Tuesday, November 30, 2010

Final exam + Fever....


Bismillah
 
Alhamdulillah. selesai juga aku menjawab 3 paper. Ini bermakna ada 1 sahaja lagi paper yang perlu aku hadapi pada hari Khamis ini. Mudah-mudahan aku dapat menjawabnya dengan baik sekali.
Tiba sahaja exam sebegini diri aku sudah pasti demam. 
Haiyakk!!
Sangat tension. Mula-mula hanya sakit tekak saja. Next day, terus demam panas Adakah antibody aku tidak kuat seperti orang lain?? 
Hmmm...
 
Apabila demam, sudah tentu study mahupun menjawab exam dalam keadaan yang sangat tidak selesa. Dengan selesemanya lagi. Sangat menyeksakan diri. Apa yang aku study untuk exam phsycology tadi, 50-50 sahaja. 
*tengah study betul-betul gambar kat atas.

Dan tadi berlaku sesuatu yang sangat tidak di ingini.

Pagi tadi sewaktu sarapan di kedai, kepala aku mula la buat hal. Berdenyut-denyut. Sakit..Sakit.. Waktu-waktu macam itulah air mata mula bergenang *menahan sakit. Alangkah bahagianya kalau ibu ada waktu itu. Terus misscall ibu dengan harapan ibu akan call aku balik.. Hhehehe..
Alhamdulillah, ibu call aku. Ibu tahu sahaja yang anak dia menangis ketika itu. Hahaha.. 
* Dah besar pun nak menangis ke? Ngada-ngada betul!
Sakit sangat ooo.. Sebab itu aku menangis. Memang sangat-sangat malulah tadi. Macam-macam berlaku. Rasa nak pengsan pun ada. Hahaha.. Apa-apa pun jutaan terima kasih pada Nadia Syamira dan puan Aida sebab membantu aku dalam keadaan kesakitan macam itu.

Puan Aida berpuluh kali tanya aku samada boleh focus untuk menjawab soalan phsycology atau tidak. Aku macam biasalah ok setiap masa walaupun diri aku sendiri tak tahu boleh atau tidak. Sewaktu aku ingin menulis no index di kertas jawapan, menggigil tangan aku menulis. Hahaha. Tulisan pun entah macam apa. Apa yang pasti, tulisan aku masih boleh di baca dengan jelas. 
Aku mengambil masa selama 20 minit untuk menjawab soalan MCQ no. 1 - 5. Al maklumlah, kepala sakit kan. Tak boleh nak focus sangat. Huhuhuh.. So far, Alhamdulillah kerana aku dapat menjawab semua soalan walaupun dalam keadaan yang tidak mengizinkan. Semuanya berjalan dengan lancar.

Oleh itu, jagalah kesihatan sebaik yang boleh. Makan biarlah ikut waktunya. Janganlah jadi macam aku. Setiap kali exam pasti akan demam.
Hmmmmm..


Study untuk ANP pula.
Subjek paling menarik.
All the best ya!!

p/s : cepatlah habis exam. =(

Sunday, November 21, 2010

Finally!


Bismillah

Mesagge, calling and webcam..
Itu sahaja cara kami selalu berhubung setelah aku pulang ke Melaka hujung bulan Mei yang lepas. 
Ingin pulang ke Kedah, aku perlu meminta kebenaran dari ayah dan ibu terlebih dahulu. Al- maklumlah, aku kan anak perempuan bongsu, hendak pergi ke mana sahaja perlu meminta keizinan daripada ayah dan ibu.


Minggu lepas, sahabatku NUR FADHLIAH memberitahu bahawa dia sekeluarga akan datang ke Melaka kerana adiknya ada interview di Kolej Yayasan Saad. 
Kalau sudah berkunjung ke Melaka, sudah pasti Fad ingin bertemu dengan aku. Kami sudah lama tidak berjumpa.
Berhubung pun sudah jarang kerana masing-masing sibuk dengan pelajaran tersendiri.


Dan akhirnya..

Aku   : Salam. Fad dah smpai melaka?
Fad   : Yup! Ada kt k. yayasan saad la.dk dlm dwan dia.xabeh lg.
Aku   : Tqa nak p jmpa fad ni. Kluar skrg ea.
Fad  : Huish.tqa gla apa.mna brani kuar la.igt mjlis x 
           formal ka? haha.pkul 4.45 kot bru abes.ala 
           tqa xgtau awl2.huh!
Aku  :  Sure ke abis kul 4.45? tqa odw p kat sana tau.
Fad  :  Adoi.tqa ni.len kli gtau awai2.haha.sure kot.sbb tulih 
            dlm jdual 2..awt ni? ish.tqa ni mnakotkan.haha.
Aku   : Betul la. tqa dh smpai ni.
Fad  :  Huish.tqa ni jgn la mnipu.wuaaaa!
Aku  :  Mana ada tpu.. ni btul la..cpat la fad kluar sat.
Fad  :  Ala.cmna ni.tqa msok xleh ka? Fad ajk abg fad kuar dwan,
            dia xmau la mrah2 plak.haha.
Aku  :  Tqa dh ada tepi dewan ni.
Fad  :   tepi dwan? Srius ni kak oi? Xmau la tpu.stg fad kuar tqa 
             xdak siap la nk bkar umah tqa.haha.

Beberapa minit selepas itu.

Aku nampak ada sorang awek yang kurus-kurus keluar dewan mencari-cari sesuatu. Dari jauh aku sudah perasan itulah orangnya. 
Keluar kereta, kami berlari-lari anak menuju ke arah antara satu sama lain sambil di iringi music background filem hindustan dan di perhatikan oleh orang lain yang berada di sekeliling tempat itu.
Ahahahaha..Lalalala..Ahahahhaa..
Aaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
Hikhikhik..

Dan kami pun berpelukan di tengah-tegah jalan.. Hahaha.. Biarlah apa orang nak kata pun. Janji dapat peluk budak sorang yang kurus ini.
Haiiiyyyaaaakkkkk.
8 bulan tak jumpa rasa macam 8 tahun..
 
Gambar ini di tembak oleh ibu.
* masih mampu terseyum *
" Ibu tqa ibu Fad juga "


Bergenang air mataku sewaktu nak ambil gambar dengan Fad. Mungkin kerana sangat terharu dan terlalu rindu pada Fad. Tapi alhamdulillah sebabnya air mata aku tidak mengalir turun keluar.
Apabila berjumpa sudah tentu banyak perkara yang ingin dikatakan tetapi kami hanya sempat berbual,  bermanja dan bermesra sekejap sahaja kerana masa amat mencemburui kami berdua. 
Huwaaaaa...
Jumpa sekejap memang sangat-sangat tak puas.
Aku perlu pergi dengan segera.
Selamat Tinggal Fad.. 
=[

Aku    : Tak puas jumpa fad. Lepas sikit rindu.
Fad    : Ceh.ngada bdk ni xdak kt umah.haish! Geram
             kt tqa ni.haha.mmuahh syg tqa!
Aku    : hikhikhik..sayang fad.
Fad    : Hehe.ok bdk krus! Dia yg krus kot.i ni dh 
             gmok skit.yes2.hagaga
Aku    : Mne ada krus..pndai2 je fad ni.nanti kalo adk fad dpt 
             msuk situ, rjin2 lah dtg melaka ya.InsyaAllah tqa ada.
Fad    : Yes2.i like tht statemnt.Muehehe.tqa,fad dh otw kuar p 
             cri hmsty..bye2 tqa.ailebiuu.hi3.
Aku     : Ala, kalo tggu jap td bley jmpa fmly fad.huuh.orait..
               njoy ur holiday ya..ailebiu 2..
Fad     : Haa.tu la.kalo tngu sat bleh jmpk fmily fad.hehe.
              xpa2.nti da jdoh kta jmpk no..bye

Omg!! I'm still feel thankful for seeing u yesterday dear!  I feel so great because i can meet u, hug u and kissing u!
Kissing?? * laga-laga pipi saja.

p/s : Semoga hubungan Fad & budak INSANIAH berkekalan hingga ke akhir hayat, Ameen~ 

Saturday, November 20, 2010

Final exam!


Bismillah.


  Comunication
 Phsycology
Foundamental of Nursing
Anatomy and Physiology

Yeay! Final exam semakin hampir.
Exam start 24/11/2010 dan berakhir pada 02/12/2010.

Mudah-mudahan aku dapat menjawab exam kali ini dengan lancar!!
Wish me luck ya!
=]

p/s : Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu,
        manakala orang bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai.

Wednesday, November 17, 2010

Berakhir sudah praktikal


Bismillah



Alhamdulillah! Berakhir sudah sesi praktikal selama 2 bulan di Hospital Pusrawi bagi sem 1. 
Aku telah mendapat pelbagai pengalaman sepanjang aku berada di ward bagi membantu apa yang patut.
Al maklumlah, sem 1 hanya perlu buat bed making, runner, admition and so on la. 

Kena marah dengan clinical instructor, staff nurse, sister and patient + relatives sudah menjadi kebiasaan pada aku dan sahabat yang lain. Menimpa ilmu perlu hadapi semua itu. Hati kena cekal terima segala yang berlaku atau bakal berlaku. * hati aku cekal ke??

Ar-Raihaan
Al- Amaan
As- Salaam
An- Nur

Itulah di antara ward yang telah aku masuk untuk menjalani latihan. Tersangat seronok apabila terdapat segelintir staff nurse yang langsung tidak mahu memberi kerjasama dengan kami. 
Tetapi tidak mengapa, kerana aku sudah mengenali semua staff nurse dan cara-cara untuk teeetttttt..
Tak boleh beritahu, nanti kantoi lah.
huhuhu..

Seperti biasa sesi mengambil gambar di setiap ward adalah sesuatu yang wajib walaupun hp tidak di benarkan sama sekali ON sepanjang berada di dalam hospital. Itu adalah salah satu peraturan yang wajib kami ikuti.
Tapi aku rasa tiada seorang pun yang mengikuti peraturan itu baik junior mahupun senior.
Hahaha..

Diantara gambar-gambar yang ada.


My group
=]

 Bersama senior sem 3.
Sporting sungguh kakak-kakak ini.

With student from Acheh.

Norhafidhah dan Mira Dahlia.
Mereka ini sudah sem 5. Macam biasalah warga Indonesia apabila berbicara mestilah ada loghat negara mereka. Ada yang aku faham ada yang tidak. Apa yang mereka sampaikan, aku hanya mampu tersenyum kerana aku tidak faham sangat apa yang mereka cuba sampaikan.

Sahabat yang lain sudah tentu faham. Al maklumlah, sahabat aku semua muka-muka sinetron.
Hahahah..
Apa-apa pun kalian memang best sangat walaupun jarak umur aku dan mereka jauh berbeza.

Siapa berani kacau aku, memang kenalah dengan benda ini.
* poyo yang amat

Aku amat menghargai segala apa yang aku pelajari dari semua orang yang sudi membantu serta mengajar  aku procedur-procedur kejururawatan yang aku masih belum mempelajarinya.
Terima kasih yang teramat sangat dari aku, Ummi Atiqah binti Ahmad kepada kalian. 

Agak nerd apabila aku pakai spec Afiqah.
Tapi ada seseorang yang menyatakan aku nampak matang dengan spec ini.

p/s : To all staff nurse, semoga kita berjumpa lagi ya di praktikal kami yang akan datang. =)

Saturday, November 6, 2010

DUNIA...


Bismillah


DUNIA...
Bagai sudah tiba hari
kiamat
Peperangan berlaku di
sana sini,
Pesawat pejuang tinggi di awan
Menjatuhkan bom
Memusnahkan jiwa
Manusiawi
Peluru bertaburan,
Darah bertitisan,
Hati mulia jahat tak disangka.

Cuba bayangkan bumi Palestin
Mengalami kemusnahan
Semakin berlarutan
Insan tak berdosa
Menjadi mangsa
Letupan berlaku di sana
Sini.

Mengapa kita harus 
Bersengketa
Sedangkan kita sesama
Manusia
Ciptaan ALLAH yang
Paling sempurna
Hidup aman harmoni
Sejahtera
Agar ALLAH merahmati
Hidup kitaa
Pertahankan tanah air
Tercinta walaupun hingga
Ke titisan darah terakhir.


p/s : Gambar di copy paste dari album abang Firhad. =)

Monday, November 1, 2010

Firash Haiqal & Sahal Najla


Bismillah


Oyeh!! Oyeh!! Oyeh!!
Hari ini genap seminggu umur Najla.
Keluarga bahagia abang Suhail dan kak Nadzifa serta permata hati sulung mereka iaitu Sahal Najla.
 Tahniah buat abang Suhail dan kak Nadzifa ya.

 Inilah wajah SAHAL NAJLA. 
Mempunyai sepasang mata yang bulat serta berdagu lekuk. Sehingga hari ini aku belum berpeluang mendengar Najla menangis kerana setiap kali aku datang tengok Najla, dia pasti tidur kekenyangan.
Riak wajahnya tampak tenang sekali.
Comel sungguh~

Semalam, aku pergi menziarahi kak Nadzifa di rumah ibunya. Kebetulan ketika itu Firsh memakai baju sama warna dengan Najla iaitu warna hijau.
Dan buat pertama kalinya juga Firash ingin menyentuh serta melihat Najla. Beberapa jam selepas Najla dilahirkan, Firash buat tidak nampak saja. Puas abang aku mendukung Firash menghadap Najla. Sikit pun Firash tidak pandang. 
Tetapi sekarang, kalau boleh nak sentuh muka sekali. Tapi bahaya buat begitu kerana Firash amat suka menepuk tangannya terhadap sesuatu yang dapat di capainya.

Percubaan pertama kali untuk menepuk Najla. 
Sudah macam adik-beradik pula Firash dan Najla ini.


Akhirnya, Firash telah mendapat seorang sepupu. Perempuan pula itu. Tidak mengapa. Besar nanti Firash boleh jaga Najla walaupun jarak umur kalian hanya 6 bulan.
. Betul tak?

p/s : Abang Ammar & Kak Nurul! bila pula nak ada anak? hehehe

Firash Haiqal demam


Bismillah

Usai sahaja mengemas asrama sebagai denda Sabtu lepas, aku segera pulang ke rumah abg Suhail di Gombak kerana ayah ibu ada di sana. Sekiranya ayah ibu ada di sana, sudah tentu Firash juga ada. Rindu Firash. Tapi sewaktu ibu mengambil aku di hostel, Firash tidak ikut serta kerana demam. Aku fikirkan demam biasa sahaja. Rupa-rupanya demam teruk jugalah bagi anak kecil sepertinya.
Kesian Firash. 

Sampai sahaja di Gombak, aku mencari Firash tetapi dia tiada. Rupa-rupanya kawan abang Suhail iaitu abang Firhad dan abang Shazni yang menjaganya.
Untung Firash, semua ingin menjaganya. Manja sungguh dia.
Jeles mak su.
Heeeee..


Inilah muka Firash ketika demam. Mata pun tidak larat nak buka dah. Merah-merah mata. Nasib baiklah demam, kalau tidak, memang kenalah dengan mak su.

Selama 6 bulan berada di atas muka bumi, ini baru kali pertama Firash demam. Sebelum-sebelum ini tidak pernah demam walaupun di injit segala bagai. Kuat Firash ini. Kalah mak su. Hohohoh..
Firash demam sekali dengan batuk serta selesema. Pandai pula dia bernafas ikut mulut. Biasalakan, budak-budak zaman sekarang. Semuanya cepat. 

Ibu Firash ada membeli dua buah buku untuk anak kesayangannya ini. Alhamdulillah, Firash memang mempunyai minat yang mendalam terhadap buku kerana abang Suhail ada mengujinya dengan menunjukkan permainan di depan matanya tetapi Firash buat tidak tahu sahaja. Tapi apabila di tunjukkan buku, cepat Firash terkam. 
So, sekarang apabila Firash menangis, berikan sahaja buku, terus diam. Hahaha. 
Good boy.

Inilah buku yang berjaya membuatkan Firash berhenti menangis.

Setiap kali Firash tidur, dia akan bangun apabila azan berkumandang. Habis sahaja azan, Firash sambung tidur balik. Waktu subuh, Firash selalu akan baring di tepi tok ayah ketika tok ayah menunaikan solat subuh. Sekiranya tok ayah atau pak ciknya mengaji, Firash pasti ada untuk tengok tulisan ayat-ayat al-quran. Mudah-mudahan ianya akan kekal dalam diri Firash sepanjang hayatnya ya.
Ameen~


Walaupun dalam keadaan tidak sihat, Firash tetap cergas seperti biasa. Cuma tidurnya sahaja terganggu sedikit. Kalau ingin di ceritakan tentang Firash, esok lusa tulat segala bagai pun belum tentu habis.


Firash! Cepat-cepat sembuh ya dari demam kamu itu.
Related Posts Plugin for Blogger