بسم الله الرحمن الرحيم
Assalammulaikum!
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Selawat serta salam ke atas Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad SAW ya!
Alhamdulillah!
Buat ahli keluarga, teman-teman Ummi Atiqah tolong doakan yg terbaik buat saya ok. Terus mendoakan saya..berdoa berdoa dan terus berdoa buat saya. Doakan saya menjadi insan yang kuat dan tabah menghadapi segala ujian, cabaran dan dugaan di atas muka bumi ini apabila berjauhan dengan keluarga nanti ya.
Bye-bye semua!Selamat tinggal ya [bajet macam dah tak berblogging lagi jer]. Sebenarnya, ini merupakan entry saya yang terakhir buat masa ini kerana saya dah nak pergi menyambungkan pelajaran di sana. Di mana? Di sana lah!! Di sana yang merupakan tempat untuk saya berdikari tanpa bantuan ahli keluarga lagi. Tahu tak? Arghhh. Kalau tak tahu juga, pergi search kat Google ya! Hhahhaa..
Hidup baru akan muncul beberapa jam sahaja lagi. Mudah-mudahan saya boleh hadapinya dengan sebaik yang boleh. InsyaAllah~
Bermula esok, 1 Julai 2010, saya akan mula hidup berdikari.
Tiada lagi
bantuan dari ayah ibu dalam segala perkara.
Tiada lagi
sarapan yang siap terhidang di atas meja makan setiap pagi seperti sebelum ini.
Tiada lagi
belaian, ciuman dan pelukan kasih sayang dari ibu.
Tiada lagi
ayah ingin membancuhkan saya air susu setiap pagi.
Tiada lagi
aktiviti solat berjemaah dengan keluarga.
Tiada lagi
aktiviti membaca Al Quran bersama keluarga.
Tiada lagi
aktiviti membaca Al Matsurat selesai solat.
Tiada lagi
suara ayah ibu yang akan mengejutkan saya bangun dari tidur setiap pagi.
Tiada lagi
bantuan dari ayah apabila saya demam.
Tiada lagi
ayah untuk menolong saya membuat sesuatu perkara.
Tiada lagi
bantuan dari ibu apabila saya mula sakit perut
Tiada lagi
tempat saya berkongsi perkara suka duka dengan ibu.
Tiada lagi
tempat saya bermanja-manja dengan ayah ibu.
Tiada lagi
saya dapat tidur dengan si kecil Firash. [jaga katil maksu baik-baik ya]
Tiada lagi
kedengaran suara Firash yang sering menangis.
Tiada lagi
dapat bergosip dengan kakak.
Tiada lagi
abang-abang yang akan bawa saya jalan-jalan
Tiada lagi
bantuan dari saya yang suka menolak troly di pusat membeli belah.
Tiada lagi
kedengaran suara ayah yang sering membuat saya kering gusi.
Tiada lagi
senda gurau dari abang-abang saya.
Tiada lagi
ibu yang akan menepuk-nepuk serta membelai rambut saya sebelum tidur.
Tiada lagi.
Tiada lagi.
Tiada lagi.
Dan
Tiada lagi semuanya.
Padan muka kau Atiqah! Rasakan macam mana nak hidup berdikari. Manja sangat dengan ayah ibu kan? Sekarang rasakan betapa peritnya apabila berjauhan dengan keluarga. Hahahhaa [gelak jahat]
Nanti
baju kena basuh sendiri
Nanti
air susu kena bancuh sendiri
Nanti
bangun tidur kena sendiri [hp bantu aku ya]
Nanti
cari makanan kena sendiri. [biskut ada,xpe]
Semuanya kena sendirilah. Berbeza dengan keadaan sewaktu di rumah sebelum ini.
I always miss my family, him and my dear friends a lot!
Jaga diri baik-baik ya!
Doakan saya mendapat kawan yang baik, kawan yang open minded, kawan yang boleh membantu saya, kawan yang sekepala dengan saya ya dan yang paling penting kawan yang tidur memang tutup lampu.
Love u all
Lots of love
Ummi Atiqah binti Ahmad!
p/s : kepada sahabat handai yang tahu saya sambung belajar
di mana, kalian jangan maklumkan di sini ya! TQsm!