Tuesday, January 17, 2012

Bangga



Bismillah

Di sebuah perhentian di sekitar Alor Gajah semasa menunggu bas untuk pulang ke kampus. Terdapat seorang pakcik yang sedang berbual dengan suara yang sangat sangat sangat kuat sehingga menganggu konsentrasi aku terhadap buku yang aku baca.

Aku teringat-ingat perbualan pakcik tu dengan makcik yang ala-ala nak tak nak aje layan pakcik tu berbual.

Pak cik  :  Eh, Jenab, kau kojo lagi ko?
Mak cik :  Aku ni suri rumoh jo. Suami pun dah pencen.
Pak cik :  Aku dolu ni askor tapi bahagian medical. Ala yang doktor-doktor tu.
              Tapi pencen doh sekarang. 58 tahun berkhidmat sebagai doktor askor ni tau.
              Lamo dah. Raso sayang nak pencen tapi kita ni dah tuo kan, keno la pencen 
              berehat dekat rumoh. Raso sayang jo dongan usio mudo-mudo dolu. 
              Aku ni bukan nak kato apo, cuma raso banggo dongan diri ni sobab ada ilmu
              bahagian medic! ( bercakap dengan nada yang bangga )

Pakcik oooo pakcik..

Pakcik  : Kau asal mana haa?
Makcik : Aku duduk Kelemak tu je.
Pakcik : Aku asal Kolumpo. Orang umoh asal Masjid Tanah tapi kami duduk Melaka ni 
            sobab dia kojo guru penolong kanan satu dokat sekolah. Aku ni ado umoh kat 
            Ampang. Umoh banglo caler putih. Bosar pon bosar. Umoh mewah la. 
            Sayang umoh tu. Kalau kau tengok pun mesti terkesima sebab besor, cantik. 
            Aku tak ado gambo umoh aku tu. Kalo ado memang aku tunjukkan doh 
            dokat kau.

Aishhhh.

Pakcik ni bangga pula dengan rumah dan pekerjaannya. Aku pandang juga pakcik tu waktu dia bercakap, memang nampak ekspresi wajah dia yang bangga dengan semua yang dia ada.

Hmmmm.

Pakcik oooo pakcik.

Harta-harta yang pakcik ada tu bukannya boleh bawa ke kubur nanti pun. 

Kadang-kadang aku rasa meluat juga dengan orang-orang yang cakap besar macam pakcik tu. Bukannya sebab cemburu atau apa pun, cuma aku rasa tak patut untuk menunjuk-nunjuk dengan kemewahan yang dia ada pada orang lain sebab semua itu boleh mendatangkan riak pada diri sendiri.

Pakcik,
Bawa-bawa bertaubat la ya.
Rumah kata pergi, kubur panggil memanggil tu.

p/s : Minta di jauhkan la benda-benda sebegini pada diri aku, keluarga dan orang yang rapat dengan aku. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for Blogger