Bismillah
Alhamdulillah. selesai juga aku menjawab 3 paper. Ini bermakna ada 1 sahaja lagi paper yang perlu aku hadapi pada hari Khamis ini. Mudah-mudahan aku dapat menjawabnya dengan baik sekali.
Tiba sahaja exam sebegini diri aku sudah pasti demam.
Haiyakk!!
Sangat tension. Mula-mula hanya sakit tekak saja. Next day, terus demam panas Adakah antibody aku tidak kuat seperti orang lain??
Hmmm...
Apabila demam, sudah tentu study mahupun menjawab exam dalam keadaan yang sangat tidak selesa. Dengan selesemanya lagi. Sangat menyeksakan diri. Apa yang aku study untuk exam phsycology tadi, 50-50 sahaja.
*tengah study betul-betul gambar kat atas.
Dan tadi berlaku sesuatu yang sangat tidak di ingini.
Pagi tadi sewaktu sarapan di kedai, kepala aku mula la buat hal. Berdenyut-denyut. Sakit..Sakit.. Waktu-waktu macam itulah air mata mula bergenang *menahan sakit. Alangkah bahagianya kalau ibu ada waktu itu. Terus misscall ibu dengan harapan ibu akan call aku balik.. Hhehehe..
Alhamdulillah, ibu call aku. Ibu tahu sahaja yang anak dia menangis ketika itu. Hahaha..
* Dah besar pun nak menangis ke? Ngada-ngada betul!
Sakit sangat ooo.. Sebab itu aku menangis. Memang sangat-sangat malulah tadi. Macam-macam berlaku. Rasa nak pengsan pun ada. Hahaha.. Apa-apa pun jutaan terima kasih pada Nadia Syamira dan puan Aida sebab membantu aku dalam keadaan kesakitan macam itu.
Puan Aida berpuluh kali tanya aku samada boleh focus untuk menjawab soalan phsycology atau tidak. Aku macam biasalah ok setiap masa walaupun diri aku sendiri tak tahu boleh atau tidak. Sewaktu aku ingin menulis no index di kertas jawapan, menggigil tangan aku menulis. Hahaha. Tulisan pun entah macam apa. Apa yang pasti, tulisan aku masih boleh di baca dengan jelas.
Aku mengambil masa selama 20 minit untuk menjawab soalan MCQ no. 1 - 5. Al maklumlah, kepala sakit kan. Tak boleh nak focus sangat. Huhuhuh.. So far, Alhamdulillah kerana aku dapat menjawab semua soalan walaupun dalam keadaan yang tidak mengizinkan. Semuanya berjalan dengan lancar.
Oleh itu, jagalah kesihatan sebaik yang boleh. Makan biarlah ikut waktunya. Janganlah jadi macam aku. Setiap kali exam pasti akan demam.
Hmmmmm..
Study untuk ANP pula.
Subjek paling menarik.
All the best ya!!
p/s : cepatlah habis exam. =(
alololo, cik tiqa ku ni kesiannya :(
ReplyDeletebe strong ok dear!
walaupun buat2 strong pon okay la.xpa! hehe
hai sayanggg..
ReplyDeletedalam sakit2 pun ada kesempatan tulis blog ye!
kuat semangat tiqa ye!!.tace care syg...
to Fad : ala, fad mcm xkenal tqa plak ea..heeeee.. emuanya sudah berakhr..apa kputusnnya, tqa redha..
ReplyDeleteto fatin : itu pasti..gila blogging mcm ni la..heeeee..thnks a lot ya.. =)