Bismillah.
Lagu klasik, irama malaysia di ikuti dengan lagu dangdut seringkali bermain-main di bibir seorang gadis yang di kenali sebagai AFIQAH AHMAD yang mempunyai sepasang lesung pipit yang manis di pipinya dan ketinggian yang sangat melampaui batas.. *iya ke??
Ditangan sentiasa ada segulung kertas yang di anggap mikrofon baginya supaya mudah untuk menyanyi di mana sahaja. Seorang yang bukan pemalu tetapi peramah. Semua orang dia akan tegur walaupun tidak mengenali antara satu sama lain.
Pertama kali aku melihat kelibat Fiqa, sudah pasti aku akan membuat andaian yang tersendiri bahawa Fiqa adalah seorang perempuan yang sangat GEDIK! Al-maklumlahkan, manusia akan membuat pelbagai andaian mengenai perwatakan orang lain walaupun belum mengenali antara satu sama lain.
Aku cukup aim Fiqa sepanjang minggu orientasi. Lebih-lebih lagi bila Fiqa duduk di belakang aku dengan sahabatnya yang lain. Aku rasa sangat-sangat sakit hati apabila Fiqa mula menyanyi + gelak ketawa dengan kuat. Entah apa yang sangat menggelikan hati Fiqa pun aku tidak tahu.
' haiyak ! bkn lah,, c kecik 2 lah..
time mule2 lu,,rase na bg kaki jea kt kowg aw,,
mate masing2 taley bla.. hadoi ! '
time mule2 lu,,rase na bg kaki jea kt kowg aw,,
mate masing2 taley bla.. hadoi ! '
' HAHAHA ! klaka an time uh,,
ble fieqa nyanyi jep,, mate kowg mesty dok menjeling.
huh ,, mmg rase na maki time uh,, fiqa pon 1.. nyanyi ta gat masyrakt sekeliling,, '
' opppzzz !
a'ah an..ble nyanyi jea kowg diam,,then fieqa turut diam time uh..
coz malu kowt,, HAHA ! if gaye uh,, tayah ckp lah,,lg malu tqa oii,, '
Aku mengaku, setiap kali Fiqa mula menyanyi aku akan pandang ke belakang dengan rasa tidak puas hati kerana Fiqa sudah menganggu diri aku dengan suaranya yang sedap + nyaring itu. Yelah, siapa tak marahkan kalau pagi-pagi lagi dah mula menyanyi. Baru aku tahu yang Fiqa perasan aku pandang dia dengan jelingan mata yang sangat dahsyat! Hahha. Paling penting, setiap kali Fiqa menyanyi, pasti ada gayanya yang tersendiri kadang-kadang sampai berdiri menghayati lagu yang dinyanyikannya. Fiqa memang tak tahu malu. Hahahah..
' fieqa nie nyanyi suke mix2,,
lirik pon men tibai jep.. cmpai kan rmai yg caye ngn lirik uh,, h0h0!
lirik pon men tibai jep.. cmpai kan rmai yg caye ngn lirik uh,, h0h0!
Antara salah seorang mangsa yang terpedaya dengan Fiqa ialah aku. Aku seringkali percaya setiap lirik yang keluar dari bibir Fiqa. Aku ingatkan lirik-lirik lagu yang Fiqa nyanyi itu betul, rupa-rupanya Fiqa hentam ikut suka dia saja. Kadangakala, lagu yang Fiqa hentam liriknya sedap juga di dengari. Heeeee..
Sejujurnya, aku memang meluat tahap gunung berapi nak meletus dengan perangai Fiqa waktu itu. Aku tak tahu kenapa. Mungkin kerana aku amat anti akan perempuan gedik-gedik ini. Tetapi Fiqa membantu diri aku untuk menaikkan lagi tahap kemeluatan aku padanya apabila group masing-masing perlu buat persembahan pada hari penutupan orientasi di Astaka Tasik Titiwangsa.
Kenapa jadi begitu sekali??
Sebabnya Fiqa menjadi team leader untuk handle groupnya. Yelah, faham-fahamlakan Fiqa macamana. Rakan-rakan yang se-group dengan Fiqa pun tidak puas hati apabila dapat tahu mereka perlu mempersembahkan sebuah tarian pada hari penutupan nanti. Sahih-sahih mereka yang lain malu tetapi tidak pada Fiqa.
Salah satu senjata kehebatan Fiqa terletak pada mulutnya.
Kalian nak tahu kenapa??
Fiqa sendiri menggelarkan mulutnya itu adalah mulut longkang kerana Fiqa merupakan sahabat yang mulut tersangat laser apabila berbicara dengan orang yang mula menyakitkan hatinya.
Siapa yang hati lembut, memang mudah terasa la dengan kata-kata Fiqa.
Walaupun mulutnya begitu, Fiqa merupakan seorang sahabat yang sangat baik hati. Aku beruntung dapat mengenali Fiqa.
Urggghhhhh!!
Sebenarnya terdapat pelbagai perasaan marah + benci + geram + sakit hati dan etc pada Fiqa sewaktu mula kenal dengannya. Tetapi sekarang kami bestfriend tau!
Kalian tak percaya??
Tengoklah gambar ini
Jelas terserlah betapa akrabnya aku dan Fiqa sekarang ini kan.
Betul kata orang tua-tua.
" Tak kenal maka tak cinta "
Aku dan Fiqa merupakan Mak Su kepada anak buah masing-masing.
Minat kami berdua pun sama.
Apa lagi ek??
Urmmm..
Banyak sebenarnya.
Betul tak Fiqa??
To Fiqa : Tqa minta maaf sekiranya entry tentang Fiqa ini telah berjaya membuat Fiqa berasa sedih + marah. Tiqa hanya menceritakan perkara yang benar sahaja. Kalau rasa-rasa nak marah ke apa ke, mai lah tingkat 4 ini ya. (*__*)
p/s : Jangan nilaikan diri seseorang melalui luarannya.
gila la ayt kau amoi. kesian kawan kau ni.kau cakap lepas jer ea.
ReplyDeleteaku rasa lepas ni mesti kawan kau belasah kau teruk2..hahahaha..
btw, jeles aku tgk pic kau ngan kwn kau berpeluk mcm tu..
Atiqah! u dari dulu sampai sekarang sama saja. muka macam budak2. perangai lagi lah mcm budak2, manja sangat2. tapi sekarang i tak tahulah kalo u still menangis if berjauhan dengan family.
ReplyDeletewah! hebat kau kutuk kawan kau ea. ny aku ada 1 cter best. xtau la kalo ko ingt lg ke x. dlu drjh 3, time bahasa cina, aku benci giler kat ko gak sbb ko bley jer jwb pe yg ms. Lim soal. smpai exm bhasa cina ko pun mrkah ko tinggi giler. aku pnya bnci kat ko smpai aku sanggup sorokkan kasut ko time kat surau. aku ingt lg ko menangis2 carik ksut tu. mmg xboley lupa la time tu..dgn rupa ko pkai skrit & rmbut ikat tocang dua..hahahaha.. rndu dow time tu.
ReplyDeleteAda juga orang2 yang boleh menilai penampilan dan mentafsirkan sesaorang itu dari segi luaran dan dalaman.Hanya segelintir manusia saja yang tahu.
ReplyDeleteto liyana : muahhahaa..aku dah puas kena belasah ngan dia la wei.. dia sendiri xkisah aku tulis tntg dia..hehehe...she a sporting girl tau!alalala..jeles2 plak kau ni..sbar2..heeee..
ReplyDeleteto ashraf : erkkk..i sama ek mcm dlu?? tak baik tau u kata i mcm tu..heee..malu je la..weee..mula2 berjauhan mstilah ngis u..skrg xdah..heeee..
to adli : arghhh..mncul sudh bdak nakal ni..hahaa..jgn la malukn aku weii..kau mmg la..dh la dlu2 suka buli aku..jgn smpai tntg diri kau aku cter kn plak kat blog aku..hehehee...
to perihatin : ya betul tu..