Bismillah
Assalamualaikum everybody!
Thanks a lot to those who already follow my blog. Lebiu okeh.
Guys,
Actually this entry special for Firash Haiqal that had celebrating his birthday on 28th April 2012.
Simple wishes from Maksu for you dear before pergi kenduri.
Kebetulan pada pagi hari Sabtu tersebut ada majlis kenduri kesyukuran di rumah makcik. Aku dan keluarga pergi bagi memenuhi undangan. Lagipun ramai sedara mara yang ada sana. Seronok berjumpa sesama sendiri.
Diantaranya si kecil bertiga ini. Mentang mentang la mereka paling muda di kenduri itu, asyik dapat perhatian saja lah dari semua orang.
Yang baju kelabu sebelah kiri ialah Marsya Maisarah iaitu mak sedara kepada Firash Haiqal dan Sahal Najla. Mereka ini lahir tahun 2010. Kira sebayalah memasing ni kan walaupun Marsya pangkat makcik. Heee
Memang banyak sangat makanan disitu. Siap ada kambing panggang lagi. Uishhh. Terliur bila teringat balik.
Ini besday boy dengan cupcakes yang memang sedia ada disitu.
Macam macam kerenahnya.
Ehem ehem.
Pada malamnya pula kami semua sambut besday Firash di rumah abang Suhail.
Walaupun ianya di sambut sesimple mungkin tapi ianya cukup meriah kerana Firash mahu pegang pisau potong kek. Yang paling teruja tika itu ialah Najla. Excited sungguh. Firash relax saja. Siap tengok Majalah 3. Hehehe.
Ini adalah hasil tangan yang dibuat sendiri oleh Kak Nadzifa sempena besday Firash.
Permulaan sebelum cheese disapu rata.
Hasilnya!
Sesudah dipotong
|
Aku suka bentuk didalam tu. Cantik sangat!
Seriusly I told you,
nak buat cake ni memerlukan kesabaran yang tinggi .
Sebab banyak peringkat yang perlu dilakukan lebih lebih lagi pada orang yang jarang buat kek macam aku. Haaaaa. Patience is so important okey. Very important!
Apa pun kek ini memang sedap. Tak percaya? Tengok besday boy makan. Sungguh berselera.
Sebagai maksu yang kasih dan sayang pada anak buah, ini la gayanya.
Baru perasan kenapa muka Firash macam tak sudi je aku suapkan kek besday dia. Mungkin sebab aku peluk dia kuat sangat kot. Kesian dia. Tahun ni je Firash. Tahun depan gaya lain pula. Heeee. Maaf ya Firash sebab tahun ni maksu tak bagi apa apa hadiah untuk awak. Maksu tak tahu nak bagi apa. Heee. Blur.
Happy Birthday Firash Haiqal
Semoga menjadi anak yang soleh kepada keluarga dan masyarakat.
Cepat cepatlah bercakap bahasa ibunda dengan betul ya.
Semoga menjadi insan yang berguna kelak, InsyaAllah.
Love you botak!
p/s : Gambar yang blur blur semua guna Instagram.
|
Happy birthday dear..
ReplyDeletesemoga jadi anak yang soleh..Ameen.
tqa ... nk gak kek tuh :) hehehe
ReplyDeleteSalam dear, nak resepi boleyyyy? Apa nama kek ni yeee? Tq :)
ReplyDelete