Bismillah
Alhamdulillah, usai sahaja selesai menjawab final exam Khamis yang lepas, kami dibenarkan pulang kerana malam itu ada dinner yang diadakan di Dewan Darul Kifayah. Kami perlu keluar dari hostel jam 5 petang. Aku sempat tidur di rumah. Mengantuk yang amat. Pukul 3 baru bersiap-siap.
Aku baru perasan yang ahli rumah aku bertambah-tambah ketika itu. Seronok melihat gelagat orang perempuan bersiap. Macam-macam kerenah dapat tengok. Hahha. Aku seperti biasa membantu Fiqa, Kak Dayah, Zura dan Nad memakai shawl. Adeiii. Dalam duk sibuk tolong mereka, baru aku perasan yang diri aku tak siap lagi. Nasib baik sempat siap, kalau tidak alamat kena tinggal lah aku.
Bumi Allah di basahi dengan air hujan pada petang itu. Sejuk rasanya. Dalam fikiran sudah memikirkan bahawa kalau dapat tidur ketika itu alangkah bahagianya hidup. Heeeee. Tidur saja yang aku tahu. Aishhh.
Apabila camera berada di tangan sudah tentu pelbagai gambar akan di ambil. Iya tak?
Dinner berjalan dengan lancar walaupun ada yang mengatakan ketidakpuasan hati terhadap dinner kali ini. Pada aku semuanya ok sahaja.
Cakap banyak pun tak guna. So, u all tengok sajalah segelintir gambar yang aku uploadkan untuk entry ini.
Inilah gelagat-gelagat kami. Ada banyak lagi gambar, tapi tahap kemalasan untuk mengupload gambar sudah melebihi batas. Hanya gambar-gambar ini saja yang mampu untuk di kongsi dengan yang lain.
Selamat meneruskan perjuangan dalam bidang kerjaya nanti kepada semua senior sem 9 yang akan graduate hujung tahun ini, InsyaAllah.
Alhamdulillah, dinner habis jam 11 lebih. Kami tiba di hostel jam 12 malam. Penat.
Masing-masing basuh muka, tukar baju dan zzzzzzzz...
canteknyer org yg berbju merah tue... (^_*) ...huhu.....
ReplyDeletelalala..
ReplyDeleteto infinity cinta : ramai y memakai baju warna merah..huhuhh...
ReplyDeleteto fz : mengapa??
hohoho,cantik dan manja cik tqa ni..boleh bergambar bersama..hehehe
ReplyDeletebaju merah menawan.
tqsm ya.heeee
ReplyDeleteGadis berbaju merah,awak single??hihihii..cantik!!
ReplyDeletethnks ya..heeee.. =)
ReplyDelete