Monday, November 1, 2010

Firash Haiqal & Sahal Najla


Bismillah


Oyeh!! Oyeh!! Oyeh!!
Hari ini genap seminggu umur Najla.
Keluarga bahagia abang Suhail dan kak Nadzifa serta permata hati sulung mereka iaitu Sahal Najla.
 Tahniah buat abang Suhail dan kak Nadzifa ya.

 Inilah wajah SAHAL NAJLA. 
Mempunyai sepasang mata yang bulat serta berdagu lekuk. Sehingga hari ini aku belum berpeluang mendengar Najla menangis kerana setiap kali aku datang tengok Najla, dia pasti tidur kekenyangan.
Riak wajahnya tampak tenang sekali.
Comel sungguh~

Semalam, aku pergi menziarahi kak Nadzifa di rumah ibunya. Kebetulan ketika itu Firsh memakai baju sama warna dengan Najla iaitu warna hijau.
Dan buat pertama kalinya juga Firash ingin menyentuh serta melihat Najla. Beberapa jam selepas Najla dilahirkan, Firash buat tidak nampak saja. Puas abang aku mendukung Firash menghadap Najla. Sikit pun Firash tidak pandang. 
Tetapi sekarang, kalau boleh nak sentuh muka sekali. Tapi bahaya buat begitu kerana Firash amat suka menepuk tangannya terhadap sesuatu yang dapat di capainya.

Percubaan pertama kali untuk menepuk Najla. 
Sudah macam adik-beradik pula Firash dan Najla ini.


Akhirnya, Firash telah mendapat seorang sepupu. Perempuan pula itu. Tidak mengapa. Besar nanti Firash boleh jaga Najla walaupun jarak umur kalian hanya 6 bulan.
. Betul tak?

p/s : Abang Ammar & Kak Nurul! bila pula nak ada anak? hehehe

5 comments:

  1. atiqah,comel-comel anak-anak buah ye,macam cik tqa juga.Selamat berpraktikal.Teringin nak jumpa cik tqa tapi x kesampaian.mencintaimu dalam diam.maafkan cikgu!!.

    ReplyDelete
  2. Comeynya la Firash dok tgk najla tu... so sweet =)
    [Aiyo...sapekah cikgu ni?]

    ReplyDelete
  3. to cikgu : ya2..terima kasih..huuh..siapalah cikgu ni ya??

    abg epah : mau tau la..firash tggu najla bsar..nti depa bley jd geng..hohoh..

    ( ntah la abg epah..tqa pun xknal..)

    ReplyDelete
  4. alahai..sampai ternganga firash tgk najla..br dpt jmpe geng ek..hoho

    [sapela "Cikgu" tu ye..ish,cm stalker la plak..erkk]

    ReplyDelete
  5. mau tau la firash tu..tggu dia ada gigi nnti, abs la najla kena gigit..huhuh..

    (no coment la kak..tqa pun xtau spe.mnakutkn btul..hahaha)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for Blogger