Monday, August 15, 2011

Selepas sahur



Bismillah

Ehem ehem.

Assalammualaikum semua.


Alhamdulillah, sudah 15 hari umat Islam berpuasa. Semoga Allah memberi kita peluang untuk meneruskan ibadah puasa yang tinggal hanya 15 hari saja lagi. Semoga semuanya berjalan dengan baik. Buat yang telah ' pergi ' pada bulan yang mulia ini, takziah pada keluarganya ya.

Demam
Muntah
Selesema
Sakit tekak
Batuk
Sakit kepala

Arghhhhhhh. Semua ini betul-betul membuatkan diri aku tak selesa untuk melakukan sebarang kerja. Baring pun sakit yang amat. Kepala pula sentiasa berdenyut-denyut.

Kalau tak silap aku dari minggu lepas aku demam. Cuma aku tak terfikir untuk pergi Unit Kesihatan dalam kampus sebab aku ada ubat demam homeopathy. Tapi itulah, makan ubat pun tak pulih juga demamnya. Makin teruk adalah. Aku rasa ini mungkin sebab cuaca yang tak menentu. Lebih-lebih pula aku ada redah hujan hari Rabu lepas. Then tak mandi, memang la demam makin teruk. Huuuu.

Pagi tadi lepas sahur dengan semangat yang kuat aku ingin balik ke Lendu tapi tak dapat sebab muntah-muntah. Segala apa yang aku makan sahur tadi semua keluar balik. Lebih 6 kali aku muntah sampai muntah yang terakhir hanya keluar air saja. Wohohh. Geli koottttt. Eeeiiyyeeerrrkkkkkk. Lemah longlai badan. Sumpah, nak bangun pun tak larat tahu tak? 

Jam 8 lebih ayah ibu bawa aku ke klinik. Usai sampai klinik, aku adalah orang kedua yang akan berjumpa dengan doktor kawan ayah pagi itu. Alhamdulillah,tak payah nak tunggu lama-lama dekat dalam tu. Hehehe. Sementara menunggu Firash siap tepuk-tepuk kaki aku. Dia suruh aku tidur mungkin. Huhuhu. 

Aku berjumpa dengan doktor Ahmad. Macam-macam dia soal selidik aku. Sampai kepala aku pun pusing nak jawab apa pun tak tahu. Hahaha. 
 
Haaaaaaa, Kalau kalian ingin tahu, aku bab-bab jumpa doktor dekat klinik ini, jangan harap aku akan masuk seorang diri. Ayah ibu wajib masuk juga. Aku agak takut. Kihkihkih. Alang-alang dah jumpa doktor itu, ayah ibu sambil menyelam minum air la kan tanya itu ini dekat doktor.

Kata Doktor

" Anak dara yang sentiasa kena sunggugut setiap kali pada hari pertama haidnya, itu menunjukkan dia seorang yang subur. "  
 
" Kalau dia dah kahwin nanti, senggugut ini pasti akan hilang "

Ceit, beriya betul doktor tu cakap. Aku pun senyum je la walaupun tak sihat.

Doktor offer aku mc selama DUA hari. Tapi aku jual mahal minta sehari je la. Dua kali doktor tanya aku tentang mc itu. Aku bertegas TAK NAK juga sebabnya final dah nak dekat. Aku tak nak lah ponteng-ponteng kelas walaupun ada alasan yang kukuh bagai. Tak apa. esok kalau aku pengsan ke apa ke, unit kesihatan kat kampus tu kan ada. Hehehe.

Sampai sahaja di rumah. aku terus tidur sampai jam 1 lebih. Agak lama juga aku tidur. Ibu pula sapu minyak dan picit-picit kepala aku  Alhamdulillah, terasa kesakitan yang dialami kurang sedikit dari sebelumnya. 

Ayah ibu dan dia suruh berbuka sebab badan aku memang lemah sangat. Makruh kalau berpuasa sekiranya memudaratkan kesihatan. Aku akui kata-kata mereka itu, tapi aku bertegas juga untuk berpuasa pada hari ini. Sayang kot nak buka. Manalah nak tahu ini kali terakhir ke kan aku dapat menyambut bulan ramadhan. 
Huhuhuh.

Apa-apa pun tolong doakan aku pulih dengan cepat ya.
Terima kasih semua.

p/s : Gagahkan diri untuk update blog. Tiba-tiba rindu dekat Dayah & Maya. =(

10 comments:

  1. atiqah, penting untuk jaga kesihatan. macam mane nak study if asyik sakit je. cepat3 recover ye.:)

    ReplyDelete
  2. tiqa sayang..semuga awak cepat sembuh..

    ReplyDelete
  3. hah...baru betol narie pinsan kat kampuss....

    ngeh ngeh ngeh

    lain kali dengau cakap org tua..org suh duk umah relax tp tika xmau...

    narie dduk diam2...relax...tido...

    bby u: bertambah bby kat nursery tue..

    ReplyDelete
  4. mama marsya,
    td tqa naik ambulancelh..mkn free..haha..kluar dng rmbut brserabai n xbkasut..boleh bygkn x mcmna???hehe..kwn2 dia xbekalkn tdung n kasut..malu teramat dia..sedih dngar..huhu..klau bby u ikut td,x jd mcm tu..sory syg~~

    ReplyDelete
  5. bby u: hadoiiii...cianye tika...abis dia xbalik melaka lah ni?ada kat sana lah??
    coi..tobat nk naik ambulance..pasai tue rambut serabut sbb naik ambulance melaka mmg gamat..hahahaha...

    ReplyDelete
  6. halamak lupa nk komen yg nie.,..kalo bby u ikot saper nak jaga bby i???
    coi...

    ReplyDelete
  7. tqa kat hostel brehatlh tu..td call hapynya dia..bnyk homework nk buat..
    pernah naik ambulance bsma tqa..kecut prut,rsa jntung nk tcabut,lju mcm jet..hahaha.
    papakn boleh jga marsya~~jom kita tgok tqa ptg ni..hehehe

    ReplyDelete
  8. bby u: ooooo ingatkn dia balik sweet home..heheheheh...manalah tau nk tido kat tilam bucukk..

    ambulance melaka mmg kejam...makin bertamabah sakit kalo naek..hahahaha

    hah??petang nie??nnti tnyelah papa marsya dulu nie...
    kang kalo g saper lak nk tlg mak kiah menyibuk kat dapur tue..heheheh
    (tengh pk ada ke tolong? jeng jeng jeng

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for Blogger