Bismillah
Malam semalam makan di restoran Khan Baba di Gombak. Makanan yang terdapat di restoran ini terdiri daripada makanan Arabic, Pakistani, Western dan BBQ. Memang sangat sedap. Sekiranya anda ingin mencubanya, silalah makan di sini ya. (search di google sendiri) =)
Mereka memilih menu apa yang ingin di makan pada waktu itu
Antara makanan yang kami pesan.
Penuh meja dengan makanan
Yeayh.. Makan makan.
Ini ikan yang telah di hancurkan dan di jadikan seperti ini
Ini daging yang telah di hancurkan juga.
Roti nan
Nasi apa entah
Ini air yang ayah pesan. Rasanya sangat macam colgate.
Abang Suhail kata " orang Arab selalu minum air ini untuk menghilangkan rasa loya selepas makan makanan mereka"
Dessert.
Kalian nampakkan makanannya yang sangat-sangat lazat ini. Tapi aku tak dapat untuk menghabiskannya. Faham-faham saja la aku ini macamanakan. Kalau betul-betul lapar pun belum tentu aku dapat menghabiskannya. Huhuhuh.
Malam itu, selain dari ahli keluargaku, Hafiz juga di jemput untuk makan malam bersama. Sambil-sambil makan adalah yang di borakkan oleh mereka. Firash pula bila duduk di pangku Hafiz cukup baik lol. Senyap dan sopan. Tiada sebarang bunyi apa pun yang keluar. Pelik.. Pelik..
Huyoooo. Firash pandang macam itu sekali. Hmm. Ini mesti kes nak cam muka seseorang sebabnya nanti bila jumpa lagi senang nak gigit. Iya tak Firash??
Masing-masin berusaha menghabiskan apa yang patut seblum balik. Firash seperti biasala, tidur, tidur dan tidur saja kerjanya. Heeee.
Apabila perut sudah kenyang di isi dengan pelbagai jenis makanan, pasti rasa mengantuk akan hadir dalam diri masing-masing. Sebelum semuanya tertidur di restoran tersebut secara automatik, sebaiknya semua beransur pulang terlebih dahulu la ya.
(*__*)
Terima kasih ya Hafiz kerana sudi hadir untuk makan bersama. Maaflah sekiranya ada terkurang atau apa sahaja ketika itu. Harap anda kenyang ya!
=)
p/s : Blushing..Blushing..Blushing..