Wednesday, December 29, 2010

Lalalalal~


Bismillah


You are my sunshine,
My only sunshine.
You make me happy
When skies are gray
You never know dear,
How much I love you
Please don't take my sunshine away

The other night dear
When I lay sleeping
I dreamt I held you in my arms
When I awoke dear
I was mistaken
So I hug my head
And cried.

Sunday, December 26, 2010

Nur Nadia @ Kap


Bismillah


Ini sahabatku semasa di bangku sekolah lagi. Walaupun baru sahaja kenal dia awal tahun lepas, tapi rasa macam dah lama sangat kenal. Mungkin di sebabkan Kap seorang yang sangat peramah. Lagipun aku dan Kap tinggal setaman di Taman Tunku Sarina.(Rindu nak ke taman itu)

Rindu pula zaman persekolahan di Jitra, Kedah. Macam-macam pengalaman pahit manis tawar masin dan kelat di antara kami. Tak boleh di ceritakan di sini la kan. Bahaya. Hahaha.

Ini gambar terakhir kami sebelum aku pindah ke Melaka.

25hb Disember merupakan ulangtahun kelahiran Kap yang ke 18 tahun. Sudah cukup umur  Kap.
Ini bermakna sudah 2 kali aku tidak dapat meraikan ulangtahun kelahiran Kap.
Tahun lepas aku sangat sibuk membantu apa yang patut untuk persiapan perkahwinan abang. Aku hanya sempat melarikan diri ke rumah Kap untuk beri hadiah.  * Adakah anda simpan lagi hadiah itu?? Itu pun sekejap sahaja.
Tahun ini pula, aku berada di Kuala Lumpur dan tidak dapat pulang ke Kedah bagi meraikan hari istimewanya.
Maaf ya Kap.

Tapi 5 hari sebelum hari istimewanya tiba , aku sempat menculik Kap dari apartmentnya. Hahaha.
Kami banyak menghabiskan masa bersama-sama waktu itu.


Kami pergi meronda di Sogo. Itu pun sebab nak beli baju Firash. Heeee. Terima kasih sangat-sangat sebab sanggup tolong bawa apa yang patut ketika itu.

Walaupun begitu awal untuk meraikan ulangtahun kelahirannya, aku hanya belanja Kap makan mcD saja. Itu pun sudah memadai aku rasa kerana aku tengok Kap kekenyangan. Hahaha.
Betul tak Kap??



Terasa kepenatan yang amat berjalan ke sana ke sini dengan Kap serta di temani ibu. Jangan sesekali mengatakan bahawa aku ini anak manja sehingga keluar dengan kawan pun ibu temankan.
Siapa yang berani kata begitu, memang kena DUSH la.

Sebelum berpisah dengan Kap, adalah adegan peluk cium dan laga-laga pipi di antara kami berdua sambil di perhatikan oleh pakcik-pakcik yang berada di dalam teksi. 

Location : Putra Taman Melati

Apa-apa pun
Happy Belated Birthday.
Sweet 18 ya Kap.
Semoga Allah panjang kan umur anda dan berkati segala apa yang Kap lakukan dan ceburi di dunia ini.
~ Ameen

Learn from yesterday, live for today, hope for tomorrow.
Happy Birthday, May happiness, long life, and prosperity be with you.

p/s : Nanti kita hang out lagi ya Kap. bagi Fad JELOUS!

Saturday, December 11, 2010

Kawan, Teman atau Sahabat??


Bismillah


Kalian pasti ada kawan, sahabat dan teman. Semuanya ada maksud yang hampir sama. Tetapi sekiranya kita melihat secara mendalam, ianya mempunyai maksud tersirat yang berlainan. Betul ke ??

* Kedah 

* Sekolah rendah



Kawan
Semua orang mempunyai kawan termasuk aku sendiri. Setiap orang kita kenali, yang kita dampingi adalah kawan. Sama ada disekolah, universiti, kolej mahupun pejabat atau dimana sahaja, mereka adalah kawan. Sekiranya kawan itu sentiasa bersama kita dan sanggup menolong kita dikala susah, tahniah kerana anda telah mempunyai seorang sahabat.

Sahabat
Maksud sahabat sama seperti kawan akan tetapi mempunyai makna yang lebih mendalam. Seorang sahabat sentiasa bersama kita sama ada kita senang mahupun susah. Mereka akan menolong kita sekiranya kita dilanda kesusahan. Jika orang yang kita panggil sahabat hanya bersama kita dikala senang dan meninggalkan kita ketika susah, maka orang itu bukanlah seorang sahabat. Ia hanyalah dikategori sebagai kawan.

Teman 
Teman juga mempunyai maksud yang sama seperti kawan atau sahabat tetapi ianya juga mempunyai makna yang lebih dalam dari sahabat. Teman juga sama seperti sahabat tetapi dia sanggup bersama kamu selamanya. Dia akan menemani kamu dikala kamu susah dan kesepian. Menghiburkan hati dan membawa kegembiraan didalam hidup kamu.

* Kolej Pusrawi

* Kedah 

* Kolej Pusrawi

Begitulah realiti kehidupan.
 Aku ada ramai kawan. 
Beberapa orang sahabat. 
Teman?? 

 Aku doakan semoga kalian semua sudah menemui teman hidup masing masing. Dan apabila sudah ketemu, jagalah mereka baik baik seperti kalian menjaga diri dan hati kalian sendiri.

p/s : aku apa pada kalian ya??

Wednesday, December 8, 2010

Selamat Hari Lahir ibu.


Bismillah

Alhamdulillah,. bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah dan kurnianya kerana Allah telah memanjangkan usia ibu kesayanganku sehingga ke hari ini. 

06 Disember yang lepas merupakan tarikh hari lahir ibu yang ke 51 tahun..
Maaf ibu sebab tiada hadiah dapat Tiqa berikan.



Sempena hari lahir ibu, abang Suhail dengan berbesar hatinya meraikan hari lahir ibu di Wangsa Walk.
Wah-wah!! Untung ibu kan.


Semoga Allah panjangkan umur ibu dan beri ibu kesihatan yang baik dari pelbagai aspek.
Semoga hidup ibu di berkati oleh Allah swt.
Semoga kehidupan ibu sekarang akan lebih bermakna dengan kehadiran dua orang cucu yang bakal menghiburkan hati ibu bagi mengganti anak-anak ibu yang tiada di sisi sentiasa bagi menyambung pelajaran masing-masing.
Semoga ibu hidup berbahagia di samping suami yang tersayang.


Tiada apa yang dapat aku beri pada ibu ketika itu. Aku hanya sempat meraikan hari lahir ibu dengan menghadirkan diri untuk makan bersama ibu ayah, abang suhail, kak nadzifa serta dua orang anak kecil itu.


Ketiadaan abang Ammar, kak Nurul, Kak Ummi serta abang Epah pada majlis malam itu tidak dapat di halang. Huhuhu..

Moga di berkati usia ibu.
Ini kek untuk ibu pada malam itu. InsyaAllah, jika ada peluang hari Sabtu ini kita sambut lagi ya.

Kami makan di BBQ Chicken Wangsa Walk. Makanan sedap-sedap belaka.
Harga pun amat berpatutan.

Rambang mata nak memilih makanan.
Tengok semuanya sedap.
Nyummmm...

Makanan sudah tiba. Bila boleh makan ini?








Apabila Firash sudah pandai menggapai apa sahaja di depan matanya. Inilah yang berlaku.
Aku bagi Firash makan chocolate sejuk. Terus berubah muka dia.
Heeeeee..

Najla hanya mampu melihat lampu-lampu di dalam kedai makan itu sahaja. Nak bagi makan, Najla masih kecil lagi. Kesian Najla.

Waiter! Mana shushu yang shaya feshan tadi??
Kata Firash sambil tersembur-sembur salivanya.
Hahaha.
Botak-botak.

Terima kasih abang Suhail kerana telah belanja kami makan.
Kenyang yang amat.
Alhamdulillah..
Sedap..

p/s : Hari Sabtu ini, akan sambut birthday ibu lagi.

Tuesday, December 7, 2010

Cinta Hati


Bismillah


Tarrraaaaaa..
Aku dapat keychain ini dari seseorang.
Walaupun ianya sangat simple tapi aku amat menghargainya.
Akan aku jaga keychain ini sebaik mungkin. 
Wink.. Wink.. Wink..

p/s : Terima kasih sangat-sangat ya temanku.  =)

Farewell dinner


Bismillah

Alhamdulillah, usai sahaja selesai menjawab final exam Khamis yang lepas, kami dibenarkan pulang kerana malam itu ada dinner yang diadakan di Dewan Darul Kifayah. Kami perlu keluar dari hostel jam 5 petang. Aku sempat tidur di rumah. Mengantuk yang amat. Pukul 3 baru bersiap-siap. 

Aku baru perasan yang ahli rumah aku bertambah-tambah ketika itu. Seronok melihat gelagat orang perempuan bersiap. Macam-macam kerenah dapat tengok. Hahha. Aku seperti biasa membantu Fiqa, Kak Dayah, Zura dan Nad memakai shawl. Adeiii. Dalam duk sibuk tolong mereka, baru aku perasan yang diri aku tak siap lagi. Nasib baik sempat siap, kalau tidak alamat kena tinggal lah aku. 

Bumi Allah di basahi dengan air hujan pada petang itu. Sejuk rasanya. Dalam fikiran sudah memikirkan bahawa kalau dapat tidur ketika itu alangkah bahagianya hidup. Heeeee. Tidur saja yang aku tahu. Aishhh.

Apabila camera berada di tangan  sudah tentu pelbagai gambar akan di ambil. Iya tak?
Dinner berjalan dengan lancar walaupun ada yang mengatakan ketidakpuasan hati terhadap dinner kali ini. Pada aku semuanya ok sahaja.

Cakap banyak pun tak guna. So, u all tengok sajalah segelintir gambar yang aku uploadkan untuk entry ini.














Inilah gelagat-gelagat kami. Ada banyak lagi gambar, tapi tahap kemalasan untuk mengupload gambar sudah melebihi batas. Hanya gambar-gambar ini saja yang mampu untuk di kongsi dengan yang lain.


Selamat meneruskan perjuangan dalam bidang kerjaya nanti kepada semua senior sem 9 yang akan graduate hujung tahun ini, InsyaAllah.

Alhamdulillah, dinner habis jam 11 lebih. Kami tiba di hostel jam 12 malam. Penat. 
Masing-masing basuh muka, tukar baju dan zzzzzzzz...
Related Posts Plugin for Blogger