Bismillah
Semalam usai sahaja pulang dari kenduri kahwin abang Azim, abang Suhail serta kak Nadzifa terus membawa aku dan abang Epah ke Jusco Wangsa Maju untuk membeli barang. Selesai solat, aku terus ke tempat di mana ada jual pelbagai jenis buku yang mempunyai potongan harga yang amat berpatutan.
Pada mulanya aku hanya ingin membelek-belek saja buku-buku di situ. Tiada niat langsung ingin membeli kerana aku memikirkan masa aku yang sangat pack sekarang ini. Tetapi abang Suhail telah offer aku untuk membeli buku dan dia yang akan bayarkan. Apabila dah dapat offer sebegitu, mulalah eksplorasi aku mencari buku yang menarik.
Dan akhirnya...
Dua buah buku ini telah berjaya memikat hati aku untuk membelinya.
La Tahzan Gadisku
- Ianya mengenai perkara yang paling di takuti oleh anak-anak gadis masa kini
iaitu masa depan. Walaupun menjalani hidup dengan tenang dan bahagia,
namun dalam pada itu harus di akui bahawa ada banyak perkara yang
menyebabkan kegelisahan yang berpanjangan di sebalik semua keceriaan.
- Mempunyai pelbagai kisah penuh inspirasi yang di satukan supaya dapat
di jadikan panduan dan iktibar serta pengajaran bagi membimbing anak
gadis menjalani hidup yang lebih bermakna serta perlu sentiasa beristiqamah
dan berserah kepada Allah SWT.
Matahari
- Merupakan kompilasi cerpen-cerpen terbaik yang pernah di tulis oleh Hilal Asyraf semenjak
beliau berumur 19 tahun. Mempunyai 18 kisah yang semuanya seputar kehidupan insan
dan hubungan mereka dengan Ar-Rahman.
- Terdapat kisah alam persekolahan, rumah tangga, dan percintaan, perjuangan mencari
kebenaran serta perihal ummah.
- Dengan Matahari menjadi majaz dalam perjalanan ceritanya, semua karya ini adalah
layanan jemari Hilal Asyraf dalam membawa manusia kepada satu perkara, yakni Allah SWT.
InsyaAllah, sekiranya ada masa yang terluang aku akan baca buku ini sebaik mungkin kerana terdapat pelbagai pengajaran yang bakal aku perolehi kelak.
Ameen ~
p/s : Terima kasih abang Suhail! =)
Isikan masa lapang dengan membaca..
ReplyDeleteBestlh tajuk buku tu!
ummi,saya pun nak beli buku La Tahzan Gadisku..mesti bestkn!!hehe..
ReplyDeleteMoga bermanfaat. Ameen =)
ReplyDeletemembaca amalan mulia :-)
ReplyDeleteto anonymous : tq.. =)
ReplyDeleteto anonymous : belilah..buku dia mmg best d baca..
to abg epah : insyaAllah bermanfaat..
to w : betul..