Bismillah
Toy Story dan Toy Story 2 kalau nak dibandingkan dengan Toy Story 3 ini memang cukup jauh bezanya. Toy Story 3 lebih "adventure", lebih menitikberatkan nilai-nilai persahabatan. Biasalah cerita disney, mesti ada nilai nilai tertentukan. Toy Story 3 memang jauh lebih enjoy. Oyeh-oyeh.
Daripada awal cerita sampai penghabisannya, pelbagai masalah dihadapi oleh Woody dan kawan-kawannya. sudahlah dipisahkan, lepas itu dibuang pula, tak sempat nak diselamatkan, dah lori sampah kutip dan bla bla bla. Aishh. Macam-macam.
Woody, watak yang semakin membesar dalam filem ini. Dia boleh plan macam-macam cara untuk lepaskan diri dari daycare yang macam neraka bagi mereka dan menumpaskan pihak lotsa. Yang paling seronok apabila Buzz Lightyear sudah menjadi sebahagian daripada geng jahat dan seterusnya bertukar menjadi seorang yang berasal dari Mexico. Hahaha.. Sengal jer. Tapi ia memang best sangat.
Memang berbaloi sangatlah tonton movie ini dengan harga tiket hanya RM6.00 seorang pada hari rabu... . Aku pergi bersama abang kesayangan aku. Heeee..
Dan yang paling best, tak ramai orang yang tgk movie waktu itu. So, aku dan abang, boleh duduk di mana saja kami mahu. hahaha.
Baju kami sama colour ohh.
Lepas tengok movie, ibu,kakak ipar, abang dan aku pergi ke Jaya Jusco sebab ada hari J Card. Memang ramai sangat la manusia sampai aku asyik dilanggar saja. Adoii~
Al maklumlah, semua barang boleh dikatakan murah jugalah.. Tapi kereta abang aku parking di belakang Melaka Mall. Nak parking di tepi jalan, tak berani sebab nampak kereta banyak dah kena saman. Kaya-rayalah MBMB hari itu..
Alang-alang sudah ada camera di tangan abang aku, peluang untuk menembak gambar aku memang banyaklah. Hehehe.. Aku share sikit saja la ya!
Lepas puas mencuci mata, kami pergi ke Mydin, Ayer Keroh untuk mengalas perut di RFC..Makanan disana boleh tahan sedap lah.
Selepas itu baru pulang ke rumah.
Gambar dibawah ini buat tatapan kalian.
Terima kasih kerana membaca.
p/s : If you watch a movie,there is always a hidden moral
values and new things to know,so don't waste your
ticket,learn something from the movie.
Did i just wrote that? uhuh ,i did,so yeah~
ummi.aku g Jusco ari rabu tu.memang ramai kot.ak dtg kol 9 dah jem abis.tapi mmg murah ar.nak tau lebih jengok la blog ak.huhu.promote..
ReplyDeleteaku pergi petang pun rmai gila org.. nmpk sgt org2 yg p jusco time pg tu ambl cuti..hahaha..
ReplyDeleteaku dh baca dh blog kau, siap cmnt lg babe! =)
bgs2.tq2 =]
ReplyDeletehai!
ReplyDeletecantik adik manis ni! Boleh berkenalan?