Sunday, October 31, 2010

Menanti


Bismillah

Sebenarnya entry yang ingin aku tulis ini sudah 6 hari berlalu. Iya lah, aku kan tiada masa sebelum ini untuk mengupdate blog. Ini sekadar untuk berkongsi cerita dengan kalian ya.

25hb Oktober 2010
Hospital Selayang
Ward Bersalin

Kakak iparku, Nur Nadzifa di masukkan ke wad bagi menanti kelahiran permata hati yang pertama.  Sepatutnya bersalin pada 16 Oktober yang lepas. Tapi tiada tanda-tanda untuk bersalin. Ini bermakna sudah lajak 9 hari.

Pada hari itu, aku berkesempatan juga untuk menziarahi kakak iparku di hospital. Pertama kali aku masuk suatu tempat di mana seorang wanita yang bakal bergelar seorang ibu sedang menahan kesakitan serta ada juga yang sudah bersalin.
Seperti biasa, Firash sudah tentu ingin bermanja dengan Mak Ngah. 
Sempat berposing lagi ya.
Nanti bila baby dah keluar, susahlah Firash nak bermanja lagi.

Tetapi ada satu perkara yang melucukan berlaku pada kakak iparku sewaktu doktor datang mahu cucuk branulla di tangannya. Jelas terpancar di wajah Kak Nadzifa kesakitan waktu itu. Lebih menggelikan hati, Kak Nadzifa tidak berani untuk menggerakkan tangan kirinya kerana takut jarum itu patah. Aku pula boleh tergelak melihat riak muka Kak Nadzifa ketika itu.
Aishhh.. Nakal betul aku ini.
Maaf ya kak! 

 Inilah hasilnya. Kaku terus tangan Kak Nadzifa.
Huhuhu..

Beberapa minit selepas aku menggelakkan Kak Nadzifa, ada seorang patient di masukkan ke sebelah katil kakak iparku. Patient itu mengerang kesakitan sehingga menangis. Aku tidak dapat bayangkan bagaimana kesakitan yang dia alami ketika itu. Lebih-lebih pula, suaminya tiada di sisi kerana ada urusan luar. Sejurus selepas itu, doktor masuk dan membuat ultrasound. Terdengar degupan jantung bayi di dalam kandungan berdegup kencang. Ya Allah! bertambah kecut perut aku mendengar semua itu. Takut.

p/s : Berharap agar bayi di dalam kandungan Kak Nazifa selamat dilahirkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for Blogger