Bismillah
Location : Dalam rumah 56-D5
Masa : Waktu malam, selepas balik dari PWTC.
Tarikh : 2hb Ogos 2010
Nadia masuk dalam rumah sambil bertanya di mana Nadrah dengan nada suara yang marah.
Nadia : Nadrah mana Nadrah??*&%^%%&
Aku : Dalam bilik dia. ( dengan question mark penuh di kepala)
Beberapa minit kemudian.
Nadrah : Mana perempuan tu?
Aku : Dah balik rumah dia. Kenapa ni Nad?
Nadrah : Dia la #@#$%*(..............
Aku, Amirah, Fatin dan Amalina hanya saling bertukar pandangan antara satu sama lain.
Dalam fikiran aku bermacam-macam yang aku fikir kerana sebelum itu Nadrah ada beritahu yang dia ada perasaan tak puas hati dengan Nadia.
Selepas itu bermula lah satu pergaduhan mulut antara Nadrah dan Nadia..
Aku dan Fatin hanya duduk dan mendengar sahaja. Kami berasa risau juga kerana jam sudah menunjukkan pukul 11 lebih. Takut menganggu jiran tetangga yang lain.
Amira : Wey! Ampa ni nak gduh pun msuk la dalam. Satg warden
dengaq la. Setel baik2. Masuk2..
Nadia : Tak nak aku tengok muka perempuan tu. huh.
Selang beberapa minit...
Nadia : Tqa mana tqa??
Aku : Yup. ada apa nadia??
Nadia : Haaa.. Tqa pun sama kn.. Tqa cakap apa kat
bdk2 lain..Mengaku cepat!
Aku : Cakap apa?? Tak faham lah..
Nadia : Jangan nak buat2 tak faham lah.. bdak2 sume ckp Tqa yg
beritahu itu ini. bdk umh nadia pun cakap.
Aku : Cakap apa plak ni?? Tqa xada cakap apa pun kat diorng.
Nadia : Blah la korang. Bdk2 dlm umh ni semua sama la..
Aku memang tertanya-tanya apa salah yang aku dah buat sebabnya aku tak berapa rapat dengan budak-budak yang lain.
Aku hanya mampu mendiamkan diri.
Tiba-tiba....
Nadia : Huh. Wey, Tqa tu harap muka je nampak baik.. tapi belakang macam $@#^*$$^...
Prapppppppppppppppp......
Darah naik terus ke muka aku time Nadia keluarkan ayat macam itu..
Rasa nak menangis tapi aku tahan lagi.
Sebab aku tak nak tunjuk yang aku lemah.
Tapi time itu memang aku rasa geram sangat dengan Nadia.
Selepas itu..
Kak Dayah : Tqa, kau xde perasaan ea?? Muka macam orang
tak bersalah jer..
Aku : Haaa..xde perasaan pun..Rasa mcm biasa je..
Banyak sangat dialog time tu. Aku tak mampu nak tulis banyak-banyak.
Tapi satu yang aku pelik, kenapa Nadia dan Kak Dayah marah-marah aku sedangkan Nadia yang ada masalah dengan Nadrah.
Nadrah : Wey! Kau masuk la rumah. apa kes tak tunjuk
muka semua. Penakut.Hati kecil.
Nadia : Tak ingin aku tengok muka budak2 umh ni. buat
sakit hati je. besar hati aku, besar lg hati Mira dowh..
Aku gelak dengar ayat itu.
Selepas itu, Kak Dayah tutup semua suis lampu kipas di dalam rumah dengan alasan Nadia nak masuk tapi tak nak tengok muka kami.
Ok, Fine!
Selepas itu,
Jeng jeng jeng!!!
Nadia : Aku nak masuk ni korang ingat aku tak bawa apa-apa ke?
Happy Birthday Tqa!!!!
Nadia masuk sambil membawa sebuah kek coklat yang dibuat oleh Amalina.
Semua orang gelak waktu itu.
Aku bengang dan terus pergi ke balkoni dan menangis..
Arghhhhhhhhhhhh....
Aku terkena!!!!
Sorang-sorang datang pada aku dan peluk!!
Aishhhh..
Kalian memang kejam.
Buat suprise macam itu sekali..
Aku dah la penakut.
Huhuhuuh..
Macam-macam makanan ada malam itu.
Kata mereka, sebenarnya ada macam-macam idea mereka ingin kenakan aku..
Tapi mereka hanya mampu lakukan situasi seperti di atas.
Aku amat hargai apa yang kalian lakukan walaupun ianya memang membuatkan aku rasa bermacam-macam perasaan ketika itu.
Kalian memang nakal sangat!
Apa-apa pun, terima kasih sahabat kerana mengingati tarikh hari lahir ku.
Terima kasih juga kerana kalian sanggup mengeluarkan duit untuk meraikan hari lahirku pada malam itu walaupun ianya agak ringkas.
Aku amat menghargainya!
Love u all!
p/s : Tiada sebarang gambar untuk entry kali ini kerana gambar yang diambil
ketika itu kami tidak menutup aurat! harap maklum. Segala kata-kata yang
di ucapkan oleh Nadia dan Kak Dayah adalah semata-mata untuk membuatkan
aku menangis!