Monday, January 31, 2011

Muzium oo Muzium..


Bismillah

Hoiyeah hoiyeah.. Akhirnya dapat juga mengupdate blog yang telah lama di tinggalkan tanpa sebarang cerita baru. Dapatlah nak menaip dengan situasi yang tenang sebab Firash sudah tidur. Letih melayan dia, berat pula tu. Hohoh.


6hb Januari yang lepas, sem aku ada pergi ke Muzium Kesenian Islam. Mesti kalian pun tertanya-tanya kan apa kena mengena nursing dengan buat lawatan ke tempat itu.. Betul tak? Urmmm. Aku pun tidak berapa pasti mengapa tapi mungkin ianya ada kaitan dengan subjek Pengajian Islam yang kami ambil di sem 2 ini.
Apa-pun memang enjoy apabila berada di sana. Aku sudah 2 kali pergi ke tempat itu. Sekiranya kalian ingin tahu lebih lanjut, sila klik di sini ya!


Bayaran masuk ke muzium seperti yang tertera di bawah ini.


Adult  :  RM12.00
Students (with ID)  : RM6.00
Senior Citizens (Malaysian 55 and over) : RM6.00
 Children (6 and under) : FREE

Seperti biasa apabila pergi ke tempat-tempat begitu pasti kami 10 orang tetap akan bersama ke mana sahaja. Al maklum lah, masing-masing rapat antara satu sama lain + ada saja idea yang bakal meletuskan gelak tawa masing-masing. Hahaha.


Pelbagai yang kami dapati dari muzium itu walaupun ianya tidak lah seberapa. Apa-apa pun terima kasih kepada Cik Sharifah yang sudi membawa kami yang ramai ini ke muzium tersebut.


Seperti biasa lah, bila dah berada di tempat begini, sesi mengambil gambar yang agak-agak boleh memuaskan hati masing-masing pasti akan terselit di sana sini. Heeee.


Aku tunjuk sikit saja ya gambar. Yang lain malas hendak di upload. Huhuhu..


Berkenan pula dengan buble yang di isi duit syiling zaman dahulu kala.


Potret family kami. =)
Agak senget.

Dari belakang kiri : Ura, Kak Dayah, Shera, Mia & Nadia.
Tengah kiri : Arina, Kak Nadia, aku & Nana.
Depan : Nadhrah


Syafiq memang selalu join group kami. Mungkin kerana kami ini masing-masing sporting gila kot. Heeeee..

p/s : Walaupun kami nakal, kami tak ganggu hidup orang lain ya!

2 comments:

Related Posts Plugin for Blogger