Saturday, June 4, 2011

Untungnyaaaaaa



Bismillah


























Eleh, konon comel ke buat macam tu haaaa botak?
Geram pula aku tengoknya.
Tak rugi lah aku balik rumah tiap-tiap minggu. Sekurang-kurangnya dapat lah membuli botak ni. Yeayhhh.

Ok ok.
Nak beritahu di sini bahawa aku sangat JELOUS dengan Firash. 
Kenapa?
Sebabnya, dari dia kecil dulu sampai lah umur setahun lebih ini asyik berjalan-jalan ke sana ke mari.
Mentang-mentanglah dia rapat dengan ayah ibu aku. So, ke mana ayah ibu pergi, Firash pasti akan ikut serta. Al maklumlah, kakak aku kan sibuk bekerja. Nak berjalan-jalan pun susah.
Untunglah jadi kamu ni Firash.

Sebelum ini Firash ada pergi Kuantan, Terengganu, Klang, Johor and etc.
Kuala Lumpur tu jangan cakap la. Boleh di katakan setiap bulan pasti akan pergi sana.
Hmmm.
Jumaat ini Firash bakal pergi ke Kedah kerana ada kenduri kawen di sana. Tengok tuuuuuu. Jalan jauh lagi. 
Alang-alang dah ke arah utara sana, pasti akan singgah Pulau Pinang, Padang Besar, Pokok Sena, Perlis.
Arghhhhh. Banyak tempat dia boleh pergi nanti.

Aku??
Kena tinggal kat Melaka. 
Asyik kena tinggal je.
Mentang-mentanglah aku dah besar, boleh jaga diri sendiri, tu asyik kena tinggal.
Huh.
Apa yang pasti minggu depan pasti aku akan balik rumah juga.
Apa guna kalau ada abang yang tinggal kat Melaka ni kan?
Yeayh, minggu depan tidur rumah abang aku. 
Mesti abang akan bawa aku jalan-jalan. 
Pasti!!

Lepas-lepas ini pula pergi Perak, Kelantan, Negeri Sembilan.
Apa lagi ea??
Senang cakap satu Malaysia Firash round nanti.
Huh.

Untung jadi Firash ni. Kecil-kecil lagi dah berjalan sakan ke sana ke mari.
Aku dulu kecil-kecil macam dia tak adalah jalan-jalan macam ini punya seronok. Huh.
Jelous tau tak???

Jelllooooouuuussssssssss!

Pesanan buat FIRASH HAIQAL :

Nanti jalan-jalan belikan lah mak su ole-ole. Tak kisahlah apa pun jenis ole-olenya. Janji mak su dapat something yang boleh di simpan atau di makan. Tapi jangan bagi mak su gambar Firash yang sedang bersuka ria sepanjang perjalanan berada kat utara tu sudahlah.

p/s : mari-mari datang melaka..

5 comments:

  1. maksu jangan jealous ea!nanti kita pergi kelantan la pulak.Jalan2 cari makan kat sana...hehehe

    ReplyDelete
  2. @baby u : argghhhhh..lambat sangat! huwaaaa..nak itot! nk itot! nk itot! =(

    ReplyDelete
  3. nak gi kelantan dik??..heeeeee

    ReplyDelete
  4. atiqah,
    orang kelantan kena beri jawapan ni!!hahahaaaaaaa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for Blogger