Friday, June 22, 2012

Kuala Sanglang

Bismillah




Alhamdulillah, cuti sem yang lepas aku berpeluang lepak tengah tengah laut bersama Dayah, Fad dan adik Dayah. Wohohhh. Syiok ooo. Tenang yang amat bila lepak dalam bot di tengah tengah laut. Kau hado? 

Tapi sebelum naik bot, kami lepak dulu makan tebu yang diberi oleh ayah Dayah. Aku memang awal awal fail gigit tebu ni sebab tak reti. Habis selekeh tepi tepi mulut gigit tebu ni. Firash makan pun tak selekeh macam aku tau. Haishh. Paling handal semestinya Dayah. Maybe sebab dia dah biasa kot.

Nah, aku tempek gambar bersama tebu buat tatapan kalian. Tengok sampai juling ya. ;)


Ehem ehem ehem. Baru perasan riak muka wajah aku gembira sangat tu. Heeee. Eh, Sudah sudah la ya tenung gambar atas ni. Malu tahu! Kehkehkeh

Eh, kalian pernah tengok gambar gengster perempuan bandar masuk kampung? Tapi diorang ni tak ganas macam gengster lain dekat luar sana. Serius! Diorang comel sangat. Sopan. Lembut. Hahaha. Tak percaya? Haaaa. Mari tengok gambar ini.


Amacam? Ada gaya macam gengster muslimah bukan? Hihihi. Pandai adik Dayah candid ini gambar. Terima kasih dik. Tapi kan aku rasa macam aku sorang je yang paling comel dekat situ. Kan?? Hahaha. Ini kalau Dayah, Fad and Aten baca gerenti diorang tak boleh tidur 7 hari 7 malam. Kihkihkih. Sebenarnya kami berempat ni memasing rabun jauh ooo. Cuma Aten and Dayah je tak pakai spec supaya tampak lebih anggun dari aku dan Fad. Eh!


Posing kejap sebelum terjun ke dalam bot. Heeee. Fad si kurus kering yang sememangnya keding tu memang sentiasa haus dan lapar. Sebab itu dia tak berhenti langsung gigit tebu tersebut. Hehehee. (y) peace yaww.

Again again and again Fad masih gigit tebu sedaya upayanya. Gigih sungguh anak dara sorang tu.

Aten, Fad, Me & adik Dayah.

Senang cakap ini semua geng bebudak rabun jauh. Hahaha. Memasing pada hakikatnya pakai spec okey. Kalau empat empat tak pakai spec, memang haru la jawabnya. Heee.


Ya Allah, teruknya aku gelak macam itu. Ish. Siapa yang snap gambar ni haa? Meh sini meh. Nak gigit. Haishh. Ini kalau bakal mak mertua tengok gerenti gosok gosok mata banyak kali tau. Silap silap jadi mimpi ngeri setiap kali waktu tidur bakal mak mertua polak. Kehkehkeh.




Ini dah kenapa? Takkan pening laut kot. Cehhh. Tak tak tak. Sebenarnya air laut ni terpercik kena kami. So, terpaksa la halang guna tangan. Dayah and Fad seronok la gelakkan kami sebab mereka tak kena pun. Bedebah punya budak. Cisss.


Disebabkan aku tak pandai berenang, so aku bagi la mereka peluang untuk tepi tepi tu. Kalau jatuh, diorang yang jatuh dulu. Aku selamat, insyaAllah. Hahaha






Ini gambar bersama ayah Dayah. Iyala, kami dah seronok naik bot pakcik Khazi, bergelak ketawa sana sini, takkan la tak bergambar dengan tuan empunya bot kan. Haaaa. Ini pertama kali aku naik bot tanpa memakai jaket keselamatan. Berani kan? Dah la aku tak pandai berenang. Kalau karam, Allah saja yang tahu siapa akan lemas terlebih dahulu. Hehehe. Alhamdulillah semuanya selamat. =)



Baru aku perasan bahawa setiap kali aku pakai tudung, mula mula terletak elok saja, cantik. Last last, tudung akan ke belakang secara tak sedar. Haihhh. Selalu sangat macam tu ooo. Patut la orang pandang aku pelik. Hahaha. Tengah tengah tu adik Dayah. Apa namanya, aku lupa. Maaf!


Mari cuci mata lihat gambar di bawah ini. Actually, setiap gambar diantara aku dan Dayah ada ceritanya. Tapi aku  tak larat dah nak menaip panjang panjang berjela. Nanti kalian juga yang jemu kan. Haaaa. Mari mari.


Me : Terima kasih Dayah bagi pinjam selipar. Kalau tak nahas Tqa naik bot pakai wedges.
Dayah : Tak dak hal la. Pakai leklok noh. Jangan bagi putuih.


Dayah : Eh tqa xgheti gheti nak peluk Dayah ka? Kami dah bagi pinjam selipar tu tau.
Me : Kena peluk ke? Eiiii. Ngada la Dayah ni.


Dayah : Seghonok wei Tqa nak peluk aku. Hang ada?
Me : Erghhhhh.


Me : Alaaaaa. Malu la Dayah. Alaaaaa.
Dayah : Cepat la!!


Me : Alahai. Berat plak rasa tangan ni nak peluk Dayah bila tak ikhlas. Hadeii.
Dayah : Ohoiii. Eksaited gila Tqa nak peluk ni. Perghhhh.


Me : Ishh. Tumbuk laju laju kang baru tahu.
Dayah : Ingat Dayah takut ka? Tumbuk laaa. 


Me : Ikhlas sikit muka tu Dayah. Baru nampak segak.
Dayah : Okey okey. Senyum biaq ikhlas noh Tqa.


Akhirnya si Dayah bahagia yang teramat bila aku dah peluk dia di depan Fad dan Aten. Sorry ya. Dayah saja nak bagi Fad and Aten panassss. Kehkehkeh.




Ini la Fadhliah dan Fathin. Gelak bagai nak rak betul korang ni kan sedangkan dalam hati jeles terlebih kenapa aku peluk Dayah sorang. Hahaha. Tak ada motif betul aku ni. Btw, Fad yang kurus tu adalah our driver on that day. Memang kami buli dia habis habisan. Padan muka!! =P


Ehem ehem.
Terima kasih banyak banyak ya pakcik Khazi sebab sudi bawa kami naik bot petang petang begitu. Mesti pakcik pening kepala kan tengok gelagat kami yang posing sana posing sini, buat bising bagai, jalan jalan atas bot macam tak takut apa apa tu. Haihh. Maaf la ya pakcik. Kawan kawan saya memang begitu. Jelly sangat. Al maklum la, memasing terlebih hyper bila dapat naik bot free of charge. =)


Apa apa pun memang happening la jenjalan naik bot. Actually aku cuak juga sebab fikir macam macam sambil tengok air laut yang penuh di sekeliling aku. Hahaha. Tapi Alhamdulillah tak ada apa yang berlaku. Cuma ada rasa macam pening tetiba. Maybe sebab dalam kereta aku dah start pening kot. Nasib baik tak muntah. Kalau tak memang wajib aku di bahan oleh mereka mereka ni.


Last but not least, mari tatap gambar terakhir beserta pesanan khas ini.



Pesanan dari penaja : 
Kalau kalian naik bot, sila pastikan pakai jaket keselamatan. Jangan jadi macam kami yang sememangnya hebat hebat belaka ni ya. Ini adalah contoh tidak baik. Amaran keras! Utamakan keselamatan anda! Sayangi nyawa anda! Siapa degil, aku ketuk kepala kalian dengan batang tebu ni.
Sekian, terima kasih.
(*___*)

p/s : Teringat naik bot awal tahun hari tu dengan dia.

Friday, June 8, 2012

Geram sambil sengih kerang

Bismillah

Sejak tamat alam persekolahan dan pulang ke Melaka, aku teringin sangat hendak ke negeri jelapang padi berjumpa dengan rakan rakan sekolah. Tapi keadaan tidak mengizinkan sehinggalah cuti sem lepas kawan sekolah datang Melaka bercuti seorang diri. Dari situlah aku telah menyimpan hasrat bahawa aku akan bercuti seorang diri ke Kedah pula cuti sem kali ini. Alhamdulillah, impian aku dilaksana dengan baik.

Sebenarnya meremang juga segala bulu roma ketika ingin menyatakan hasrat tersebut pada ayah ibu. Ialah ayah ibu belum pernah lepaskan aku bercuti seorang diri di negeri orang. Tapi setelah puas meyakinkan ayah ibu bahawa aku boleh berdikari di sana, Alhamdulillah ayah ibu izinkan. Fuhhhh. Lega hati.

Ehem. Masalah kedua pula ialah ingin meminta sumbangan sedikit dari abang abang yang tersayang. Aku ini jenis pemalu nak minta minta. Memang dari dulu sampai sekarang macam ini. Ibu berkali kali pesan pada aku supaya call abang abang beritahu akan hal tersebut. Tapi aku macam biasa akan cakap 'nanti la ibu. nanti la ibu'. Haaa. Nanti punya nanti sampai lagi beberapa hari nak gerak ke Kedah baru aku suarakan hajat aku pada abang abang tapi itu pun melalui ibu. Nak cakap sendiri malu. Serius malu! Cuma dengan abang Ammar saja aku cakap sendiri itupun melalui whatsapp. Ok. Itu bukan cakap tapi taip ya. Dengan abang Epah ibu cakap melalui videocall and dengan abang Suhail pula melalui panggilan telefon. Syukur , alhamdulillah mendapat feedback yang baik dari mereka. Terima kasih abang abang. Heart all of you!

Oleh itu pada 15hb Mei 2012 aku berangkat ke negeri jelapang padi dengan menaiki bas Shamisha Holidays pada jam 9.00am. Pertama kali ya aku naik bus dua tingkat. Rasa gayat pun ada juga. Hahaha. Dari Melaka memang tak ramai penumpang. Boleh dibilang dengan jari. Pemandu bas memaklumkan bahawa akan sampai ke Kedah dalam jam 7.00pm. Okey, aku pun bulat bulat percaya dan terus maklumkan pada Fad. Semangat jiwa raga aku nak ke Kedah saat itu. Hehehe. Macam biasa kalau naik bas gerenti aku akan tidur nyenyak sebab perjalanan jauh kan tapi kali ini tidak pun. Bukan sebab eksaited ke apa tapi sebab bas tu banyak berhenti ambil penumpang di sana sini. Sekali berhenti ambil masa 1 jam lebih. Memang geram!! 

Aku tak ingat berapa kali bas berhenti ambil penumpang tapi yang pasti ianya lama. Sangat lama okey! Sangat!! Jam 4.00pm bas masih berada di Perak. Ketensionan sudah menunjukkan tanda tanda pada diri aku waktu itu. Kebetulan pula waktu itu cahaya matahari memang panas sangat sangat. Langsir tingkap bas aku tak tutup pun. Amoi seat sebelah pandang lain macam sebab kena dia sikit sikit. Ahhh. Apa aku kisah. Tengah geram kan. Nak marah pemandu bas karang tak pasal pasal dia suruh aku turun tepi highway tu. Naiya je. 

Tapi nasib baik ada benda yang menghiburkan hati aku. 
Apakah itu?
Ini dia. Buku yang berjaya membuatkan aku tergelak seorang diri ketika membaca dalam keadaan geram. =)


Nama buku pun Sengih Kerang. Memang wajib aku tersengih kerang seorang diri dalam bas itu sampai amoi seat sebelah pandang aku sekali lagi dengan muka penuh dengan tanda tanya. Hahaha. 

Kalian tahu Bukit Perapit? Ala laluan yang ada terowong tu. Tahu kan? Dalam bas ada seorang kanak kanak istimewa, lelaki. Waktu lalu dekat terowong tu dia berdiri menjerit jerit sambil tepuk tangan. Tersenyum sendirian aku tengok gelagatnya sebab aku tahu kenapa dia berkelakuan begitu. Dulu kecil kecil aku pun macam itu juga. Kalau lalu terowong tu mesti buka tingkap dan jerit kuat kuat dengan abang abang. Then dengar suara kami bergema. Hahaha. Nampak tak kegembiraan di situ? Nampak kannn. Kadang kadang ayah akan hon lama lama sepanjang lalu dalam terowong itu. Tapi pastikan tiada kereta yang banyak la ya. Hehehe. Itu semua waktu kecil kecil dahulu. Dah besar begini tak ada perasaan apa pun lalu dekat terowong tersebut. 

Lepas dari terowong tersebut baru aku dapat tidur lama sampai Penang pun dalam jam 7.00pm. Haloo driver, cakap pukul 7.00pm sampai Kedah. Ini apa cer brother jam 7.00pm baru sampai Penang. Haihh. Cepat cepat aku update pada Fad. Dalam jam 8.00pm baru sampai di Shahab Perdana Alor Setar. Wahhh. Ramainya orang turun dekat sini. Aku cuak juga sebab tinggal 5 orang dalam bas dan mereka semua akan turun di Kuala Perlis. 

Pemandu bas : Adik turun mana?
Aku              : Tanah Merah Jitra.
Pemandu bas : Kalau pusing ke Kuala Perlis dulu boleh tak? Lepas tu baru hantar ke 
                      Tanah Merah sebab bas dari Kuala Perlis gerak ke Selatan dalam pukul 
                      9.30pm.
Aku               : Haaaa. Hantar saya dululah. Kawan saya dah tunggu lama dekat
                      Tanah Merah tu.
Pemandu bas : *Berlalu tanpa sepatah kata*

Bukan aku pentingkan diri sendiri tapi kalau pusing ke Kuala Perlis dahulu memang lambat la aku sampai ke Jitra. Lagipun kesian Fad tunggu lama nanti kan. Tapi aku geram juga dengan pemandu bas ni. Dah tahu lambat cepat cepatlah gerak. Ini tak, dekat setengah jam juga la dia berhenti dekat Shahab tu berbual bual bagai. Haih. 

Aku sampai Tanah Merah tepat jam 9.00pm. Dan waktu itu jugalah batery hp tamat riwayat serta merta. Cissss. Macamana aku nak beritahu Fad aku dah sampai ni. Nak tak nak terpaksa tebalkan muka pergi kaunter bas minta RM0.20. TERpaksa okey! TERPAKSA!! Tapi masalahnya kertas yang aku ada catit nombor telefon Fad pula hilang entah ke mana. Nampak kan masalah disitu. Tanpa segan silu pergi kaunter bas tadi pulangkan kembali RM0.20 tersebut.

Nekad berdiri dekat situ lama lama sehingga Fadhliah Amir datang menjemput. Lebih kurang setengah jam juga la aku berdiri dan baru muncul makcik tu. Rupa-rupanya dia duduk dalam kereta dah setengah jam tunggu aku. Haaaa. Baguslah aku tunggu dia, dia tunggu aku. Bagus sangat!! Kan Fad kan?

Pada aku agak perit perjalanan waktu itu. Tapi bermacam gelagat manusia dapat aku perhatikan di setiap perhentian ke setiap perhentian. Macam macam. Gelagat orang yang berkerja di pam minyak, pakwe hantar makwe naik bas, ayah hantar anak, anak hantar ayah ibu adik semua ada la. Tersengih kerang aku seorang diri melihat gelagat mereka.  Walaupun kulit berlainan warna, umur berlainan usia tapi kita semua tetap serupa manusia kerdil ciptaan Maha Kuasa.

Hmmmm.


*Nantikan entry seterusnya mengenai percutian di Negeri Jelapang Padi.

p/s : Fuhhh! Ayat BM yang penuh dan tersusun. Pewiitt!

Wednesday, June 6, 2012

Related Posts Plugin for Blogger