Sunday, November 27, 2011

Cinta tidak mengenal bangsa



Bismillah


Dua bangsa yang berasal daripada berlainan budaya dan bahasa atas satu agama yang sama ; ISLAM.


Tahniah buat Fuimein Thien & Muhammad Haikal.

Alhamdulillah, majlis kenduri kahwin akhirnya berjaya diadakan pada 12 November 2011 di Taman Bertam Setia. Seronok aku tengok orang kahwin ini. Rasa bahagia sangat. Hehehe. 

Ehem ehem.

Kak Tien ini sebenarnya Cina muslim, dia kawan abang Suhail. Abang aku lah yang Islamkan dia sewaktu di China dahulu. Pelbagai ujian dan dugaan yang telah dilalui oleh kak Tien. Alhamdulillah, sehingga sekarang dia masih berpegang pada agama Islam. (*__*). Dia bekerja sebagai seorang guru di Sekolah Menengah Cina Pay Fong Melaka.

Majlis perkahwinan sudah pasti ada kumpulan kompang bukan? Haaaa. Tengok muka abang-abang dekat bawah ini, semangat sungguh. Sampai timbul urat-urat dekat leher tu. Tetas pun seronok juga. Kihkihkih.  

Ini juga merupkan kali pertama aku menghadirkan diri ke kenduri kahwin yang lain dari yang lain. Kalian mahu tahu apa kelainannya??
Inilah jawapannya

Ahaaaa. Ramai pelajar cina bukan? Satu kumpulan pakai T-shirt putih. Lagi satu kumpulan pakai T-shirt spongebob. Sangat sweet! Rasa macam nak minta satu saja baju tu. Heeee. Serious! Aku rasa seronok tengok budak-budak sekolah datang ke majlis perkahwinan cikgu mereka. Mereka sanggup menunggu lama sehingga selesai majlis bersanding. Sebelum nak bersurai tu, pelajar perempuan siap ada yang menangis dan ramai-ramai melambaikan tangan dari jauh. Erhhhh. Sangat sedih. Mungkin mereka berasa kehilangan cikgu kesayangan kot. Hmmm.

Baju kuning di atas ini ialah ibu kak Tien. Lumrah hati seorang ibu walaupun sekeras besi mahupun batu pasti akan menangis pabila anak perempuan yang pernah di kandungnya selama 9 bulan, dijaga dengan penuh kasih sayang semasa kecil, kini setelah menginjak dewasa terpaksa dilepaskan kepada seorang lelaki yang bergelar suami. Mudah-mudahan Abang Haikal mampu menjaga serta memberi tunjuk ajar agama yang baik kepada kak Tien. InsyaAllah.

Ini adalah gabungan 4 buah keluarga. Kebanyakkan kakak-kakak di atas ini ialah kawan-kawan abang Suhail semasa di China dulu. Masing-masing hebat berbahasa Mandarin. Lebih-lebih lagi kakak yang berbaju putih sebelah aku itu. Maaf ya kak. Saya tak tahu nama akak apa. -__- 

Untuk kak Tien dan abang Haikal

TAHNIAH.
Semoga kehidupan kalian sentiasa aman damai serta diberkati Allah.
Semoga jodoh berpanjangan hingga ke akhir hayat.
Semoga cepat menimang cahaya mata.

Alhamdulillah, kenduri berakhir dengan lancar. Terima kasih kerana menjemput kami sekeluarga ya. 

^______^

Sesiapa yang ingin melihat video sepanjang kenduri diadakan, kalian boleh jengah di Serambimaya.

p/s : dekat kenduri terjumpa peminat blog. hehehe.

Friday, November 11, 2011

11.11.11 hanya sekadar nombor



Bismillah

Salam penghulu segala hari. Semoga keimanan kita terus bertambah.


Dekat facebook and twitter ramai betul yang 'panik' dengan tarikh 11.11.11.

Ada yang mahu bertunang hari ini.
Ada juga yang mahu berkahwin hari ini.
Ada juga yang mahu melahirkan anak hari ini.

Kenapa kalian begitu taksub dengan tarikh sebegini ya??


Adakah kalian pernah terfikir apa yang telah berlaku pada 10.10.10??


Cukuplah ianya menjadi kenangan 'hebat' dari ALLAH.


Oleh itu,


Kita tidak perlu tarikh istimewa 11.11.2011 sebegini untuk meminta-minta. Allah S.W.T sentiasa mendengar permintaan kita 24 jam seminggu 365 hari. Berdoalah kepada-Nya.


p/s : tolong jangan update pasal tarikh ini lagi dekat twitter dan facebook. Muak aku baca.

Monday, November 7, 2011

Apam polkadot



Bismillah

Salam Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia.

Alhamdulillah, aku telah berjaya menghasilkan apam polkadot dengan jayanya. Heee. Dahulu aku suka makan sahaja. Sikit pun tak ambil tahu bagaimana untuk membuat apam ini. Asalkan perut berasa kenyang. Weeee.

Tapi..

Petang raya lepas, aku telah berjaya membuat apam polkadot. Mula-mula ianya sangat sangat sangat la susah sebabnya aku perlu pandai menjaga api. Api dapur gas itu tak boleh kuat sangat ya sebabnya kalau api kuat, permukaan apam polkadot ini akan merekah. Bila sudah merekah, memang buruk la jadinya. Heee. Gabungan warna juga amat penting bagi menghasilkan apam polkadot yang menarik. 



Kita juga boleh mencorakkan permukaannya dengan pelbagai jenis corak yang menarik. Sekarang tengah popular corak ladybird atau bees. Disebabkan percubaan pertama, aku hanya membuat corak dot dot sahaja. Ianya sangat simple! Sungguh! 

Apam polkadot percubaan pertama aku telah dihidangkan kepada pakcik-pakcik, abang-abang serta adik-adik yang datang bertakbir di rumah aku pada malam raya lepas. Alhamdulillah, ianya mendapat pelbagai feedback daripada tetamu yang hadir. Siap anak tauke restoran depan tanya boleh tempah ke tidak. Wohohhhhhhhhhhh. Bisnes bisnes. Hahaha. Abang itu juga tapau beberapa apam polkadot untuk diberikan kepada isteri dan anaknya di rumah. Pelajar Arab juga tidak ketinggalan tapau bawa balik rumah. Hahahaha. Sedap sangat kot. Huhuhu.

Disebabkan mendapat feedback yang positif, aku pun teringin untuk mencuba buat kali kedua tengahari tadi. Al maklumlah, selalunya percubaan pertama sahaja yang menjadi kan. Kali ke dua aku buat ini semuanya aku uruskan sendiri. Sediakan bahan-bahan semua. Agak kekok la mula-mula. Hahahaha. Tapi tapi. Hasilnya amat memuaskan. Ya, aku sangat puas dengan apam polkadot hasil tangan aku sendiri. Kalian nak rasa? Mari mari jemput datang ke rumah. Hiiiii. Nak order pun boleh. =)

Mari aku kongsi resepi apam polkadot percubaan kedua aku ini dengan kalian.




APAM POLKADOT

3 biji telur dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150ml susu segar @ susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry @ strawberry - terpulang pada citarasa
pewarna yang disukai
paper cup yang secukupnya
acuan lompang secukupnya

Cara-cara

- Masukkan semua bahan-bahan kecuali pewarna dan filling ke dalam mangkuk mixer dan 
  pukul dengan kelajuan maksima 6-8 minit sampai kembang.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
- Masukkan setiap warna ke dalam piping bag atau plastik bersih
- Susun acuan lompang dalam loyang
- Letakkan papercup didalamnya.
- Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas
- Letakkan filling secukupnya. Filling ini kita masukkan juga dalam piping bag supaya mudah 
  kita nak letakkan atas adunan tadi.
- Picit lagi adunan yang sama atau berlainan warna sehingga 3/4 penuh.
- Kemudian ambil sedikit adunan letakkan pewarna pilihan, kacau rata.
- Masukkan juga dalam piping bag dan dot-dotkan dengan warna pilihan
- Panaskan kukusan. Balut tutup kukusan dengan kitchen towel supaya air kukusan tidak 
  menitis atas apam.
- Pastikan api sederhana panas.
- Kukus apam tadi selama 10 - 15 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
- Hidangkan ketika panas.

Selamat mencuba!!

p/s : Apam polkadot ini aku mahu berikan kepada seseorang. =)

Friday, November 4, 2011

Kelebihan puasa Hari Arafah



Bismillah


Telah tersebut dalam satu hadith Sahih Muslim yang bermaksud,

Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari 'Arafah. Maka Baginda bersabda :

" Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang. " 
(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Maka untuk mereka yang berpuasa pada hari Arafah akan diganjarkan dengan penebusan dosa setahun sebelum dan selepas.
InsyaAllah. Kalau betul niat dan betul cara.

Didalam riwayat lain Nabisaw bersabda :

" Puasa hari Arafah, sesungguhnya aku berharap Allah swt agar menghapuskan dosa setahun yang lepasnya dan tahun yang sebelumnya "
(Hadith riwayat Tirmidzi)

Daripada Sayyidatina 'Aisyah telah berkata :

Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah
(Hadis riwayat Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi)

Memandangkan Hari Raya Aidiladha dekat Malaysia jatuh pada hari Ahad 6hb November 2011, maka hari Sabtu 5hb November 2011 boleh la kita berpuasa sunat Hari Arafah.
Mari kita beramai-ramai puasa sunat pada hari tersebut.
INSYAALLAH.

P/S : hasil kongsi dari "Kami sayang agama Islam"

Keistimewaan Hari Arafah



Bismillah


- Hari Arafah hari istimewa
Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda

" Tidak ada satu hari dimana Allah Taala paling ramai membebaskan hambaNya dari Neraka 
  selain dari hari Arafah. " ( Sahih Muslim )

- Pujian Allah bagi orang yang wukuf di Arafah.
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda,

" Sesungguhnya Allah SWT memuji mereka yang sedang wukuf di Arafah kepada penduduk 
  langit dan berkata kepada mereka : " Lihatlah kepada hamba-hambaKu yang datang 
  kepadaKu." ". ( HR Ahmad )

- Digalakkan berpuasa kepada yang tidak menunaikan haji
Rasulullah s.a.w. ditanya mengenai puasa pada hari Arafah. Rasulullah s.a.w. mengatakan, Dikaffarah ( diampun dosa ) setahun lalu dan setahun akan datang. ( HR Muslim )

p/s : Copy paste saja ni.

Thursday, November 3, 2011

Result



Bismillah


Semoga mendapat result yang cemerlang ya semua!!


Dup dap dup dap jantung aku.
Esok tepat jam 9 pagi result keluar.

p/s : Sesak nafas nak tunggu result keluar.

Kawan Baik



Bismillah





Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.


Kawan yang baik tak pernah mengumpat dibelakang kawan baiknya.
 Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya. 
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.


Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.


Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.


Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik.
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.


Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.
Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna
Kita adalah kawan yang jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.


Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.


Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.


Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita.


Hargailah orang yang hadir dalam hidup anda, kerana mungkin ia adalah kawan baik anda.


p/s : aku kawan baik siapa ya?
Related Posts Plugin for Blogger