      dalam seumur hidup kita menyatakan cinta,sayang,maaf,terima kasih 
      kepada ibu bapa kita?fikir2kan lah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for Blogger