Bismillah
Sejak tamat alam persekolahan dan pulang ke Melaka, aku teringin sangat hendak ke negeri jelapang padi berjumpa dengan rakan rakan sekolah. Tapi keadaan tidak mengizinkan sehinggalah cuti sem lepas kawan sekolah datang Melaka bercuti seorang diri. Dari situlah aku telah menyimpan hasrat bahawa aku akan bercuti seorang diri ke Kedah pula cuti sem kali ini. Alhamdulillah, impian aku dilaksana dengan baik.
Sebenarnya meremang juga segala bulu roma ketika ingin menyatakan hasrat tersebut pada ayah ibu. Ialah ayah ibu belum pernah lepaskan aku bercuti seorang diri di negeri orang. Tapi setelah puas meyakinkan ayah ibu bahawa aku boleh berdikari di sana, Alhamdulillah ayah ibu izinkan. Fuhhhh. Lega hati.
Ehem. Masalah kedua pula ialah ingin meminta sumbangan sedikit dari abang abang yang tersayang. Aku ini jenis pemalu nak minta minta. Memang dari dulu sampai sekarang macam ini. Ibu berkali kali pesan pada aku supaya call abang abang beritahu akan hal tersebut. Tapi aku macam biasa akan cakap 'nanti la ibu. nanti la ibu'. Haaa. Nanti punya nanti sampai lagi beberapa hari nak gerak ke Kedah baru aku suarakan hajat aku pada abang abang tapi itu pun melalui ibu. Nak cakap sendiri malu. Serius malu! Cuma dengan abang Ammar saja aku cakap sendiri itupun melalui whatsapp. Ok. Itu bukan cakap tapi taip ya. Dengan abang Epah ibu cakap melalui videocall and dengan abang Suhail pula melalui panggilan telefon. Syukur , alhamdulillah mendapat feedback yang baik dari mereka. Terima kasih abang abang. Heart all of you!
Oleh itu pada 15hb Mei 2012 aku berangkat ke negeri jelapang padi dengan menaiki bas Shamisha Holidays pada jam 9.00am. Pertama kali ya aku naik bus dua tingkat. Rasa gayat pun ada juga. Hahaha. Dari Melaka memang tak ramai penumpang. Boleh dibilang dengan jari. Pemandu bas memaklumkan bahawa akan sampai ke Kedah dalam jam 7.00pm. Okey, aku pun bulat bulat percaya dan terus maklumkan pada Fad. Semangat jiwa raga aku nak ke Kedah saat itu. Hehehe. Macam biasa kalau naik bas gerenti aku akan tidur nyenyak sebab perjalanan jauh kan tapi kali ini tidak pun. Bukan sebab eksaited ke apa tapi sebab bas tu banyak berhenti ambil penumpang di sana sini. Sekali berhenti ambil masa 1 jam lebih. Memang geram!!
Aku tak ingat berapa kali bas berhenti ambil penumpang tapi yang pasti ianya lama. Sangat lama okey! Sangat!! Jam 4.00pm bas masih berada di Perak. Ketensionan sudah menunjukkan tanda tanda pada diri aku waktu itu. Kebetulan pula waktu itu cahaya matahari memang panas sangat sangat. Langsir tingkap bas aku tak tutup pun. Amoi seat sebelah pandang lain macam sebab kena dia sikit sikit. Ahhh. Apa aku kisah. Tengah geram kan. Nak marah pemandu bas karang tak pasal pasal dia suruh aku turun tepi highway tu. Naiya je.
Tapi nasib baik ada benda yang menghiburkan hati aku.
Apakah itu?
Ini dia. Buku yang berjaya membuatkan aku tergelak seorang diri ketika membaca dalam keadaan geram. =)
Nama buku pun Sengih Kerang. Memang wajib aku tersengih kerang seorang diri dalam bas itu sampai amoi seat sebelah pandang aku sekali lagi dengan muka penuh dengan tanda tanya. Hahaha.
Kalian tahu Bukit Perapit? Ala laluan yang ada terowong tu. Tahu kan? Dalam bas ada seorang kanak kanak istimewa, lelaki. Waktu lalu dekat terowong tu dia berdiri menjerit jerit sambil tepuk tangan. Tersenyum sendirian aku tengok gelagatnya sebab aku tahu kenapa dia berkelakuan begitu. Dulu kecil kecil aku pun macam itu juga. Kalau lalu terowong tu mesti buka tingkap dan jerit kuat kuat dengan abang abang. Then dengar suara kami bergema. Hahaha. Nampak tak kegembiraan di situ? Nampak kannn. Kadang kadang ayah akan hon lama lama sepanjang lalu dalam terowong itu. Tapi pastikan tiada kereta yang banyak la ya. Hehehe. Itu semua waktu kecil kecil dahulu. Dah besar begini tak ada perasaan apa pun lalu dekat terowong tersebut.
Lepas dari terowong tersebut baru aku dapat tidur lama sampai Penang pun dalam jam 7.00pm. Haloo driver, cakap pukul 7.00pm sampai Kedah. Ini apa cer brother jam 7.00pm baru sampai Penang. Haihh. Cepat cepat aku update pada Fad. Dalam jam 8.00pm baru sampai di Shahab Perdana Alor Setar. Wahhh. Ramainya orang turun dekat sini. Aku cuak juga sebab tinggal 5 orang dalam bas dan mereka semua akan turun di Kuala Perlis.
Pemandu bas : Adik turun mana?
Aku : Tanah Merah Jitra.
Pemandu bas : Kalau pusing ke Kuala Perlis dulu boleh tak? Lepas tu baru hantar ke
Tanah Merah sebab bas dari Kuala Perlis gerak ke Selatan dalam pukul
9.30pm.
Aku : Haaaa. Hantar saya dululah. Kawan saya dah tunggu lama dekat
Tanah Merah tu.
Pemandu bas : *Berlalu tanpa sepatah kata*
Bukan aku pentingkan diri sendiri tapi kalau pusing ke Kuala Perlis dahulu memang lambat la aku sampai ke Jitra. Lagipun kesian Fad tunggu lama nanti kan. Tapi aku geram juga dengan pemandu bas ni. Dah tahu lambat cepat cepatlah gerak. Ini tak, dekat setengah jam juga la dia berhenti dekat Shahab tu berbual bual bagai. Haih.
Aku sampai Tanah Merah tepat jam 9.00pm. Dan waktu itu jugalah batery hp tamat riwayat serta merta. Cissss. Macamana aku nak beritahu Fad aku dah sampai ni. Nak tak nak terpaksa tebalkan muka pergi kaunter bas minta RM0.20. TERpaksa okey! TERPAKSA!! Tapi masalahnya kertas yang aku ada catit nombor telefon Fad pula hilang entah ke mana. Nampak kan masalah disitu. Tanpa segan silu pergi kaunter bas tadi pulangkan kembali RM0.20 tersebut.
Nekad berdiri dekat situ lama lama sehingga Fadhliah Amir datang menjemput. Lebih kurang setengah jam juga la aku berdiri dan baru muncul makcik tu. Rupa-rupanya dia duduk dalam kereta dah setengah jam tunggu aku. Haaaa. Baguslah aku tunggu dia, dia tunggu aku. Bagus sangat!! Kan Fad kan?
Pada aku agak perit perjalanan waktu itu. Tapi bermacam gelagat manusia dapat aku perhatikan di setiap perhentian ke setiap perhentian. Macam macam. Gelagat orang yang berkerja di pam minyak, pakwe hantar makwe naik bas, ayah hantar anak, anak hantar ayah ibu adik semua ada la. Tersengih kerang aku seorang diri melihat gelagat mereka. Walaupun kulit berlainan warna, umur berlainan usia tapi kita semua tetap serupa manusia kerdil ciptaan Maha Kuasa.
Hmmmm.
*Nantikan entry seterusnya mengenai percutian di Negeri Jelapang Padi.
p/s : Fuhhh! Ayat BM yang penuh dan tersusun. Pewiitt!
mcm tulis karangan pulak panjangnya..hehe
ReplyDeletejoking sis.
mcm best je sengih kerang tu..
nak carilah nanti
sekali tgk pun mmg macam karangan. kehkehkeh. okey okey. cari sampai jumpa tau!
ReplyDelete