Assalamualaikum and Hye semua
Lama betul menyepi dan tinggalkan
blog dengan entry celebrate birthday anak buah empat bulan yang lepas. Huhuhu.
Alhamdulillah, hari ni dapat juga
curi curi masa untuk update entry percutian empat hari tiga malam ke Lombok
Indonesia. Yeayyy. Masa plan nak ke Lombok, suami ada bagi lagi dua pilihan
lain iaitu Langkawi dan Phuket. Teringin nak pergi Langkawi sebab duk terbayang
cable car dengan chocolate. Tapi masa ni Langkawi cuaca tak elok sebab jerebu.
Suami pula teringin nak pergi Phuket, sana seronok katanya. Bila suami tanya nak
ke mana, Tiqa pun tanya balik soalan yang sama pada suami. Hihihi.
Bila fikir Lombok, Tiqa tahu Lombok
ni tempat jejaka sana culik gadis melayu sini bawa lari sana, kahwin and tup tup
dapat anak. Haaaa. Dengar pun macam tak best tu yang tak berminat nak pergi.
Hehehe. Tapi bila google sana sini pasal Lombok, banyak juga orang pergi
bercuti sana. Memang terpegun juga tengok gambar gambar tempat menarik dekat
Lombok. Orang kata baik pergi dekat tempat yang kita tak pernah pergi kan.
Sekurang-kurangnya ada juga experience pasal tempat tu bila ada orang bertanya
atau bercerita kan.
Bila dah beritahu suami, suami pun
berminat nak ke Lombok, kami pun decide Lombok la tempatnya. Sebelum pergi Tiqa
pun gigih study and catit itu ini tempat tempat menarik di Lombok termasuk juga
blogwalking beberapa blog yang ada review entry mengenai hotel, makanan dan
sebagainya di Lombok sebab Tiqa dan suami pergi tanpa ikut pakej mana mana
agensi pelancongan. Tapi itu lah catit je lebih, dah sampai LOP, baru teringat
buku tertinggal dekat Malaysia. Maka ber huhuhu la Tiqa dan suami. Hahaha
Ehem. InsyaAllah, Tiqa akan cuba share secara
details sebaik boleh start dari preparation, aktiviti, tambang teksi sewa
basikal private car & motor semuanya sampai la hari terakhir di Lombok.
Nama pun plan last minit kan, so beli
tiket pun sepuloh hari sebelum pergi Lombok di AirAsia.com. Flight dari
Malaysia yang ke Lombok International Airport (LOP) adalah AirAsia sahaja
kerana airportnya yang bersaiz kecil.
Harga tiket flight agak mahal sikit la dari booking awal dua tiga empat lima bulan. Ini harga tiket untuk Tiqa dan suami. Harga tiket juga berbeza bergantung pada tempoh tarikh booking yang korang pilih lagi lagi kalau AirAsia buat special promotion, memang berbaloi. Heeee.
Harga tiket flight agak mahal sikit la dari booking awal dua tiga empat lima bulan. Ini harga tiket untuk Tiqa dan suami. Harga tiket juga berbeza bergantung pada tempoh tarikh booking yang korang pilih lagi lagi kalau AirAsia buat special promotion, memang berbaloi. Heeee.
Tiket flight AirAsia KLIA2-LOP-KLIA2 for two
person
+
Airport tax
+
KLIA2 fees
+
GST
+
Travel protection for two
+
Processing fees for two
+
Checked baggage 20kg
=
RM1400.00
Untuk pengetahuan korang, AirAsia menawarkan penerbangan dua kali sehari ke Lombok (LOP) dari Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2). Perjalanan mengambil masa selama tiga jam.
·
Departure time (KUL-LOP) :
a) Pagi
: 08.35am
b) Petang
: 15.35pm
·
Return time (LOP-KUL) :
a) Tengah
hari : 12.15pm
b) Petang
: 19.15pm
Untuk mendapatkan promosi lebih lanjut dari AirAsia, sila layari website AirAsiaPromotion.com =)
Hotel pun kami survey di Agoda.com dan
di AirAsiaGo.com. Pagi petang malam suami gigih survey hotel hotel menarik dan
berpatutan dengan bajet. Bila berkenan dengan satu hotel, kami cari pula review
hotel tu dari tourist lain yang pernah menginap disana samada bagus atau tidak
sebab gambar gambar yang ditunjuk semuanya gambar bilik, katil, toilet dan
pemandangan dari bilik tersebut. Biasala kalau nak bercuti mestilah nak cari
hotel yang selesa walaupun hanya untuk tidur malam kan. Harga hotel Tiqa akan
masukkan di next entry. =)
Preparation sebelum bercuti paling liat
nak buat adalah packing pakaian. Lagipun suami awal awal dah pesan nanti bawa
bagpack je. Tak payah nak bawa luggage besar besar. Hahaha. Sehari suntuk juga
duduk hadap pakaian fikir nak bawa pakaian apa untuk hari khamis jumaat sabtu. Dah
jumpa pakaian, fikir pula nak match dengan tudung warna apa. Hahaha. Perempuan
perempuan. Suami senang je capai capai pakaian, settle. Huuuu. Kalau boleh
pakaian tu bawa sepasang yang boleh pakai dari pagi sampai ke malam untuk satu
hari. Jimat and tolong bawa baju dan tudung yang tak perlu iron. Kalau tak nanti menyesal macam Tiqa. Hahaha. Pakaian yang pakai masa bertolak dari Malaysia,
Tiqa terpaksa pakai sampai dua hari gara gara hotel dekat pulau tak ada iron.
Huhuhu. Lagi satu jangan lupa bawa sport attire atau pakaian yang sesuai untuk masuk hutan pergi tengok air terjun atau panjat Gunung Rinjani okay.
Bila bercuti dekat pulau dan pantai comfirm
la kena bawa sunblock, kalau tak bawa memang gelap kulit. Hihihi. Barang barang lain bawa macam biasa la
toiletries apa semua tu kalau tak bawa nanti nak gosok gigi mandi semua guna
apa kan. Towel tak perlu bawa sebab hotel dah sediakan. Ringan sikit bag. Tiqa sarankan supaya korang pakai sport shoes yang selesa sebab dekat Lombok tu comfirm akan banyak berjalan sana sini. Ahaaa selipar pun jangan lupa bawa tau.
Kalau bercuti dalam Malaysia memang tak
perlu fikir pasal makanan sangat sebab senang nak dapat. Macam Tiqa memang
jenis cerewet sikit bab makan walaupun Lombok tu ramai orang beragama islam.
Memang banyak je orang Lombok jual makanan tepi tepi jalan, tinggal selera dengan tak selera je nak makan. Untuk menyelamatkan diri, dekat Malaysia, suami beli roti,
chocolate and biskut siap siap buat alas perut kot kot terlalu lapar nanti
dekat Lombok tu. Hehehe.
Okay itu sahaja yang nak share untuk persiapan ke Lombok. Jumpa lagi di next entry.
Byee!!!