Thursday, December 27, 2012

Antara Sebab Wanita Itu Indah Di Mata Islam



Bismillah

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia"

2. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

3. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

4. Seorang wanita yang solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

5. Seorang wanita jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki jahat.

6. Wanita yang menguli tepung dan gandum dengan Bismillah, Allah akan berkahkan rezekinya.

7. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.

8. Wanita yang memerah susu binatang dengan Bismillah akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkahan.

9. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takut akan Allah dan orang yang takut akan Allah diharamkan api neraka atas tubuhnya.

10. Barangsiapa yang membawa hadiah ( barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.  Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukai anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

11. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga. 

12. Daripada Aisyah " Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang daripada api Neraka. 

13. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

14. Apabila memanggil engkau dua orang Ibu Bapamu, maka jawablah panggilan Ibumu dahulu.

15. Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya, akan tertutup pintu Neraka dan terbuka pintu-pintu Syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki tanpa dihisap.

16. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung-burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya ( serta menjaga solat dan puasa)

17. Perempuan apabila solat 5 waktu, puasa Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

18. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

19. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Aisyah ra berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, "suaminya". "Siapa pula yang berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

21. Setiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama , maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

22. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang, akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

23. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas, jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

24. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

25. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadah. 

26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk Syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam Syurga dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut. 

27. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka berIstighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

28. 2 rakaat solat wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

29. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari

30. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada malam hari.

31. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.

32. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

33. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.

35.  Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup waktu ( 2 1/2 tahun), maka para malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa Syurga wajib baginya.

37. Jika wanita memberi susu badannya kepada anak yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

38. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya, akan mendapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

39. Apabila semalaman seorang Ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

40. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.

41. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

Wallahu a'lam.

p/s : Peringatan buat diri sendiri dan juga pembaca yang lain. Indahnya Islam! SubhanaAllah.

Tuesday, December 4, 2012

Gayakan Hijab Anda



Bismillah

Alhamdulillah, ada seorang blogger invite aku untuk join contest yang beliau adakan. Di sebabkan dah lama tak join contest and now tetiba gatal nak join. Heeee.

Gayakan Hijab Anda


I need to post my picture here. Hmm Hmm.



Setelah digodek godek segala folder, I decide to post this picture.





Taraaaaaaaaaaaaa












For more information, click HERE

Sem Baru



Bismillah

Pejam celik pejam celik dah start a new semester with a new lecturer and a new timetable. Kolej tetap yang dulu punya juga. Yang dekat dengan tasik. Yang dekat dengan cafe Tammy and Laksi. Yang dekat dengan Masjid. Yang dekat dengan mesin air gedegang. Yang ada mesin basuh dalam kolej. Tapi yang paling best adalah boleh nampak kolej lelaki. Oh, heaven! Hahaha. Eh, nampak kolej je bukannya nampak budak lelaki dalam kolej tu. Haaa haaa. Tapi tak ada apa masalah la sebab besarkan mata macamana pun sampai terkeluar biji mata tetap tak akan nampaknya budak lelaki tuuu. Aku nampak tembok kolej diorang ada la. Itu pun samar samar nampaknya. Heee.

Mohon semester ini diri sendiri pandai menjaga kesihatan diri, makan minum tidur semua dengan baik. 
Mohon juga ayah ibu dirumah tak perlu risaukan anaknya disini.T_________T  Cehh, padahal kat sini pagi petang siang malam asyik rindu ayah ibu memanjang lagi lagi kalau time lapar. Pong pang pong pang lebih la kau ni Atiqah. 
Mohon lecturer semuanya baik baik belaka. Ya, aku dah nampak ada dua orang lecturer yang sempoi sempoi gitu. I like it! Aummm. ;)
Mohon diri sendiri mudah untuk menimba ilmu dan mengingati apa yang dipelajari. 
Mohon diri sendiri tak buang masa banyak banyak macam dulu. 
Mohon diri sendiri solat di awal waktu. Kalau lewat solat, minta roomate cubitkan pipi kuat kuat. Auuwwww. 
Mohon diri sendiri tahu nak buat oat pagi pagi hari sesedap yang ayah selalu buatkan untuk sarapan waktu cuti semester lepas.

Ehem ehem.

Sem baru pasti semua student pasang harapan dan semangat baru bukan. Harapan aku satu, tak mahu give up macam sem sem lepas. Tak mahu give up macam dulu. Tak mahu!!! :( Sebabnya bila aku niat nak give up or fikir nak give up, tentu ayah ibu tahu. Lagi lagi ibu. Sebab hati ibu sememangnya boleh rasa atau tahu apa yang terjadi pada anaknya. Then nanti pasti ibu cerita pada ayah. Then pasti ayah ibu risau. Ohhhh NO! Thats can't happen okey! Hmm. Sekarang hanya perlu fikir positif sahaja. Fokus pada yang patut. Ignore pada yang tak patut. Yang paling penting jaga solat, berdoa, mengaji, berusaha. InsyaAllah everything will be okay.  

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Peace!

Tempek satu gambar 1st day class cancel. Tatap puas puas ya.

p/s : Jangan cakap ikut sedap mulut if tak tahu kenapa ianya terjadi ya.
Related Posts Plugin for Blogger