Sunday, May 29, 2011

Firash @ botak


Bismillah


Macam biasa la. Takkan kalian tak kenal budak botak ini kan. Siapa lagi kalau bukan Firash Haiqal. Sejak-sejak dia dah besar ini, macam-macam kerenah yang di lakukan. Tak senang duduk aku di buatnya. Nasib aku lah kan jadi anak bongsu. Bila dapat anak buah, pening kepala di buatnya. Entah-entah aku pun macam ini juga waktu kecil-kecil dulu. Lagi dasat apa aku ini dulu. Hahaha.

Ok, semalam pagi-pagi dalam jam 7 macam itu ayah ibu ambil aku dekat UiTM. Nasib baik aku dengar ibu call aku. Al maklum lah tidur lambat malam sebelumnya kan. Bila dah tahu free esoknya, memang tak ingat dunia la tidur. Subuh pun terlajak. Aishhh. Tak baik ooo. Sudah-sudah. Aku harap kali itu saja lah aku terlajak Subuh. Lepas-lepas ini tak mahu. Heeee.

Sesudah aku letak baju-baju kotor yang ingin di basuh di rumah, aku duduk dalam kereta. Kebetulan Firash duduk di sebelah aku. Aku pandang dia, dia pandang aku. Buat gaya macam tak kenal aku langsung tuuuuuu. Hampeh betul botak ni. Selang beberapa minit selepas itu, aku pandang dia, dia genggam buku lima buat penumbuk sambil jeling-jeling pandang aku. Makkkk aiiiiii. Umur baru setahun ada hati nak tumbuk aku. Hahaha. Aku ejek dia, terus dia pandang tempat lain. Hahaha. Cuak ar tu. Chill la ya Firash.

Adei, aku bukan nak marah apa pun, cuma aku rajin menyakat dia macam-macam sampai dia menangis. Sebab apa aku buat macam itu? Sebabnya aku rasa seronok dapat tengok dia menangis sambil menampakkan giginya yang baru ada 4 batang itu. Sangat sangat sangat comel. Hehehe.

Selalunya apabila di KL dulu, Nadia pasti akan cari gambar terbaru Firash dalam hp aku. Aku pun tak tahu apa yang Nadia suka sangat dengan Firash ini. Kalau boleh tengok video Firash banyak-banyak kali pun tak bosan kan Nadia?? Aku suka tengok Nadia gembira begitu. Tapi sekarang tiada lagi orang yang ambil hp aku cari gambar terbaru Firash apabila aku baru sahaja kembali dari Melaka. Tiba-tiba rindu pada Nadia Syamira.


Ini gambar yang terakhir Nadia dengan Firash. Lepas ini mungkin susah untuk berjumpa dengan Firash begini lagi. Hmmm. Tak apa Nadia. Nanti kalau datang Melaka kita bawa Firash jalan-jalan ya. Heeee.

p/s : rindu nad,nadia & ama! Bila entah nak naik KL jumpa mereka.. hmmm.

Minggu Destini Siswa



Bismillah

Alhamdulillah, MDS habis jua akhirnya. Macam-macam perlu harungi. Dengan cuaca panas terik yang amat. Hujan lebat, gerimis, renyai-renyai. Jalan naik turun bukit, tangga, jambatan  segala bagai. Makkk aiiiiii. Penat sangat-sangat.MySpace Setiap hari kena tawaf satu kampus. Setiap hari ya sepanjang MDS. Bukan sekali seumur hidup. Mungkin sebab baru lagi, itu penat memanjang aku ini. Tambahan pula dengan waktu tidur yang tidak tentu dan mencukupi. Eyeback pun makin menampakkan kecantikkannya. Hahaha. Sangat teruk. Tak percaya? Mari tengok gambar bawah ini.


Tengok tuuuuu.. Mata aku dah macam apa je. 
Arghhhh.


Seperti biasalah minggu orentasi perlu lah bangun seawal yang mungkin. Nak mandi, siap-siap bagai. Al maklumlah, orang perempuan nak siap pun berjam-jam sampai tak hengat dunia. Tapi aku kat sana tak adalah nak siap lama-lama sangat. Muka aku bebas dari sebarang makeup apa pun. Aku sapu lotion pun cukup la. Hiiii. 


Hanya hari Isnin sahaja aku berjaya bangun jam 4 pagi. Hahaha. Hari lain 4 lebih lebih la kan. Ada sekali tu, satu bilik aku bangun lambat. Jam 4.50 pagi. Bangun-bangun je dah dengar kakak PM terjerit-jerit suruh turun + bunyi siren. Wah, kelam kabut la. Hanya sempat cuci muka dan berus gigi je. Mandi memang tak dapat. Spray perfume bagi wangi sudah. Hahaha.MySpace


Terseksa juga lalui semuanya. Dulu waktu di kolej aku tak adalah sampai macam ini sekali hari orentasinya. Biasa je. MySpaceMemang tension gila sampai nak senyum dekat abang dan kakak MPP & PMDS pun sangat payah walaupun mereka dah berkali-kali pesan pada kami supaya amalkan 3'S iaitu smile, salam, say thank you. Tapi aku nak senyum pada mereka pun macam nak tak nak. Percayalah cakap aku. Jalan terserempak dengan mereka pun aku tunduk bawah pandang jalan. Hahaha. Nampak benor aku ni tak peramah. Maaf ya abang-abang serta kakak-kakak MPP & PMDS. Saya ini pemalu orangnya!MySpace 


Sepanjang MDS, semua orang termasuk aku hanya mandi sehari sekali. Tak adanya nak mandi berkali-kali dalam masa satu hari.MySpace Berpeluh-peluh bagai pun kena sabar walaupun rasa agak tidak selesa dengan semuanya. Melekit badan. Sentiasa ada kertas di tangan untuk jadikan kipas. MySpace Ahhhhhh. Sangat tidak suka. Bau masing-masing jangan cakaplah. Memang wangi. Nasib baik aku ada bawa perfume ke mana sahaja. Hahaha. Terbaeeekkkkk! 


Baru-baru ini aku dan yang lain mendengar amanat naib cancelor UiTM dari Shah Alam. Kami tengok dan dengar apa yang di katakan secara online sahaja. Memang best dengar naib cancelor berucap. Ramai yang mengantuk aku rasa. Nak tidur takut kakak dan abang PMDS ambil gambar. Haisshhh. Mata makin lama makin sepet di buatnya. Sabar je la. Mengantuk sangat-sangat. Kadang-kadang lepas juga untuk tidur walaupun sekejap. Heee.MySpace


Aku dan maiya. Khusyuk oo kami dengar!


Ini waktu malamnya pula.


Ini petang hari penutup. Waktu ini paling best sebab hari Jumaat kan. Dapat tidur dalam bilik semasa kaum Adam pergi menunaikan solat Jumaat. Tidur tak ingat dunia sampai terlepas waktu makan tengahari. Hahaha. Waktu ini juga dapat mandi sepuas-puasnya. Best! Terasa kenikmatan mandi waktu tengahari. Kihkihkih. Dalam jam 5 petang kami di lepaskan pulang ke kolej kemudian perlu bergerak ke Dewan Bendahara pada jam 8 malam. Memang banyak masa untuk berehat tika itu. Sangat seronok!!!MySpace 




Waktu petang di sebabkan datang lambat ke dewan, terpaksalah duduk di belakang. Nasib baik belakang tu sejuk dari depan. Hahaha. So, xada la kertas-kertas untuk di jadikan kipas aku. Hihihihi. Seeeejjjuuuukkkkkk!! Pada petang itu juga ada pengenalan terhadap abang-abang dan kakak-kakak PMDS. Ok, aku dah kenal mereka semuanya walaupun nama ada yang aku tak hafal sangat. Paling aku suka tagline abang Ilyas " apa pun tak boleh ".. Hahaha. Petang itu juga dapat dengar abang Bubu nyanyi. Yeay!! Suara abang Bubu sangat sedap. Sumpah tak tipu. Sedap sangat! Terbaek dari UiTM Melaka.MySpace Ada video abang Bubu nyanyi, tapi aku tak upload sebabnya internet ini lembab sangat sangat.


Abang Alfi Arif KMPP.


Memang sedih bila MDS berakhir. Nanti tiada siapa nak marah-marah kami lagi. Masing-masing akan buat hal sendiri. Apa-apa pun segala yang di lakukan sepanjang MDS akan aku ingat sampai bila-bila. Memang adat manusia tidak suka dengan semua ini pertama kalinya. Tapi apabila ianya berakhir, rasa sangat sayang untuk tinggalkan segala-galanya. Memang betul kata dia


" mula-mula memang tak suka. tapi nanti mesti akan ingat kenangan saat itu "


Aku akui kata-kata itu.




Secara keseluruhannya, Minggu Destini Siswa memang sangat sangat sangat seronok. Terima kasih kepada abang-abang serta kakak-kakak MPP & PMDS kerana banyak bersabar melayan kerenah kami semua walaupun ada di antara kalian yang betul-betul bengang dengan kami. Apa yang kalian lakukan untuk kami sepanjang seminggu itu, amat kami hargai. Terima kasih semua!!


UiTM SENTIASA DI  KU


p/s : gambar tak banyak ada pada aku. harap maklum!

Sunday, May 22, 2011

Alhamdulillah



Bismillah


Alhamdulillah, sudah genap setahun.
=)

'Biar apa jua rintangan, doaku agar perhubungan ini sentiasa diredhai dan dilindungiNya.'

p/s: im always remember u! 

All The Best for me!



Bismillah


Wish me luck there ya.


Kali ini aku perlu bersungguh-sungguh dan berani untuk menghadapi semuanya.
Tak boleh baik hati sangat kali ini.
Yeay, Kena tegas sikit lah.
Sikit je? 
Ala baru lagi kan. So, kita tegas sikit-sikit dulu lah. Dah lama-lama nanti baru tegas betul-betul.
Hahaha.
Arghhhh..
Poyolah kau Atiqah. Ayat tak nak kalah betul.
Kalau kau tak tegas macam mana?
Aisshhhh.
InsyaAllah aku tegas. Aku tahu aku boleh. Fikir yang positif la dey.
Ok.
Sama-sama kita nantikan sama ada aku boleh tegas atau tidak.
Tapi kau tak garang..
Oihsssss.
Dekat sana aku nak marah siapa? Tak nak la garang-garang bagai.
Jadi diri sendiri sudah!
Iya lah tu.
Demmmm la macam ini. Tak bagi aku semangat langsung.
Huh.
Apa-apa pun aku kena jaga diri di sana. Ala dekat je pun. Dalam Melaka juga. =)
Dalam Melaka pun, jangan harap aku boleh balik selalu. =(
OK!!!


All the best!!new start,new aim,new spirit!!


Bye-bye Atiqah!!


p/s : bermonolog dengan diri sendiri.

Wednesday, May 18, 2011

Untuk Kawan



Bismillah



andai perpisahan ini adalah sebuah mimpi
gerimis takkan mengundang
untuk mata ini menitis air mata pilu
sayang gerimis telah mengundang
dan air mata pilu pun tak terbendung
pertanda perpisahan ini sebuah kenyataan
walaupun perpisahan ini bukanlah mimpi
aku hanya bisa berdo'a dan berharap pada ilahi robbi

dalam do'a ku berharap
“ya Allah jangan kau pisahkan kami kerana perpisahan ini
tetaplah kau jaga silaturrahim kami semua”
hanya itu yang ku mampu saat ini
yakinlah Allah takkan memisahkan kita kerana perpisahan ini
untukmu sahabat kurangkai kata ini dan kujadikan sebait puisi
dengan bait puisi ini ku ingin ucapkan

inikah yang terbaik yang Allah berikan?
Inikah bingkisan terindah untuk kita semua?
Jika memang ini bingkisan terindah untuk kita
ku hanya bisa berharap ini bukanlah akhir segalanya
ku berharap ini awal untuk kita mengharungi masa depan

(*___*)

Tuesday, May 17, 2011

Selamat Tinggal



Bismillah


10 Mei 2010

Tengah sibuk menyiapkan conference, ibu ayah call dan memberitahu bahawa aku dapat tawaran itu. Sesungguhnya saat itu aku langsung tiada perasaan. Hendak kata aku gembira dan sedih, sudah tentu tidak. Dengan keadaan diri yang masih dalam kebingungan, aku terus membawa latop dan nota ke rumah Pinat. Mahu atau tidak, aku perlu beritahu pada Amalina. Serba salah aku di buatnya. Tapi apakan daya. Lagi aku berahsia lagi aku rasa bersalah. 

Aku       : Ama nk wat pe tu ?
Amalina : Ama nk tgk cter korea ‘cindarella’s sister ‘ . ama nk menangis .
              nk buang air mata .. hee .  
Aku       : xmau la nges skrg . nges la esok
Amalina : ha ? knp tqa ? knp ? knp ? baik bgtw ama ????????  
Aku       : Ama, take care tau. Esok tqa last kat sini. tqa dpt tawaran kt UITM,melaka ..
Amalina : Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. Tqa jahat!!!!! Nape tqa nak tinggalkan ama?
              Tqa jahat..tqa tipu ama.. tqa tipu ama.. tqa jahat.. tqa tiipppppppppuuuuuu.
              tqa jahaaaaaaaaaaaattttttttt..( sambil menangis-nangis)MySpace
Aku       : Erkkkkkk..MySpace


Aku terangkan pada Ama akan hal yang sebenarnya. Aku tahu Ama tak boleh terima hal ini. Tapi aku sudah buat keputusan untuk pergi dan berhenti dari PICOMS. Maaf ya Ama. Sesudah Ama reda, aku terus sambung membuat conference walaupun hati aku tidak sedap. Iya la tiba-tiba ibu text aku begini


Ibu : Esok tqa xpyah p hospital. Packng baju siap-siap. Esok ayh ambl p kolej,
       uruskan semua.


Ya Ampun. Sudahlah esok (11 Mei 2010) group aku yang kena present tentang suctioning. Serba salah aku di buatnya. Dup dap dup dap jantung aku. Apa-apa pun aku buat selamba saja depan Pinat. Aku rahsiakan hal ini dari Pinat, Angah dan kak Ina. Aku serba salah kerana aku tahu hari esoknya pasti mereka terkejut dan kelam kabut dengan ketidak hadiran aku ke hospital. Sesudah habis semuanya, aku balik ke rumah D5. Aku terus ke bilik Nadia dan mencium dahi dia. Nadia terkejut dan bangun 


Nadia : Kenapa tqa?
Aku    : Nadia, esk tqa last tau kat sini. Take care ya.
Nadia : Nape tqa? Tqa nak g mana? Tqa xsayang nadia ke? Tqa tau kan nadia xde 
           sape2 kat sini. Tqa je yang nadia ada. Nape tqa nak pergi juga? Nape tqa?? 
           Nape?? Tqaaaaaaaaaaaaa..MySpace
Aku    : Gulpppp..MySpace


Haaaaa. Lihat, ini antara sebab paling utama kenapa aku tak nak beritahu kawan-kawan akan hal ini. Tak sempat cakap habis lagi, dah menangis-nangis. Hadeiii. Aku bukan sengaja hendak tinggalkan kalian sesuka hati. Aku berhenti pun ada sebabnya. Ini di sebabkan keadaan persekitaran juga. Ada sesetengahnya tahu kenapa aku membuat keputusan begini. 


Terlalu banyak kenangan aku dan kalian selama aku berada di PICOMS. Macam-macam yang kita semua kongsikan bersama sejak dari sem 1. Tetapi semakin lama hubungan kita semua semakin rengang. Sebab apa? Kalian fikirkan sendiri ya. Aku tidak mahu nyatakan. 


Di antara gambar-gambar yang aku mampu untuk upload buat tatapan kalian.


Adakah kalian ingat akan gambar ini?
Gambar ini di lakonkan kembali oleh aku dan mia'. Sesiapa yang terasa, maaf ya. Terpaksa lakonkan kembali kerana gambar ini yang menyebabkan terbongkarnya penipuan yang sangat besar tika itu. Memang ianya memberi impak yang besar la. Haiiyaaaakkkkk. Dushh.



Menanti saat untuk pulang ke hostel akibat keletihan yang amat setelah belajar ANP. Inilah saat terluang yang sentiasa di lakukan iaitu mengambil gambar. Memang sangat kerap mengambil gambar. Macam tahu-tahu saja aku akan pergi dari situ ya. =)


Amalina. Orang pertama yang aku kenal sebelum memasuki PICOMS. Dia memang sahabat yang terbaik. Walaupun kadang-kadang agak blur, tapi aku bangga dengan dia. Seorang yang sangat mudah untuk menghafal nota-nota yang penting. Kami sangat rapat. Lihat gambar di atas pun sudah tahu. =) Aku rindu saat ini. Pertama dan terakhir kalinya untuk kita hang out begini.


Terlalu banyak gambar di antara kita semua. Cuma aku tidak sanggup untuk upload semuanya. Cukuplah apa yang ada di atas ini ya. Apa yang pasti ketiadaan aku di PICOMS tidak memberi apa-apa impak pada sesiapa yang rapat dengan aku. Kemungkinan besar juga ada yang puas hati dengan pemergian aku dari kolej itu. Huh. Aku pun puas hati juga. Yeayh!MySpace



Terima kasih sangat-sangat atas segala-segalanya. Ama sahabat yang terbaik buat tqa walaupun Ama kadang-kadang blur juga. =) Focus pada pelajaran ya lepas ini. Jangan selalu menangis. Apa-apa pun kita tetap boleh berhubung bukan? Tqa still ada dalam Malaysia. Tqa tak jauh mana pun. Kalau Ama datang Melaka, kita boleh jumpa bukan? Take care di PICOMS ya. Buat yang terbaik sepanjang study di sana.


Nadia, terima kasih untuk semuanya ya. Tqa pasti akan merindui masakan Nadia. Nyum nyum. Paling best waktu kita bawa bekal makan kat tingkat 3 di kolej. Berebut-rebut tqa, Aren ngan Nad rendang ayam ayah Nadia buat tu. Hahaha. Buruk betul perangai kami kan? Rindu nak berkelah sama-sama lagi. Jaga diri baik-baik dekat kolej itu. Ingat, kita buat kawan tapi bukan pilih kawan ya! Kawan dengan semua orang ok. Jangan selalu menangis tau. Apa-apa Nadia boleh beritahu tqa anytime k. I'll always beside u Nadia!


Aren, tqa minta maaf banyak-banyak ya. Al maklum lah sebelum ini kan tqa selalu duduk mengenakan Aren je. Siap cakap " Aren la suara sedap, dia lah muka yang paling macho, dia la the best student" Hahaha. Macam-macam. Sampai Nadia sendiri tak boleh buat apa dah. Huhuh. Apa-apa pun tolong jaga Nadia baik-baik ya. Ibu tqa cakap korang sepadan sangat. My mom suka gila. Yeahhh. Tqa paling suka waktu kita berempat (tqa,nad,nadia & aren) kena EL dengan Puan Zaidah @ Taiko kita. Hahaha. Tak pasal-pasal. All the best there ya!

Nadhrah @ kecik, dah hilang sorang anak Pn Zaidah. Tak apa, jaga mak kita baik-baik ya! Nad, jaga diri baik-baik tau. Dan tolong jaga Nadia sekali. Lepas ini seronok la ya duduk mengumpat tqa dengan Nadia tu. Belajar baik-baik k. Benda yang lepas jangan  di kenang tau. Jaga Farid tu baik-baik. Harap hubungan kalian berkekalan la ya. Banyak kenangan kita yang perlu di simpan. Heee. Btw, Farid, tolong jangan grip kepala Nad tu lagi ya. Dah la dia ni kecik. Kesian mak cik tu. =)


Mia', terima kasih semuanya ya. Lebih-lebih lagi Mia' ada buatkan tqa sarapan pagi sebelum tqa keluar dari kolej tu. Sedap sandwich tu. Teringin nak rasa lagi. Heee. Mia' study baik-baik ya. Tqa tau Mia' boleh buat semuanya. Yeayh!!

 Kepada semua warga PICOMS, aku minta maaf atas segala kesilapan yang aku telah lakukan sama ada secara sengaja atau pun tidak. Halalkan makan minum aku sepanjang berada di PICOMS ya. Aku pasti akan merindui kalian. Enjoy study di sana ya kawan-kawan. Terima kasih semuanya!MySpace (Happy sungguh, Yeayh!)

p/s : Aku ikut jejak Arina rupanya..Bye=bye PICOMS.. =)

Selamat Hari Guru



Bismillah

16 MEI 2011 - Guru telah bnyak berjasa pada kita.. hargailah mereka seperti ibu dan bapa kita juga..


Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara!!







Guru Oh Guru


Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979




Selamat Hari Guru untuk semua golongan pendidik..
Hormati mereka. Doakan mereka. Tanpa mereka, anda tidak mungkin
mampu membaca mesej ini..




=)

p/s : seronoknya jadi cikgu! ;)

Sunday, May 8, 2011

Get Well Soon Hafiz.



Bismillah


Erkkkkkkk..Alhamdulillah,kenyang aku sarapan laksa pagi ini. Yeah! Terima kasih ayah ibu sebab buatkan sarapan pagi untuk anakmu ini. Hihihi. MySpace Bila sudah kenyang begini, harapan untuk update blog sebelum pulang ke kolej petang nanti adalah tinggi. Iyalah, lepas ini memang susah aku hendak update apa-apa entry terbaru. Sibuk dengan posting lagi. Nak study untuk final exam bulan enam lagiMySpace. Hadoyai. Memang sangat letih. Silap-silap boleh jadi macam ini MySpace. Tidak menentu terus!




Hmmm. Sebenarnya entry ini khas untuk Hafiz. Dia kan baru sahaja mengalami kemalangan pada hari Rabu yang lepas semasa dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya di Kelantan. Aku dapat tahu, sahih lah terkejut beruk. Mahu taknya, sebelum itu text dia ok je. Aku beritahu ibu akan hal ini, semasa sedang bercakap dengan ibu terus aku jadi macam iniMySpace . Ya Ampun, malu sungguh lah dengan ibu ayah. Terus aku meniarap kononnya hendak tidur. Ianya sebagai langkah untuk orang tidak syak aku menangis. Hahaha. Alhamdulillah dia tidak mengalami sebarang kepatahan pada tulang-tulangnya. Cuma cedera sedikit sahaja di bahagian tertentu. Sepanjang hari itu, aku ada la juga kejap-kejap menangis. Sudah jadi macam anak kecil pula.


Ada sekali itu ibu bertanya pada aku.


Ibu : Menangis ke?


Aku : Haaaa... Tak de la bu.MySpace


Ibu : Tuuuu mata bengkak.
MySpace
Aku : Erkkk.. Masuk habuk tadi (smbil menggosok mata). *Nampak benor nipunya.

Ibu : Iya la tu.*sambil memaut bahu aku. P buat solat hajat, baca yassin untuk Hafiz. Ni asyik nangis
        je. Fikir yang positif, Atiqah. Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku ini. Banyak-banyakkan
        berdoa untuk Hafiz supaya  dia cepat sembuh semuanya. Dah, jangan nak menangis..MySpace

Aku : Gulp.. Baik bu.MySpace 


Memang betul lah, gerak hati ibu sentiasa tahu perasaan anaknya kan? 


Hafiz ada beritahu pada aku bahawa dia sudah sihat sepenuhnya dan ingin keluar jalan-jalan menaiki motor kerana bosan duduk di rumah.MySpace Memang aku tidak nafikan perasaan bosan itu. Lebih-lebih lagi buat kaum Adam. Mereka mana boleh duduk sahaja dirumah. Dalam sehari pasti ingin keluar mengambil angin. Iyalah duduk terperuk di rumah. Makan, tidur, tengok tv, on9. Itu sahaja yang selalu di lakukan. Tapi ibu ayahnya tidak benarkan.MySpace Mungkin pada mata mereka, Hafiz belum sembuh sepenuhnya lagi. Oleh itu, Hafiz kenalah berehat di rumah lagi ya. Macam-macam boleh buat sebenarnya. Membaca, mengarang. Tak pun update blog kamu! Hafiz sudah tentu ada banyak cerita yang ingin di kongsi bukan? Waktu inilah yang terbaik untuk beri jari-jari itu menari di keyboard. Tahan dahulu perasaan untuk keluar bersiar-siar itu ya Hafiz.MySpaceHaaaaa. Hafiz juga boleh membaca Al-Quran, mantapkan lagi gaya pembacaan supaya masa terluang itu terisi dengan perkara-perkara yang berfaedah.


Sekarang ini keadaan Hafiz semakin pulih. Maaf ya kerana tidak dapat menziarahi kamu di sana.MySpaceBukan kerana jauh atau apa, cuma masa tidak mengizinkan. InsyaAllah, ada rezeki kita jumpa ya. 


Hafiz, banyakkan bersabar atas apa yang berlaku ini ya. Ini semua dugaan yang Allah berikan kepada hidupmu. Jadi jangan mudah berputus asa serta menyalahi diri sendiri atas segalanya. Dugaan serta ujian yang Allah beri pada setiap hambaNya tidak sama antara satu sama lain. Hafiz sendiri pernah berkata 


" Allah hanya akan menguji hambaNya mengikut kemampuan diri seseorang itu" 


Oleh itu, banyakkan amal ibadat pada Allah. Banyakkan berdoa supaya semuanya berjalan dengan lancar selepas ini. Ada hikmah di sebalik semua ini. Segala kesakitan yang Hafiz alami itu adalah penghapus segala dosa.  Get well soon ya! Im always pray for u. MySpace 






Ok, habis di sini saja entry aku buat kali ini. Aku perlu bersiap-siap untuk berangkat pulang. Yeay! Ibu ayah sudah bekalkan aku ketupat serta sambal ikan bilis dan ayam goreng berempah untuk makan pabila tiba di hostel nanti. Kak Nurul juga ada beri kek coklat buatan sendiri. Terima kasih semuanya atas keprihatinan anda.MySpace . Agak-agak boleh tak makanan ini di simpan??MySpace


p/s : semoga cepat sembuh ya Hafiz.. 
Related Posts Plugin for Blogger