Tuesday, December 4, 2012

Sem Baru



Bismillah

Pejam celik pejam celik dah start a new semester with a new lecturer and a new timetable. Kolej tetap yang dulu punya juga. Yang dekat dengan tasik. Yang dekat dengan cafe Tammy and Laksi. Yang dekat dengan Masjid. Yang dekat dengan mesin air gedegang. Yang ada mesin basuh dalam kolej. Tapi yang paling best adalah boleh nampak kolej lelaki. Oh, heaven! Hahaha. Eh, nampak kolej je bukannya nampak budak lelaki dalam kolej tu. Haaa haaa. Tapi tak ada apa masalah la sebab besarkan mata macamana pun sampai terkeluar biji mata tetap tak akan nampaknya budak lelaki tuuu. Aku nampak tembok kolej diorang ada la. Itu pun samar samar nampaknya. Heee.

Mohon semester ini diri sendiri pandai menjaga kesihatan diri, makan minum tidur semua dengan baik. 
Mohon juga ayah ibu dirumah tak perlu risaukan anaknya disini.T_________T  Cehh, padahal kat sini pagi petang siang malam asyik rindu ayah ibu memanjang lagi lagi kalau time lapar. Pong pang pong pang lebih la kau ni Atiqah. 
Mohon lecturer semuanya baik baik belaka. Ya, aku dah nampak ada dua orang lecturer yang sempoi sempoi gitu. I like it! Aummm. ;)
Mohon diri sendiri mudah untuk menimba ilmu dan mengingati apa yang dipelajari. 
Mohon diri sendiri tak buang masa banyak banyak macam dulu. 
Mohon diri sendiri solat di awal waktu. Kalau lewat solat, minta roomate cubitkan pipi kuat kuat. Auuwwww. 
Mohon diri sendiri tahu nak buat oat pagi pagi hari sesedap yang ayah selalu buatkan untuk sarapan waktu cuti semester lepas.

Ehem ehem.

Sem baru pasti semua student pasang harapan dan semangat baru bukan. Harapan aku satu, tak mahu give up macam sem sem lepas. Tak mahu give up macam dulu. Tak mahu!!! :( Sebabnya bila aku niat nak give up or fikir nak give up, tentu ayah ibu tahu. Lagi lagi ibu. Sebab hati ibu sememangnya boleh rasa atau tahu apa yang terjadi pada anaknya. Then nanti pasti ibu cerita pada ayah. Then pasti ayah ibu risau. Ohhhh NO! Thats can't happen okey! Hmm. Sekarang hanya perlu fikir positif sahaja. Fokus pada yang patut. Ignore pada yang tak patut. Yang paling penting jaga solat, berdoa, mengaji, berusaha. InsyaAllah everything will be okay.  

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Peace!

Tempek satu gambar 1st day class cancel. Tatap puas puas ya.

p/s : Jangan cakap ikut sedap mulut if tak tahu kenapa ianya terjadi ya.

1 comment:

Related Posts Plugin for Blogger