Sunday, October 31, 2010

Kelahiranmu


Bismillah.


Alhamdulillah! Tanggal 26hb Oktober 2010 kakak iparku, Nur Nadzifa ( click di sini ) selamat melahirkan
seorang bayi perempuan jam 2.37 pm dengan berat 3.01 kg. Nama akan di umumkan nanti ya.

Jelas terpancar kegembiraan di wajah ayah ibu serta abang Epah dengan kehadiran insan baru dalam keluarga aku.
Aku bagaimana pula ya?
Sudah tentu aku juga berasa gembira kerana telah mendapat seorang anak buah perempuan.

Si kecil di kendong oleh tok ayah serta diperhatikan oleh mommy dan pak uda.



Mudah-mudahan bayi yang baru di lahirkan ini menjadi seorang anak yang taat pada perintah Allah swt. Semoga menjadi anak yang solehah ya 

Ingin mengetahui lebih lanjut, sila baca di blog abang Suhail (sila click).

Tahniah kepada abg Suhail & kak Nadzifa kerana telah di kurniakan seorang cahaya mata sulung pada tahun ini.  

p/s : bayi baru lahir ibarat kain putih.

Menanti


Bismillah

Sebenarnya entry yang ingin aku tulis ini sudah 6 hari berlalu. Iya lah, aku kan tiada masa sebelum ini untuk mengupdate blog. Ini sekadar untuk berkongsi cerita dengan kalian ya.

25hb Oktober 2010
Hospital Selayang
Ward Bersalin

Kakak iparku, Nur Nadzifa di masukkan ke wad bagi menanti kelahiran permata hati yang pertama.  Sepatutnya bersalin pada 16 Oktober yang lepas. Tapi tiada tanda-tanda untuk bersalin. Ini bermakna sudah lajak 9 hari.

Pada hari itu, aku berkesempatan juga untuk menziarahi kakak iparku di hospital. Pertama kali aku masuk suatu tempat di mana seorang wanita yang bakal bergelar seorang ibu sedang menahan kesakitan serta ada juga yang sudah bersalin.
Seperti biasa, Firash sudah tentu ingin bermanja dengan Mak Ngah. 
Sempat berposing lagi ya.
Nanti bila baby dah keluar, susahlah Firash nak bermanja lagi.

Tetapi ada satu perkara yang melucukan berlaku pada kakak iparku sewaktu doktor datang mahu cucuk branulla di tangannya. Jelas terpancar di wajah Kak Nadzifa kesakitan waktu itu. Lebih menggelikan hati, Kak Nadzifa tidak berani untuk menggerakkan tangan kirinya kerana takut jarum itu patah. Aku pula boleh tergelak melihat riak muka Kak Nadzifa ketika itu.
Aishhh.. Nakal betul aku ini.
Maaf ya kak! 

 Inilah hasilnya. Kaku terus tangan Kak Nadzifa.
Huhuhu..

Beberapa minit selepas aku menggelakkan Kak Nadzifa, ada seorang patient di masukkan ke sebelah katil kakak iparku. Patient itu mengerang kesakitan sehingga menangis. Aku tidak dapat bayangkan bagaimana kesakitan yang dia alami ketika itu. Lebih-lebih pula, suaminya tiada di sisi kerana ada urusan luar. Sejurus selepas itu, doktor masuk dan membuat ultrasound. Terdengar degupan jantung bayi di dalam kandungan berdegup kencang. Ya Allah! bertambah kecut perut aku mendengar semua itu. Takut.

p/s : Berharap agar bayi di dalam kandungan Kak Nazifa selamat dilahirkan.

Saturday, October 30, 2010

Merindui itu suatu kepastian


Bismillah


Kesian sungguh blog aku apabila ditinggalkan kesepian tanpa teman untuk bermanja sejak akhir-akhir ini sehingga berhabuk sana-sini. * ayat nak sadis saja. Nasib baik tiada keturunan Cik Ti**s menyorok di blog aku. Hahahah
.
Maaf ya teman-teman sekalian. Aku agak kesibukkan sejak kebelakangan ini sampai tak tergerak urat-urat saraf semua jari aku untuk menaip di papan kekunci. Al-maklumlah, balik saja dari praktikal sudah tentu kepenatan mula menguasai diri ini. Waktu praktikal macam aku, ada dua waktu iaitu shift pagi bermula dari jam 7.00 a.m hingga 2.00 pm. Shift petang pula jam 2.00 pm hingga 9.00 pm. Memang sangat letih. Tapi apa boleh buat, aku sendiri yang memilih untuk mengambil kos ini.

Aku terlalu sangat serius merindui untuk menaip seperti sebelum ini. Setiap saat dan waktu ada sahaja idea untuk update blg. Tapi sekarang?? 

On latop
mood : kegembiraan untuk update blog sampai post kat wall FB.MySpace

Sign in blogger
mood : ada bahan nak tulis.

Click new post
mood : macam biasa la tulis " bismillah"

Mula menaip.
2 minit kemudian,
Delete kerana ayat tidak menarik.
Seterusnya,
Tiada idea untuk teruskan menaip.MySpace
Dan
Niat untuk online FB sebentar sahaja.
Kemudian,
Beralih kepada blogger dengan niat ingin menaip
Tapi,
Itu semua angan-angan tahi ayam sahaja kerana satu ayat pun aku tidak taip.MySpace
Beralih kembali kepada FB.
Duduk menghadap FB punyalah lama.MySpace
Sehingga
Sanggup click "save now" dan sign out terus blogger.MySpace

Hahahha..
Punya dahsyat aku malas nak update blog sekarang ini..
Aishhhh..
Geram gila aku. Rasa macam nak saja lekatkan kepala, tangan, otak dekat depan lappy dan memaksa diri untuk menaip.
Tapi hampeh, cubaan gagal.
Huh *tarik nafas.

Nampaknya hari-hari akan datang, sekiranya aku ingin mengupdate blog, aku tak boleh sign in FB kerana aura FB akan membuatkan aku ketiadaan idea untuk update blog.MySpace
Hahahaha..

Kehidupan aku sekarang alhamdulillah baik seperti biasa semenjak adanya kehadiran  insan baru dalam hidup ini *siapa ya?.Hahaha. Demam itu perkara biasalah apabila berjauhan dengan keluarga. Adakala tidur lewat bangun awal. Eh, macam-macam lah. Keadaan di hostel ada juga yang tidak memuaskan. Tapi apakan daya aku untuk menghalang semua ini. *apa kes ntah aku ni.
Sudah Atiqah..
Sudah!
Banyak-banyakkan bersabar sahaja ya!

Apa-apa pun aku amat merindui untuk menulis blog seperti dahulu..
Huwaaaaaa..
MySpace

p/s : Semoga aku dapat meneruskan kehidupan pada hari-hari akan 
        datang seperti biasa. Heeee..

Tuesday, October 12, 2010

Afiqah binti Ahmad


Bismillah.


Lagu klasik, irama malaysia di ikuti dengan lagu dangdut seringkali bermain-main di bibir seorang gadis yang di kenali sebagai AFIQAH AHMAD yang mempunyai sepasang lesung pipit yang manis di pipinya dan ketinggian yang sangat melampaui batas.. *iya ke?? 

Ditangan sentiasa ada segulung kertas yang di anggap mikrofon baginya supaya mudah untuk menyanyi di mana sahaja. Seorang yang bukan pemalu tetapi peramah. Semua orang dia akan tegur walaupun tidak mengenali antara satu sama lain.

Pertama kali aku melihat kelibat Fiqa, sudah pasti aku akan membuat andaian yang tersendiri bahawa Fiqa adalah seorang perempuan yang sangat GEDIK! Al-maklumlahkan, manusia akan membuat pelbagai andaian mengenai perwatakan orang lain walaupun belum mengenali antara satu sama lain.

Aku cukup aim Fiqa sepanjang minggu orientasi. Lebih-lebih lagi bila Fiqa duduk di belakang aku dengan sahabatnya yang lain. Aku rasa sangat-sangat sakit hati apabila Fiqa mula menyanyi + gelak ketawa dengan kuat. Entah apa yang sangat menggelikan hati Fiqa pun aku tidak tahu.



' haiyak ! bkn lah,, c kecik 2 lah..
time mule2 lu,,rase na bg kaki jea kt kowg aw,,
mate masing2 taley bla.. hadoi ! '

' HAHAHA ! klaka an time uh,,
ble fieqa nyanyi jep,, mate kowg mesty dok menjeling.
huh ,, mmg rase na maki time uh,, fiqa pon 1.. nyanyi ta gat masyrakt sekeliling,, '

' opppzzz !
a'ah an..ble nyanyi jea kowg diam,,then fieqa turut diam time uh..
coz malu kowt,, HAHA ! if gaye uh,, tayah ckp lah,,lg malu tqa oii,, '


Aku mengaku, setiap kali Fiqa mula menyanyi aku akan pandang ke belakang dengan rasa tidak puas hati kerana Fiqa sudah menganggu diri aku dengan suaranya yang sedap + nyaring itu. Yelah, siapa tak marahkan kalau pagi-pagi lagi dah mula menyanyi. Baru aku tahu yang Fiqa perasan aku pandang dia dengan jelingan mata yang sangat dahsyat! Hahha. Paling penting, setiap kali Fiqa menyanyi, pasti ada gayanya yang tersendiri kadang-kadang sampai berdiri menghayati lagu yang dinyanyikannya. Fiqa memang tak tahu malu.  Hahahah..

' fieqa nie nyanyi suke mix2,,
lirik pon men tibai jep.. cmpai kan rmai yg caye ngn lirik uh,, h0h0! 

Antara salah seorang mangsa yang terpedaya dengan Fiqa ialah aku. Aku seringkali percaya setiap lirik yang keluar dari bibir Fiqa. Aku ingatkan lirik-lirik lagu yang Fiqa nyanyi itu betul, rupa-rupanya Fiqa hentam ikut suka dia saja. Kadangakala, lagu yang Fiqa hentam liriknya sedap juga di dengari. Heeeee..

Sejujurnya, aku memang meluat tahap gunung berapi nak meletus dengan perangai Fiqa waktu itu. Aku tak tahu kenapa. Mungkin kerana aku amat anti akan perempuan gedik-gedik ini. Tetapi Fiqa membantu diri aku untuk menaikkan lagi tahap kemeluatan aku padanya apabila group masing-masing perlu buat persembahan pada hari penutupan orientasi di Astaka Tasik Titiwangsa.

Kenapa jadi begitu sekali??
Sebabnya Fiqa menjadi team leader untuk handle groupnya. Yelah, faham-fahamlakan Fiqa macamana. Rakan-rakan yang se-group dengan Fiqa pun tidak puas hati apabila dapat tahu mereka perlu mempersembahkan sebuah tarian pada hari penutupan nanti. Sahih-sahih mereka yang lain malu tetapi tidak pada Fiqa.


Salah satu senjata kehebatan Fiqa terletak pada mulutnya. 
Kalian nak tahu kenapa??
Fiqa sendiri menggelarkan mulutnya itu adalah mulut longkang kerana Fiqa merupakan sahabat yang mulut tersangat laser apabila berbicara dengan orang yang mula menyakitkan hatinya. 
Siapa yang hati lembut, memang mudah terasa la dengan kata-kata Fiqa.
Walaupun mulutnya begitu, Fiqa merupakan seorang sahabat yang sangat baik hati. Aku beruntung dapat mengenali Fiqa.

Urggghhhhh!! 
Sebenarnya terdapat pelbagai perasaan marah + benci + geram + sakit hati dan etc pada Fiqa sewaktu mula kenal dengannya. Tetapi sekarang kami bestfriend tau!

Kalian tak percaya??
Tengoklah gambar ini


Jelas terserlah betapa akrabnya aku dan Fiqa sekarang ini kan.
Betul kata orang tua-tua.
" Tak kenal maka tak cinta "


Aku dan Fiqa merupakan Mak Su kepada anak buah masing-masing.
Minat kami berdua pun sama.
Apa lagi ek??
Urmmm..
Banyak sebenarnya.
Betul tak Fiqa??


To Fiqa : Tqa minta maaf sekiranya entry tentang Fiqa ini telah berjaya membuat Fiqa berasa sedih + marah. Tiqa hanya menceritakan perkara yang benar sahaja. Kalau rasa-rasa nak marah ke apa ke, mai lah tingkat 4 ini ya.   (*__*)

p/s : Jangan nilaikan diri seseorang melalui luarannya.

Sunday, October 10, 2010

Bersabar ya sayang!


Bismillah


" Ya Allah, betapa beratnya ujian yang engkau berikan kepada sahabatku itu.. KAU kuatkan lah diri sahabatku  untuk mengahadapi semua ujian yang engkau berikan kepadanya.. "

Aku, Nadhrah dan Amirah sempat menziarahi arwah mama Nadia pada petang itu di Hospital Sungai Buloh. Sewaktu melihat keadaan arwah, diri aku menjadi sebak apabila memikirkan sekiranya diri aku berada di tempat Nadia, adakah aku kuat untuk menghadapi semua ini??


Bermacam jenis wayar terdapat di sekitar badan arwah mama Nadia. Aku sempat perhatikan pulse rate dan spo2 arwah tidak boleh di baca. Manakala datuk, nenek serta saudara mara yang lain membacakan surah Yassin ketika itu.  Ini bermakna semua orang hanya mampu berserah kepada takdir atas apa yang bakal berlaku. Sedih dan sayu apabila masuk di wad ICU. Tambahan pula apabila melihat pesakit-pesakit dengan wayar di sana sini.

Di luar wad ICU, semua ahli keluarga serta sanak-saudara Nadia berkumpul atas permintaan doktor yang merawat keadaan arwah. Kalian semua tahu kan mengapa doktor berbuat begitu. Sewaktu bersalaman dengan makcik-makcik Nadia, aku dapat merasai apa yang mereka rasai ketika itu. Mereka bakal kehilangan seseorang. Di suatu sudut, aku melihat adik lelaki Nadia yang baru berumur 7 tahun menangis teresak-esak atas apa yang berlaku terhadap arwah mamanya ketika itu. Sedih aku melihat suasana di sana ketika itu.


Tanggal 09 Oktober 2010 tepat jam 6.30 petang, ibu sahabat baik aku menghempuskan nafas yang terakhir di ICU Hospital Sungai Buloh. 

"Nampak mama macam tengah tidur je "

Itulah kata-kata adik Nadia yang baru berumur 5 tahun. Sesungguhnya si kecil itu tidak mengetahui apa-apa yang berlaku.

Jenazah arwah mama Nadia di kebumikan di Perak.

" Nadia! kuatkan semangat atas apa yang berlaku ya! Apa yang sudah berlaku adalah atas kehendakNYA. Kita sebagai hambanya, kena terima dengan redha. Tiqa tahu Nadia kuat serta boleh hadapi semua ini walaupun ianya begitu pahit untuk di telan. Banyak-banyakkan berdoa, sedekahkan a-Fatihah serta baca Yassin kepada arwah mama Nadia ya! "

p/s : Hargailah ibu kalian sementara mereka masih hidup ini.

Sunday, October 3, 2010

ALLAH IS THE ONLY ONE


Bismillah


Friends... 

Allah is only one
He has no partner or son
He has made us and
everythings
All beats, all foowls, all birds
that sing

The sun, the moon, the lovely 
sky,
The land, the hills and the
mountain high,
He knows whatever we think
or act,
Because Allah sees the real
fact.

And the only he does what he
wills,
And he makes, he saves, he 
keeps,
Forever the same no age, no
youth,
He is perfection and he is truth.

Almighty Allah and he is wise,
He has no place, no shape, no
size,
Forever the grear is our god,
And always to be adored.

p/s : Miss a lots to all my bestfriend! Love u all..

Seandainya


Bismillah



Seandainya seorang kanak-kanak sentiasa dihina
Dia akan menjadi seorang yang pemalu.


Seandainya seorang kanak-kanak sentiasa diberi malu
Dia akan menjadi seorang yang sentiasa rasa bersalah.


Seandainya seorang kanak-kanak sentiasa di ajar tabah
Dia akan menjadi seorang yang penyabar.


Seandainya seorang kanak-kanak sentiasa di beri galakan
Dia akan menjadi seorang yang mempunyai keyakinan diri.


Seandainya seorang kanak-kanak sentiasa ditaburi pujian
Dia akan menjadi seorang yang tahu menghargai.


Seandainya seorang kanak-kanak sentiasa dilayan dengan saksama
Dia akan menjadi seorang yang tahu keadilan.


Seandainya seorang kanak-kanak sentiasa di beri perlindungan
Dia akan mempunyai kepercayaan diri.


Seandainya seorang kanak-kanak sentiasa didampingi dan diterima
Dia akan menjadikan dunia ini tempat paling selesa, tenang dan bahagia.


p/s : Tiba-tiba rasa rindu pula pada si kecil yang banyak cakap di atas ini.. 
Related Posts Plugin for Blogger