Saturday, December 11, 2010

Kawan, Teman atau Sahabat??


Bismillah


Kalian pasti ada kawan, sahabat dan teman. Semuanya ada maksud yang hampir sama. Tetapi sekiranya kita melihat secara mendalam, ianya mempunyai maksud tersirat yang berlainan. Betul ke ??

* Kedah 

* Sekolah rendah



Kawan
Semua orang mempunyai kawan termasuk aku sendiri. Setiap orang kita kenali, yang kita dampingi adalah kawan. Sama ada disekolah, universiti, kolej mahupun pejabat atau dimana sahaja, mereka adalah kawan. Sekiranya kawan itu sentiasa bersama kita dan sanggup menolong kita dikala susah, tahniah kerana anda telah mempunyai seorang sahabat.

Sahabat
Maksud sahabat sama seperti kawan akan tetapi mempunyai makna yang lebih mendalam. Seorang sahabat sentiasa bersama kita sama ada kita senang mahupun susah. Mereka akan menolong kita sekiranya kita dilanda kesusahan. Jika orang yang kita panggil sahabat hanya bersama kita dikala senang dan meninggalkan kita ketika susah, maka orang itu bukanlah seorang sahabat. Ia hanyalah dikategori sebagai kawan.

Teman 
Teman juga mempunyai maksud yang sama seperti kawan atau sahabat tetapi ianya juga mempunyai makna yang lebih dalam dari sahabat. Teman juga sama seperti sahabat tetapi dia sanggup bersama kamu selamanya. Dia akan menemani kamu dikala kamu susah dan kesepian. Menghiburkan hati dan membawa kegembiraan didalam hidup kamu.

* Kolej Pusrawi

* Kedah 

* Kolej Pusrawi

Begitulah realiti kehidupan.
 Aku ada ramai kawan. 
Beberapa orang sahabat. 
Teman?? 

 Aku doakan semoga kalian semua sudah menemui teman hidup masing masing. Dan apabila sudah ketemu, jagalah mereka baik baik seperti kalian menjaga diri dan hati kalian sendiri.

p/s : aku apa pada kalian ya??

10 comments:

  1. amoi, kau adalah seorang SAHABAT buat aku! Kau sering ada di kala aku ksusahan mahupun tgh hdup bersenang lenang...kau selalu tlg aku time2 tengah sedih @ gmbra wlaupun time tu kau tgh sdih tahap cipan..kau snggup korbnkn diri kau yg tgh sedih pekebenda sume tu demi rakan yang lain..aku respect kau.

    walaupun pic aku xde, aku xkisah sbb aku tahu pic aku msti ada kat pndrve kau kn. btol x?

    ReplyDelete
  2. hohoh..jgn la ckp tntg aku mcm tu sekali.. malu mey..heeee..thnks a lot sbb anggp diri aku sebagai seorang sahabat pada diri kau.. =)

    oyeh2..gmbar kau mmg ada dlm pndrve aku..

    ReplyDelete
  3. tqa: sweet sgt!!!!!... btw ko la rakan ko la shbt n ko la tmn tuk ak..
    huhuhuh...:)

    ReplyDelete
  4. Tudia, semua tqa dpt..hehe..btw, thnks a lot ya shera..
    =)

    ReplyDelete
  5. kena memperbanyakkan post untuk sedarkan org yg masih xsdar 2..
    good job tiqa.
    :)

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah, sekiranya ada masa yang terluang, boleh lah tqa update apa2 yg berkenaan tentng hal2 mcm ni...
    Thnks a lot ya..
    =)

    ReplyDelete
  7. bg tiqa,sy ni siapa??

    ReplyDelete
  8. pada tqa kak pah adalah seorang kawan dan sahabat. =)

    ReplyDelete
  9. KWN from *Kedah:-

    yg benar merindui dan yg adoo skli...
    hahaha

    I MISS YOU tQA!!

    ReplyDelete
  10. yeay, i knw who are u dear...

    miss u too DINIE SYAZWANI.. =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for Blogger