Monday, January 2, 2012

Carrot walnut cake



Bismillah

Pagi semalam usai selesai bersarapan, aku terus menjadi rajin untuk membuat kek. Kebetulan pula abang-abang aku berada di rumah. Iya la, cuti sempena tahun baru bukan. Heee.

Percubaan pertama aku membuat carrot walnut cake untuk tahun 2012 ini berhasil dengan jayanya.

Kek saangaaaaaat lembut.
Sedap sangat. 
Hehehe

Inilah hasilnya.


Ayah, ibu, abang-abang, kakak ipar dan kakak cakap sedap! *Kembang kempis time tu.
Tapi
Mereka tak tahu keadaan aku di dapur sewaktu buat kek ini.
Berpeluh-peluh sampai basah kuyup baju aku. Eeeeiiiiii.
Hahaha.
Tak tak tak. Itu semua auta belaka ya.

Hmmm.

Aku tengok semua orang makan sedap sangat gayanya. Tapi aku,rasa secubit saja semalam. 
 Lepas itu tak makan dah. Sebabnya aku tak teringin pun nak makan. Teringin nak buat saja. 
 Weeee. 

Kadang-kadang rasa tak percaya pula aku pandai buat kek sebabnya aku tak pernah ada 
 minat dan kelebihan untuk buat semua ini. Alhamdulillah sekarang sudah timbul minat untuk 
 belajar buat semua ini sedikit demi sedikit. 

Sebenarnya tak susah pun nak buat kek ini, cuma terpulang pada diri sendiri rajin ataupun 
 tidak sahaja.

Ok, aku tak nak membebel panjang. Sekarang mari aku kongsikan resepi Carrot Walnut 
 Cake ini dengan kalian ya.



Carrot Walnut Cake

4 biji telur
1 1/2 cawan minyak jagung / minyak sayur
120g gula castor
100g brown sugar
1 1/2 cawan carrot, diparut
250g tepung gandum + 1 sudu teh serbuk kayu manis 
1 1/2 sudu teh baking powder
100g walnut, dicincang kasar
1 sudu teh garam

*tepung gandum, serbuk kayu manis dan baking powder perlu diayak ya.

Cara-cara
- Pukul telur sehingga kembang.
- Masukkan minyak, gula dan carrot, kacau hingga sebati.
- Masukkan walnut , digaul rata.
- Masukkan bahan-bahan yang diayak dan garam, digaul rata.
- Masukkan dalam acuan kek dan bakar selama 50 minit, suhu 170C

Selamat Mencuba!!

p/s : Nak buat bisnes la nanti. Heee

6 comments:

  1. ya, mmg sedap sangat. hehehe. cuba la buat ya. =)

    ReplyDelete
  2. rajin kamu memasak ye?

    ReplyDelete
  3. sangat sedap kek tu,nyum3..nanti cuba buat resepi2 terbaru ya cik tqa!!hehehe..

    ReplyDelete
  4. Nyums! One of my fav cakes ;)

    ReplyDelete
  5. to anonymous : mengisi masa lapang yang terluang dekat rumah time cuti, tu rajin. hehehe.

    to baby U : sedap?? wah, boleh jual la mcm ni. hahaha.

    to kak Nono Fara : serius?? mahu x? heeee.. =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for Blogger