Wednesday, June 22, 2011

Tun Fatimah kalah dengan maruah



Bismillah

 ku daki daki daki daki gunung yang tinggi..

ku turun turun turun turun lembah yang curam.

ku selam selam selam selam lautan luas.

kami tetap timah..

oooooo timah..oooooo timah..


Alhamdulillah, sabtu dan ahad lepas telah berlangsung Sukan Bakat Baru di UITM Alor Gajah. Semuanya berjalan dengan baik. TAHNIAH di ucapkan buat team RUGBI SENTUH, BOLA KERANJANG, FUTSAL dan juga PETANQUE kerana telah berjaya meraih JOHAN bagi wakil Kolej Tun Fatimah. Walaupun MT TFH tiada saat mereka berlawan, tapi mereka mempunyai semangat yang kuat untuk buktikan kepada our MT bahawa mereka boleh menaikkan nama Tun Fatimah yang tidak di kenali ramai. Syabas!!

Tahniah buat team handball Tun Fatimah College.

Ini sahaja gambar team yang aku dapat tangkap kerana pada pagi hari aku keluar ke pekan kerana ada urusan yang tidak dapat di elakkan. 

Perghhhh. Ayat tak boleh blah langsung aku ini.

Ehem ehem ehem. 
Untuk pengetahuan kalian, team handball TFH dapat ke peringkat akhir yang perlu berlawan dengan Kolej Tun Putih.Fuhhh. Permainan di saat-saat genting ini sangat panasssssss.
Gambar tak sempat nak snap kerana aku begitu khusyuk tengok. Hehehe. Maaf.
Bermacam-macam gaya yang dapat tengok saat itu. Team TFH pada malam itu memang banyak terbang sana sini. Huh. Tengok pun sakit hati tahu tak? Kesian budak-budak kolej aku. Huuuu. 

Sepanjang perlawanan pada malam itu, aku selalu dengar ayat ini.

" Timah go Timah. Lutut diorang dah bergoyang tu. "
" Mak tak ajar Timah main kasar-kasar ya "
" Thats my girl "
" Siapa coach?? Aku!! "

Terbaek la dekat penyokong-penyokong TFH ini. Hahaha.
 
Macam-macam gaya yang di lakukan oleh team Tun Putih dalam perlawanan malam itu. Memang nampak sangat mereka main kasar. Sampai team TFH ada yang jatuh-jatuh, tergolek sana sini bagai semua langsung tidak di endahkan oleh refree. Tahulah waktu tika itu sudah menunjukkan jam 12 malam. Tapi tolonglah berlaku adil. Huh.

Akhirnya TFH dan Tun Putih seri pada masa penamat. Hmmm. Hampa juga. Walaupun aku tak main, tapi aku rasa macam ermmm. Arghhh. Tak boleh di ucapkan dengan kata-kata. Hahaha.

Setelah balingan penalti empat kali di beri, ianya tetap sama. SERI. Akhirnya, refree memutuskan main baling SYILING!!

Tun Putih menang.
Huh.
Tak apa. Rezeki kalian nak menang SYILING kan?
Hehehe.

Aku nak pinjam kata-kata seorang budak TFH 

 biarpun kita kalah dalm permainan bola baling tp kita menang dgn maruah. tape babe, rzeki dowg ! MAK TIMAH TAK PENAH AJAR MEN TIPU YEEE... Hahaha :) tp kita da buang tenage, lbeyh baik dari awal main duit syiling jew.. nasib baiklah TIMAH NEYH ORG KAMPUNG ! sabo jelhh... I LOVE U TIMAH !! TIMMAH CANTIIKKK.... AHAK ! AHAK !! "

p/s : Anti syiling..hihihi..

2 comments:

  1. Tahniah kolej Tun Putih!!!!
    yang xberjaya tu,cube dimasa akan datang..

    Best baca blog kamu ni..susunan ayat amat terbaik dan mudah difahami..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for Blogger