Bismillah
Hari terakhir aku balik Melaka pada CNY lepas. Hmm. Sudah lama aku tidak bertemu ayah ibu, Abang Ammar, Kak Nurul, Kak Ummi dan Firash. Alhamdulillah, 2 minggu lepas ayah ibu datang ke KL bersama Firash kerana ada urusan di sini. Aku pun mengambil kesempatan yang ada untuk bertemu dengan ayah ibu pada hujung minggu tersebut.
Alangkah terkejutnya aku apabila melihat Firash.
Ya Allah!! Sudah besar dan semakin suka tersenyum sehingga menampakkan dua batang giginya.
Sangat comel.
Apabila mendukung dia, berat jangan cakaplah. Naik lenguh tangan aku. Boleh tercabut kalau asyik dukung Firash dari pagi sampai malam.
Aku selalu panggil Firash "Botak" sedangkan dia ada rambut macam yang kalian tengok sekarang ini. Tapi itulah. mungkin sebab aku sudah terbiasa dengan memanggilnya begitu. Adakalanya ayah ibu menegur aku supaya jangan biasakan diri dengan memangil Firash begitu takut melekat nama panggilan sebegitu sehingga Firash besar kelak. Betul kata ayah ibu. Huhuhuh. Maaf ya Firash!!
Baru-baru ini, Firash mengalami demam campak. Alahai kesiannya botak.
Apabila demam melanda diri Firash mahupun anak kecil yang lain, sudah tentu banyak ragam yang perlu di hadapi oleh ibu ayah serta kakak.
Kata ibu badan Firash sangat-sangat panas dan seringkali terkejut-terkejut ketika tidur. Mesti tidak nyenyak tidur itu. Iyalah, kena pula demam campak, badan mesti gatal-gatal. Tapi tak apa Firash kan lelaki, mesti kuat punyalah. Heee.
Gambar di atas ini, kakak MMS pada aku. Tengah demam-demam pun Firash semangat tengok berita tu. Tengoklah cara Firash duduk. Sekali aku pandang, sudah macam budak umur setahun lebih pula Firash ini. Aishhh..
Hopefully Firash cepat sembuh dari demamnya dan aktif seperti sebelum ini bersama dua batang giginya.
(*___*)
p/s : Rindu!!
No comments:
Post a Comment