Bismillah
Alhamdulillah semuanya sudah selesai. Blog ini pun dah lama tak diberi kasih sayang secukupnya dengan entry entry yang menarik.
Hmmm Hmmm
Hmmm Hmmm
Minggu kedua final exam merupakan hari minggu yang bermakna buat seseorang kerana pada hari tersebut adalah hari konvokesyen beliau dan rakan-rakan seperjuangannya.Oleh itu, saya sudah berniat untuk memberi sesuatu yang simple tapi menarik. Mungkin.
Pagi petang siang malam bermacam jenis barang dan makanan difikirkan untuk beri pada beliau dan akhirnya hanya satu idea sahaja diambil. Hehehe. Idea ini pun disampaikan kepada kak Nadzifa and abg Suhail. Ya, both of them boleh membantu lebih lebih lagi my sister in law. Dia sangat hebat dalam semua ini.
Me : Akak kalau buat cupcakes untuk Hafiz convo boleh tak? Deco perkapalan. okey tak?
Kak Nadzifa : Okey saja. Cupcakes biasa yang bulat2 kan?
Me : Ya, yang biasa bulat then rainbow dalamnya.
Abg Suhail : Atiqa tak nak buat cupcakes bentuk LOVE ke untuk Hafiz?
Me : Haaaa? Bentuk LOVE? Tak mahu lah. Malu je. Ishhh abg suhail nii.
Tengok tuu abg Suhail bagi idea supaya buat cupcakes bentuk love. Haishhhh. Malu okey. Maluuuuuuuu. Memang dah buat keputusan muktamad nak buat cupcakes bentuk love ehhh silap silap. Buat cupcakes bentuk bulat! Titik! Noktah!
Decoration semua search di internet macamana rupa bentuk sesuatu. Sebenarnya nak buat logo UniKL tapi terlupa sebab khusyuk sangat menyiapkan decoration yang lain. Menurut kata dia, logo UniKL memang susah nak buat tapi kannnn kannn kannnn kakak ipar dan abang saya hebat. Mereka pasti boleh buat. Haaaaa. Nampak tak betapatak baiknya bangga diri. Astaghfirullahalazim. Astaghfirullahalazim. Astaghfirullahalazim.
Bersengkang mata juga la nak menyiapkan cupcakes ini. Dengan Najla lagi. Nasib baik ada abang Suhail yang sudi membantu apa yang patut. Penat segala macam ada tapi hasilnya saya sangat berpuas hati. Sangat ya. Sangat puas hati ya. =)
Dan inilah hasilnya
Decoration semua search di internet macamana rupa bentuk sesuatu. Sebenarnya nak buat logo UniKL tapi terlupa sebab khusyuk sangat menyiapkan decoration yang lain. Menurut kata dia, logo UniKL memang susah nak buat tapi kannnn kannn kannnn kakak ipar dan abang saya hebat. Mereka pasti boleh buat. Haaaaa. Nampak tak betapa
Bersengkang mata juga la nak menyiapkan cupcakes ini. Dengan Najla lagi. Nasib baik ada abang Suhail yang sudi membantu apa yang patut. Penat segala macam ada tapi hasilnya saya sangat berpuas hati. Sangat ya. Sangat puas hati ya. =)
Dan inilah hasilnya
Fondant Cupcakes 3D for Mariners.
Pada 6hb October 2012 cupcakes ini abang Suhail dan Kak Nadzifa yang tolong hantar di Mcd Bangi dan beri pada Syahirah. Sebabnya saya minta tolong Syahirah untuk buat suprise selepas habis sahaja hari konvokesyen abangnya pada 7hb October 2012. Suprise ya. Konon suprise la. Konon.
Kenapa konon suprise ya?
Hmmm.
Tak jadi nak buat suprise sebab cupcakes ini diberi pada Syahirah waktu Maghrib.
Dah tentu lah Scha sampai rumah Maghrib.
Dan dah tentu tentu juga abang dia nampak dia balik time Maghrib.
Dan dah tentu tentu juga dia nampak adiknya bawa bungkusan.
Dan dah tentu tentu hati dia memberontak ingin tahu apa isinya kann.
Dannnn
Dia pun masuk bilik adiknya secara mengejut, ikut pintu toilet pula tu. Cissss.
Dah tentu tentu juga la Scha terperanjat kan.
Dan dah tentu tentu juga Scha secara automatiknya beri cupcakes ini pada abangnya sambil mengatakan "Ini Atiqah bagi".
Nampak tak suprise yang patut dibuat pada esoknya telah berlaku pada hari sebelumnya. Dan bukan abang dia yang terkejut tapi Syahirah yang terkejut sendiri. Pandai abang dia buat suprise pada adiknya. Eceehhh.
Di samping itu dibekalkan juga sedikit tartfruits untuk dia dan familynya. Ya, bukan selalu dapat beri pada orang sebagai tanda meraikan kejayaannya. Apa yang penting pemberian ini semua adalah ikhlas. Apa apa pun maaf banyak banyak ya tak dapat beri by hand sendiri. Huuu.
Buat yang bernama Muhammad Hafiz Bin Saini
Semoga terus cekal dan tabah dalam menghadapi liku liku kehidupan diluar sana ya. Berkhidmat dengan penuh dedikasi, ikhlas dan amanah demi bangsa, agama dan negara. Sesungguhnya tiada jalan mudah untuk menempuhi kecemerlangan dalam apa jua bidang, melainkan jika kita kuat berusaha dan bercita cita untuk mencapainya. Bersyukur pada Yang Maha Esa atas segala limpah rahmatnya. Mudah mudahan segala apa yang dilakukan di dalam dunia ini samada pekerjaan mahupun amal ibadah di berkati oleh Allah. Semoga selangkah demi selangkah kita dapat cinta dari Allah. InsyaAllah.
p/s : Fondant cupcakes habis semuanya dimakan sekali.
Tahniah!!
ReplyDelete