Sunday, April 24, 2011

..............



Bismillah

Taaraaaaaaa...


Oyeh.. oyeh.. Firash dapat teddy bear! Nanti bagi mak su ya. Heeee.

Istimewa betul majlis perkahwinan saudara ibu di Ampang ini. Selalunya anak-anak kecil seperti Firash Dan Najla tidak akan dapat apa-apa buah tangan dari mana-mana majlis perkahwinan yang aku pernah pergi selama ini tetapi di sana lain pula. Anak-anak kecil seperti mereka inilah akan dapat teddy bear istimewa ini. Sangat comel. Aku pula yang berkenan dengan bear ini semua. Tapi di sebabkan aku sudah menjadi seorang makcik, kenalah control diri sendiri. Hehehee.


Lihat itu, Najla pun dapat juga. Tapi muka si kecil ini monyok pula ketika itu. Mungkin penat sangat melihat orang sekeliling makan makanan yang sedap-sedap belaka. Huuuu. Kesian Najla. 


Kami tak sempat untuk menanti kehadiran pasangan pengantin ketika itu kerana perlu ke rumak makcik aku di  Bukit Jalil pula. Tiada rezeki untuk melihat pasangan pengantin. Untuk pengetahuan kalian, yang memakai baju berwarna biru adalah kaum kerabat pihak tuan rumah. Kiranya mereka semua saudara-mara ibu sebelah ayahnya iaitu atok aku. Nasib baik aku tak pakai baju kurung warna biru juga. Heeee.

p/s : bilalah aku nak kawin ni?? ;)

3 comments:

  1. Dua-dua comel..boleh saya berkenalan saudari?

    *nama saya akan di beritahu kemudian..(^_^)

    ReplyDelete
  2. sabar-sabar-sabar tiqa,,jng kawin dulu!!!!
    hik hik hik..nanti ada org ngis..

    ReplyDelete
  3. to anonymous : terima kasih.. =)

    to anonymous : haaa??siapa ea yg nak nangis??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for Blogger