Sunday, October 10, 2010

Bersabar ya sayang!


Bismillah


" Ya Allah, betapa beratnya ujian yang engkau berikan kepada sahabatku itu.. KAU kuatkan lah diri sahabatku  untuk mengahadapi semua ujian yang engkau berikan kepadanya.. "

Aku, Nadhrah dan Amirah sempat menziarahi arwah mama Nadia pada petang itu di Hospital Sungai Buloh. Sewaktu melihat keadaan arwah, diri aku menjadi sebak apabila memikirkan sekiranya diri aku berada di tempat Nadia, adakah aku kuat untuk menghadapi semua ini??


Bermacam jenis wayar terdapat di sekitar badan arwah mama Nadia. Aku sempat perhatikan pulse rate dan spo2 arwah tidak boleh di baca. Manakala datuk, nenek serta saudara mara yang lain membacakan surah Yassin ketika itu.  Ini bermakna semua orang hanya mampu berserah kepada takdir atas apa yang bakal berlaku. Sedih dan sayu apabila masuk di wad ICU. Tambahan pula apabila melihat pesakit-pesakit dengan wayar di sana sini.

Di luar wad ICU, semua ahli keluarga serta sanak-saudara Nadia berkumpul atas permintaan doktor yang merawat keadaan arwah. Kalian semua tahu kan mengapa doktor berbuat begitu. Sewaktu bersalaman dengan makcik-makcik Nadia, aku dapat merasai apa yang mereka rasai ketika itu. Mereka bakal kehilangan seseorang. Di suatu sudut, aku melihat adik lelaki Nadia yang baru berumur 7 tahun menangis teresak-esak atas apa yang berlaku terhadap arwah mamanya ketika itu. Sedih aku melihat suasana di sana ketika itu.


Tanggal 09 Oktober 2010 tepat jam 6.30 petang, ibu sahabat baik aku menghempuskan nafas yang terakhir di ICU Hospital Sungai Buloh. 

"Nampak mama macam tengah tidur je "

Itulah kata-kata adik Nadia yang baru berumur 5 tahun. Sesungguhnya si kecil itu tidak mengetahui apa-apa yang berlaku.

Jenazah arwah mama Nadia di kebumikan di Perak.

" Nadia! kuatkan semangat atas apa yang berlaku ya! Apa yang sudah berlaku adalah atas kehendakNYA. Kita sebagai hambanya, kena terima dengan redha. Tiqa tahu Nadia kuat serta boleh hadapi semua ini walaupun ianya begitu pahit untuk di telan. Banyak-banyakkan berdoa, sedekahkan a-Fatihah serta baca Yassin kepada arwah mama Nadia ya! "

p/s : Hargailah ibu kalian sementara mereka masih hidup ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for Blogger