Monday, November 7, 2011

Apam polkadot



Bismillah

Salam Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia.

Alhamdulillah, aku telah berjaya menghasilkan apam polkadot dengan jayanya. Heee. Dahulu aku suka makan sahaja. Sikit pun tak ambil tahu bagaimana untuk membuat apam ini. Asalkan perut berasa kenyang. Weeee.

Tapi..

Petang raya lepas, aku telah berjaya membuat apam polkadot. Mula-mula ianya sangat sangat sangat la susah sebabnya aku perlu pandai menjaga api. Api dapur gas itu tak boleh kuat sangat ya sebabnya kalau api kuat, permukaan apam polkadot ini akan merekah. Bila sudah merekah, memang buruk la jadinya. Heee. Gabungan warna juga amat penting bagi menghasilkan apam polkadot yang menarik. 



Kita juga boleh mencorakkan permukaannya dengan pelbagai jenis corak yang menarik. Sekarang tengah popular corak ladybird atau bees. Disebabkan percubaan pertama, aku hanya membuat corak dot dot sahaja. Ianya sangat simple! Sungguh! 

Apam polkadot percubaan pertama aku telah dihidangkan kepada pakcik-pakcik, abang-abang serta adik-adik yang datang bertakbir di rumah aku pada malam raya lepas. Alhamdulillah, ianya mendapat pelbagai feedback daripada tetamu yang hadir. Siap anak tauke restoran depan tanya boleh tempah ke tidak. Wohohhhhhhhhhhh. Bisnes bisnes. Hahaha. Abang itu juga tapau beberapa apam polkadot untuk diberikan kepada isteri dan anaknya di rumah. Pelajar Arab juga tidak ketinggalan tapau bawa balik rumah. Hahahaha. Sedap sangat kot. Huhuhu.

Disebabkan mendapat feedback yang positif, aku pun teringin untuk mencuba buat kali kedua tengahari tadi. Al maklumlah, selalunya percubaan pertama sahaja yang menjadi kan. Kali ke dua aku buat ini semuanya aku uruskan sendiri. Sediakan bahan-bahan semua. Agak kekok la mula-mula. Hahahaha. Tapi tapi. Hasilnya amat memuaskan. Ya, aku sangat puas dengan apam polkadot hasil tangan aku sendiri. Kalian nak rasa? Mari mari jemput datang ke rumah. Hiiiii. Nak order pun boleh. =)

Mari aku kongsi resepi apam polkadot percubaan kedua aku ini dengan kalian.




APAM POLKADOT

3 biji telur dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150ml susu segar @ susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry @ strawberry - terpulang pada citarasa
pewarna yang disukai
paper cup yang secukupnya
acuan lompang secukupnya

Cara-cara

- Masukkan semua bahan-bahan kecuali pewarna dan filling ke dalam mangkuk mixer dan 
  pukul dengan kelajuan maksima 6-8 minit sampai kembang.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
- Masukkan setiap warna ke dalam piping bag atau plastik bersih
- Susun acuan lompang dalam loyang
- Letakkan papercup didalamnya.
- Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas
- Letakkan filling secukupnya. Filling ini kita masukkan juga dalam piping bag supaya mudah 
  kita nak letakkan atas adunan tadi.
- Picit lagi adunan yang sama atau berlainan warna sehingga 3/4 penuh.
- Kemudian ambil sedikit adunan letakkan pewarna pilihan, kacau rata.
- Masukkan juga dalam piping bag dan dot-dotkan dengan warna pilihan
- Panaskan kukusan. Balut tutup kukusan dengan kitchen towel supaya air kukusan tidak 
  menitis atas apam.
- Pastikan api sederhana panas.
- Kukus apam tadi selama 10 - 15 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
- Hidangkan ketika panas.

Selamat mencuba!!

p/s : Apam polkadot ini aku mahu berikan kepada seseorang. =)

2 comments:

Related Posts Plugin for Blogger