Sunday, January 16, 2011

Awal pagi

 
Bismillah


15hb Januari 2011, buat pertama kalinya aku bangun awal untuk pulang ke Melaka kerana tiket bus aku jam 7.30 pagi. Awal kan? 
Awal pagi itu juga la aku kelam kabut packing segala-galanya. Sampai ada barang yang tertinggal. Adeiii.
Sungguh cuai kamu, Atiqah!

Usai solat Subuh, aku keluar dari kawasan hostel. Saat itulah aku berlari-lari anak ke sana sini akibat takut jalan seorang diri pada waktu pagi begitu. 
Takut takut takut!
Macam-macam aku bayangkan ketika itu termasuk hantu. Hahahah.
Ngek betul Atiqah ni.

Aku naik LRT di Titiwangsa hingga ke Bukit Jalil. Waktu awal pagi memang tidak ramai manusia yang menaiki LRT. Aku juga sempat tidur seketika. Mengantuk.

Sampai Bukit Jalil, aku mencari seseorang yang memegang tiket aku ke Melaka. Di sebabkan aku ni rabun, kiranya memang tak berapa nampak orang yang di cari. Tup tup tup, ada orang tegur. Aku ingatkan ada orang nak rompak aku. Hahaha. Rupa-rupanya dia.

Tiket bus 7.30 pagi. Tapi bus memulakan perjalanannya ketika waktu menghampiri jam 9 pagi. Lama tak lama la kan nak menunggu. Aishhh. Nasib baik la ada seseorang yang sanggup menemani aku.
 Terima kasih ya!

Bus yang aku naiki itu pula, bukan nak kata apa la kan tapi kena kata juga la. Sepanjang perjalanan driver bus tu mainkan lagu dondang sayang sampai la ke Melaka. Seronoklah penumpang yang lain tidur kecuali aku. Nasib baik ada earphone. Selamat hidup.

Macam-macam aku lalui dari Kampung baru sampai la ke Bukit Jalil. Serik dah nak ambil tiket bus awal pagi macam tu. 
Sekiranya kalian ingin pulang ke mana-mana sahaja dengan menaiki bus, pastikan jangan beli tiket awal pagi macam aku. Belilah dalam pukul 9 pagi ke atas lebih afdal.

(^__^)

p/s : sekiranya lalu di tempat yang gelap, jangan la lari lintang-pukang macam aku.

7 comments:

  1. hai cik tqa comel,
    lain kali jng jalan sorang2,bahaya ye!nanti org culik,mnangis org2 tersayang..heeeeee

    ReplyDelete
  2. kenapa beli tiket awal sangat?
    tergelak saya baca kisah cik tqa..tp mmang bestlh kelakar je...hihihii

    ReplyDelete
  3. ada hantu ke cik tiqa??hahahha.

    ReplyDelete
  4. cik tqa,nasib xde anjing..klau x mencicit awk lari..sapa nk tolong dlm gelap..haaahaaa..

    ReplyDelete
  5. berhati-hati cik adik comeiiii...

    ReplyDelete
  6. wah2,,,der someone special eh tolong temankn... (^_*)

    ReplyDelete
  7. to anonymous : heeee..tp alhamdulillah selamat sudh.. =)

    to faizal : coz urgent..thts y bli tket awl..heeee...

    to anonymous : hantu??hahaha.. kat area citu xde anjng pun..heeee..

    to asyraf : erkkkk..heeee.. =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for Blogger