Bismillah
Hanya tinggal sehari saja lagi untuk kita berpuasa di bulan yang mulia ini. Terasa berat hati untuk meninggalkan bulan Ramadhan yang penuh dengan segala-galanya. Tahun hadapan belum tentu lagi kita akan bertemu dengan bulan yang penuh dengan kemuliaan ini kan?
Hmmm.
Aku pun sudah mula cuti raya. Seminggu saja cutinya. Naik cuti ada last test. Adeii. Tak apa la. Nama pun menimba ilmu kan. Nak tak nak kena la terima semuanya dengan hati yang terbuka. Alhamdulillah, cuti ini tiada sebarang assigment yang di beri oleh letcurer.
=)
Minggu lepas aku, Yana, Nani, Yani, Wani, Hani, Ain, Dayah dengan Izwan berbuka dekat Chicken Mango. Mula-mula memang malas sangat-sangat. Ya la, dari kolej aku nak keluar dari kampus sangat jauh. Tapi bila di fikirkan balik, mungkin ini pertama dan terakhir kali untuk berbuka dengan mereka, aku gagahkan juga diri untuk pergi.
Endahkan diri aku.
Berbaju biru ini la tuan punya badan yang ajak pergi berbuka sama-sama.
Bukan main gembira lagi dan bersemangat nak berjalan budak sorang ni.
Nasib baik kedai makan itu tidak ramai orang. Kalau tak, mahu kena tunggu sampi jam 8 lebih baru dapat makanan. Huuuuu.
Tak banyak pun gambar yang aku ambil. Sebabnya keadaan diri yang terlalu lapar. Al maklumlah waktu ini tidak berapa nak sihat sangat. Demam bagai.Aishhh.
Sementara menunggu waktu berbuka, kami ambil-ambil gambar la ya. Sambil-sambil tu duduk mengarut yang bukan-bukan. Budak-budak ni bergelak ketawa macam tempat itu mereka yang punya. Nasib baik la meja-meja sebelah kami semua student UiTM juga. Kalau tak memang kena sound dah kot. Kihkihkih.
Ain &Yana
Yana mangsa utama yang sering di kenakan sebelum berbuka sampai la masing-masing dah kenyang perut. Hikhikhik. Maaf ya Yana. Saja nak gembirakan hati masing-masing yang gundah gulana bagai.
=)
Hani & Wani.
Budak berdua yang banyak betul gelaknya. Silap cakap sikit, gelak bagai nak pecah gegendang telinga tuan punya kedai. Hahaha. Bahaya betul. Nasib tak kena halau je tau.
Dayah & Izwan
Loving couple. Hihihi. Kami bercerita sambil tergelak dengan penuh keriangan tapi mereka berdua bercerita sesama sendiri dengan suara yang sangat perlahan macam sedang bercakap dalam kelambu. Hahaha. Malu-malu kucing pula. Hek.
Kalau sebelum ini, air yang kami pesan memang sampai sangat LAMBAT! Tapi kali ini air sampai terlalu awal pula. Ini semua yang membuatkan kami menenung air masing-masing dengan harapan azan maghrib akan berkumandang dengan cepat. Haaha. Teruk betul perangai sorang-sorang. Nampak sangat kebulur yang amat. Ish ish ish.
Apa-apa pun aku sangat berpuas hati walaupun tak ramai yang nak join tapi hati masing-masing terhibur. Iya la, dari petang sampai ke malam tak kering gusi di buatnya. Bergelak ketawa seolah-olah tempat itu kami yang punya. Hahaha.
Idea pun sudah semakin kering untuk meneruskan penulisan di sini. Kihkihkih. Apa-apa pun terima kasih ya semua. Ada rezeki, InsyaAllah kita akan makan bersama-sama lagi.
=)
p/s : bulan Ramadhan akan melabuhkan tirainya hari ini.. =(
perasan x?? 1 gelas air dh berkurangan...hehehehe..ade yg xpuasake?
ReplyDeleteact, gelas tu kwn dah buang aisnya..itu pasal nampak sedikit..
ReplyDelete