Tuesday, October 27, 2015

Persiapan Percutian ke Lombok Indonesia

Assalamualaikum and Hye semua
Lama betul menyepi dan tinggalkan blog dengan entry celebrate birthday anak buah empat bulan yang lepas. Huhuhu.

Alhamdulillah, hari ni dapat juga curi curi masa untuk update entry percutian empat hari tiga malam ke Lombok Indonesia. Yeayyy. Masa plan nak ke Lombok, suami ada bagi lagi dua pilihan lain iaitu Langkawi dan Phuket. Teringin nak pergi Langkawi sebab duk terbayang cable car dengan chocolate. Tapi masa ni Langkawi cuaca tak elok sebab jerebu. Suami pula teringin nak pergi Phuket, sana seronok katanya. Bila suami tanya nak ke mana, Tiqa pun tanya balik soalan yang sama pada suami. Hihihi.

Bila fikir Lombok, Tiqa tahu Lombok ni tempat jejaka sana culik gadis melayu sini bawa lari sana, kahwin and tup tup dapat anak. Haaaa. Dengar pun macam tak best tu yang tak berminat nak pergi. Hehehe. Tapi bila google sana sini pasal Lombok, banyak juga orang pergi bercuti sana. Memang terpegun juga tengok gambar gambar tempat menarik dekat Lombok. Orang kata baik pergi dekat tempat yang kita tak pernah pergi kan. Sekurang-kurangnya ada juga experience pasal tempat tu bila ada orang bertanya atau bercerita kan.



Bila dah beritahu suami, suami pun berminat nak ke Lombok, kami pun decide Lombok la tempatnya. Sebelum pergi Tiqa pun gigih study and catit itu ini tempat tempat menarik di Lombok termasuk juga blogwalking beberapa blog yang ada review entry mengenai hotel, makanan dan sebagainya di Lombok sebab Tiqa dan suami pergi tanpa ikut pakej mana mana agensi pelancongan. Tapi itu lah catit je lebih, dah sampai LOP, baru teringat buku tertinggal dekat Malaysia. Maka ber huhuhu la Tiqa dan suami. Hahaha

 Ehem. InsyaAllah, Tiqa akan cuba share secara details sebaik boleh start dari preparation, aktiviti, tambang teksi sewa basikal private car & motor semuanya sampai la hari terakhir di Lombok.

Nama pun plan last minit kan, so beli tiket pun sepuloh hari sebelum pergi Lombok di AirAsia.com. Flight dari Malaysia yang ke Lombok International Airport (LOP) adalah AirAsia sahaja kerana airportnya yang bersaiz kecil.

Harga tiket flight agak mahal sikit la dari booking awal dua tiga empat lima bulan. Ini harga tiket untuk Tiqa dan suami. Harga tiket juga berbeza bergantung pada tempoh tarikh booking yang korang pilih lagi lagi kalau AirAsia buat special promotion, memang berbaloi. Heeee.

   Tiket flight AirAsia KLIA2-LOP-KLIA2 for two person
+ Airport tax
+ KLIA2 fees
+ GST
+ Travel protection for two
+ Processing fees for two
+ Checked baggage 20kg
= RM1400.00

Untuk pengetahuan korang, AirAsia menawarkan penerbangan dua kali sehari ke Lombok (LOP) dari Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2). Perjalanan mengambil masa selama tiga jam

·         Departure time (KUL-LOP) :
a)    Pagi : 08.35am
b)    Petang : 15.35pm


·         Return time (LOP-KUL) :
a)    Tengah hari : 12.15pm
b)    Petang : 19.15pm



Untuk mendapatkan promosi lebih lanjut dari AirAsia, sila layari website AirAsiaPromotion.com =)





Hotel pun kami survey di Agoda.com dan di AirAsiaGo.com. Pagi petang malam suami gigih survey hotel hotel menarik dan berpatutan dengan bajet. Bila berkenan dengan satu hotel, kami cari pula review hotel tu dari tourist lain yang pernah menginap disana samada bagus atau tidak sebab gambar gambar yang ditunjuk semuanya gambar bilik, katil, toilet dan pemandangan dari bilik tersebut. Biasala kalau nak bercuti mestilah nak cari hotel yang selesa walaupun hanya untuk tidur malam kan. Harga hotel Tiqa akan masukkan di next entry. =)

Preparation sebelum bercuti paling liat nak buat adalah packing pakaian. Lagipun suami awal awal dah pesan nanti bawa bagpack je. Tak payah nak bawa luggage besar besar. Hahaha. Sehari suntuk juga duduk hadap pakaian fikir nak bawa pakaian apa untuk hari khamis jumaat sabtu. Dah jumpa pakaian, fikir pula nak match dengan tudung warna apa. Hahaha. Perempuan perempuan. Suami senang je capai capai pakaian, settle. Huuuu. Kalau boleh pakaian tu bawa sepasang yang boleh pakai dari pagi sampai ke malam untuk satu hari. Jimat and tolong bawa baju dan tudung yang tak perlu iron. Kalau tak nanti menyesal macam Tiqa. Hahaha. Pakaian yang pakai masa bertolak dari Malaysia, Tiqa terpaksa pakai sampai dua hari gara gara hotel dekat pulau tak ada iron. Huhuhu. Lagi satu jangan lupa bawa sport attire atau pakaian yang sesuai untuk masuk hutan pergi tengok air terjun atau panjat Gunung Rinjani okay.

Bila bercuti dekat pulau dan pantai comfirm la kena bawa sunblock, kalau tak bawa memang gelap kulit.  Hihihi. Barang barang lain bawa macam biasa la toiletries apa semua tu kalau tak bawa nanti nak gosok gigi mandi semua guna apa kan. Towel tak perlu bawa sebab hotel dah sediakan. Ringan sikit bag. Tiqa sarankan supaya korang pakai sport shoes yang selesa sebab dekat Lombok tu comfirm akan banyak berjalan sana sini. Ahaaa selipar pun jangan lupa bawa tau.

Kalau bercuti dalam Malaysia memang tak perlu fikir pasal makanan sangat sebab senang nak dapat. Macam Tiqa memang jenis cerewet sikit bab makan walaupun Lombok tu ramai orang beragama islam. Memang banyak je orang Lombok jual makanan tepi tepi jalan, tinggal selera dengan tak selera je nak makan. Untuk menyelamatkan diri, dekat Malaysia, suami beli roti, chocolate and biskut siap siap buat alas perut kot kot terlalu lapar nanti dekat Lombok tu. Hehehe.

Okay itu sahaja yang nak share untuk persiapan ke Lombok. Jumpa lagi di next entry. 
Byee!!!

Monday, June 22, 2015

Firash Haiqal's Birthday | Entry Bergambar

Assalamualaikum


Alhamdulillah sudah masuk hari ke lima umat Islam di Malaysia menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak yang mulia ini. Mohon semua masih kuat dan bertenaga untuk berpuasa sehingga ke hari duapulohsembilan ya, InsyaAllah aminn.

Dan Alhamdulillah juga buat anak buah pertama, Firash Haiqal yang telah genap umur lima tahun limapulohenam hari yang lalu. Yeayyy! Maksu is happy sebab Firash dah besar dah boleh mula pergi sekolah walaupun hakikat sebenarnya umur enam tahun baru nak masuk tadika. Maksu happy juga sebab Firash dah pandai berdikari buat apa sahaja cuma biasa la mengada ngada sampai naik geram dibuatnya. Hehehe. Lumrah seorang kanak kanak kan.

Dulu masa umur setahun dua tahun buat majlis harijadi biasa biasa je sebab Firash cucu pertama dalam family dan memang masa umur setahun tu, anak buah ke dua baru berapa bulan la sangat nak join celebrate sekali kan. So sekarang, haaaa Firash ada empat orang sepupu yang dah boleh join terlompat lompat terjerit jerit untuk celebrate birthday sesama. Yeayyy. Maksu is happy again. Hiks. 


Dalam lima org sepupu yang ada, mereka bertiga saja la yang boleh jadi geng main masak masak, main mak mak, main tembak tembak. main pondok pondok, main cikgu cikgu semua. Sebab lagi dua orang sepupu tu nak kata baby tak ada la baby sangat cuma masih tak berapa faham apa yang abang abang dan kakak ni katakan. 



Ini Sahal Najla berumur lima tahun. Badan lagi kecil dari umur. Seorang yang sangat sangat pemalu.



Ini Muhammad Harraz berumur tiga tahun. Harraz dengan Najla memang sama besar tapi Harraz besar sikit je la dari Najla.



Ini Sahal Nufayl adik kepada Sahal Najla yang berumur dua tahun. Adik lagi besar dari kakak. Hehehe.



Ini anak buah yang ke lima yang sama date of birthday with his maksu. Namanya Haaeyl Aysar. Empatpulohdua hari akan datang genaplah umurnya setahun. 

Okay.



Majlis harijadi ini kami sekeluarga meraikan harijadi Firash Haiqal dan Muhammad Harraz. Konon nak share satu cake untuk dua orang akan tetapi anak buah berdua ini yang sorang ni awal awal dah request nak police car cake dan lagi sorang request cake lori sampah yang siap ada sampah ulat ulat semua sebab dia addicted sangat sangat tengok lori sampah. Akan tetapi kakak ipar, Kak Nadzifa tak ada idea nak buat cake lori sampah maka terhasil la satu cake yang ada KLCC, KL Tower dan bangunan yang seangkatan dengannya di tepi tepi cake dan ada juga tambahan Ultraman melawan Dinasour di atas cake tersebut. 



Disebabkan majlis jemputan hanya ahli keluarga sendiri maka semuanya kami bersama sama berganding bahu menyiapkan pelbagai juadah dah dekorasi yang paling simple untuk kekanak riang ini. Belon tiup sendiri. Banyak memang banyak. Guna pam pun lambat. Last last tiup je la belon guna tenaga masing masing. Banyak yang meletup dan banyak juga yang sempurna. Meja letak cake dan semua tu ambil meja dekat ruang tamu bawa keluar. Letak cake atas meja. Belon gantung gantung dekat belakang tu idea ibu. Ibu excited sangat nak celebrate birthday cucu. Heee. Makanan ibu dan kakak kakak ipar yang sediakan. Memang makanan sediakan yang simple sebab ada cake kan. Takut tak termakan pula kalau buat makanan yang berat berat. Dan topi birthday, ribbon besar, birthday shades, tempat tiup tiup yang keluar bunyi dan akan bergulung balik kalau tak tiup tu dan juga spray apa benda entah nama yang keluar macam tali tali halus dengan yang kluar macam kertas warna banyak banyak tu semua kakak yang beli. Yeayhhh. Dan macam biasa maksu juga la manusia paling happy dan excited. Hahaha

Everything settel dan semua excited nak start majlis tup tup ayah pula tak ada rumah tetiba. Padahal selang beberapa minit sebelum tu ayah memang ada rumah. Hahaha. Semua kelam kabut cari ayah sampai Tqa pun apahal entah pergi semua bilik cari bawah katil. Kahkahkah. Tak masuk di akal la ayah tetiba nak sembunyi tempat tempat macam tu. At last abang pergi surau and nampak ayah tengah bersihkan surau. Adoiii. Sempat lagi ayah ni tau.



Bila semua dah ada dan akhirnya Birthday Party pun bermula dengan gembiranya. Yeayhhh. Nak celebrate birthday dua orang je tapi Najla pun for sure nak join tiup lilin sekali, come on Najla dengan Firash bersfriend forever and ever kott. Memula agak riuh juga la sebab kanak kanak kan ada yang nak pegang cake, ada yang nak ambil car, ada yang nak ambil dinasour bagai dan ada juga yang nak tiup lilin tapi padamnya tidak, air liur je yang lebih keluar. Hahaha. 

Okay.

Nah, belanja gambar banyak banyak.




















Cerita dia birthday dua orang saja tau tapi semua cucu dapat hadiah masing masing. Yang lagi tiga orang tu agaknya hadiah birthday in advance kot. Heeee. Kecil kecil rajin la orang nak bagi hadiah harijadi, cuba dah besar nanti, bukan takat hadiah tak dapat, tarikh birthday pun orang lupa. Hik.









Perkara paling susah sangat nak dapat adalah ambil gambar satu family complete selain di hari raya. Al maklum la abang abang kakak semua dah berkeluarga, memang susah la nak berkumpul ramai ramai macam ni pada hari biasa. Tapi Alhamdulillah dapat juga ambil gambar semua ada walaupun pada mulanya ayah tak nak. Hehehe. 




Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Semoga event sebegini dapat mengeratkan hubungan kami sekeluarga.

InsyaAllah aminn.

Salam Ramadhan Al Mubarak dari kami sekeluarga

Wednesday, April 22, 2015

Majlis Pertunangan Atiqah & Hafiz | Entry Bergambar


Assalamualaikum 

Ehem. Dah lama sangat tak update blog. Ini tup tup update pasal perubahan diri sendiri yang dah sebulan menjadi tunangan orang. Pheww. Banyak kali juga fikir nak update ke tak entry ni sebab majlis bertunang je pun, kalau kahwin lain la. Lagipun majlis pertunangan tak elok la digembar-gemburkan. Tapi bila pakcik makcik sepupu dah post gambar dekat laman social masing-masing, so I pun ikut terjebak sama la post dekat sana sini bila tengok gambar-gambar bertunang semua cantik cantik. Heeee.

Anyway, semua entry yang ada dalam blog Tqa ni hanya untuk di abadikan ianya sebagai kenangan sahaja. Tak ada niat pun untuk kepoh atau bangga diri apa semua tu. Sebab nanti dah tua boleh bagi anak cucu baca blog nenek dia masa muda dulu. Gituww. 


Mengenai majlis petunangan ini sebenarnya family Tqa tak plan pun nak buat majlis bertunang bagai ni sebab ayah ibu plan terus kahwin kan je. Senang. Jimat duit. Tapi ini permintaan parents MH supaya ada la ikatan sebelum kahwin tu. Manis la sikit kata mereka. Kekeke


Setelah dibincang sebaik-baiknya, Alhamdulillah, ayah ibu serta keluarga kedua belah pihak telah bersetuju menetapkan tarikh 21hb Mac 2015 sebagai tarikh pertunangan kami. Ya, satu majlis pertunangan yang planning asal lain, bila dah dekat tarikh 100% menjadi lain. Hahaha. Biasalah kita yang merancang, Allah swt yang menentukan. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan jayanya atas bantuan ahli keluarga serta makcik makcik yang sanggup bersengkang mata sampai lewat pagi untuk pastikan semuanya sudah siap sempurna.


Semua hantaran ini digubah oleh makcik serta ibu. Ya, guna fresh flower sebab ianya buat bekas hantaran nampak lagi berseri-seri. Kebetulan pula makcik dan ibu memang sangat suka dengan fresh flower. Memang seronok la mereka borong fresh flower. Perempuan biasala. =) Tqa bagi 4 dulang pada MH sebagai buah tangan. Disebabkan ini hanya pertunangan, Tqa decide bagi semua makanan. 



Mengenai jemputan tetamu, ayah ibu hanya menjemput sedara sebelah ibu serta jiran tetangga dan orang surau kebetulan pada hari yang sama selepas solat Zohor ayah bercadang untuk mengadakan kenduri kesyukuran sekali. Jumlah jemputan adalah dalam 200 orang. Majlis sangat simple. Hanya buka satu khemah dan memang kena tempah catering la sebab tak cukup tenaga nak masak sendiri untuk menjamu tetamu makan. =) Alhamdulillah, masakan catering sangat super duper sedap walaupun Tqa sendiri makan dah lewat petang dan sepanjang majlis nampak ada la juga sedara mara yang makan bertambah-tambah termasuk nenek. Heee. Nama pun orang melayu kan, so kami sekeluarga hidangkan lauk kampung. Ada asam pedas tetel daging, masak lemak nangka, sayur campur, ayam goreng kunyit, ulam-ulaman dan sambal belacan. Selain itu ada juga hidangan sampingan seperti rainbow cupcakes, wajik, kuih cara berlauk, buah tembikai, buah limau dan bubur kacang.


Sebenarnya plan nak sarung cincin dalam bilik sebab Tqa ni pemalu nak berhadapan dengan orang ramai, lagi-lagi family MH. Malu ooo. Tapi ibu dan makcik cakap sarung cincin dekat luar la cantik, senang nak bergambar semua, sedara-mara nak tengok senang. Okey okey. Permintaan ibu macam tu, Tqa ikut cakap ibu sebab ada betulnya juga kan. So, ini la hasil tempat sarung cincin yang paling simple. Nak cakap mini pelamin, bukan. Asalkan ada kerusi, ada bunga tepi kerusi, ada bantal bantal kecil tu pun dah cukup untuk nampak cantik. Dan semua ni DIY.


Untuk majlis bertunang ni, Tqa memang tak ada upah mua, tak ada tempah baju design sendiri ke apa ke semua. Semuanya buat sendiri. Pakaian beli online, veil beli dekat kiosk dalam shopping complex then bawa balik rumah ibu jahitkan manik tepi tepi veil sampai ke hujung, shawl glitter beli lama dah. Semuanya beli siap, senang. Malam sebelum majlis, makcik pesan nanti makeup cantik cantik pakai mascara, eye shadow, blusher, lipstik, eyeliner, bedak apa semua tu. Tapi tak nak sebab tak reti makeup. Puas juga pagi tu cuba nak pakai mascara eyeliner semua tapi takut silap pakai and at last decide tak payah makeup. Cuma calit lipstik sikit je then sembur perfume sikit and settel! Pastu dapatlah hasil macam gini.


Ahaaa. Sebelum terlupa handbouquet tu pun makcik buat sendiri dari fresh flower juga. Pertama kali pegang bunga untuk majlis diri sendiri, so kekok la juga. Hahaha.  


Alhamdulillah, keluarga MH tiba dirumah pada jam 11.30am. Perasaan tu jangan cakap la, memang gementar sampai menggigil tangan. Tqa kejap duduk bangun berjalan dalam bilik sebab takut. Hahaha. Entah apa yang di takutkan pun tak tahu la. Dah la keseorangan dalam bilik tu. Dalam gementar tu nasib baik adik MH masuk bilik ambil gambar, berbual-bual kejap untuk hilangkan gemuruh. Tengok home hp pun tetap boleh senyum walaupun dalam hati heartbeat tu laju semacam.


Bila keseorangan dalam bilik, sudah tentu segala perbualan antara dua pihak dekat ruang tamu Tqa dapat dengar. Tapi tak ada lah dengar jelas. Sayup-sayup. Yang betul jelas kedengaran suara mereka gelak. Heeee. Dan Tqa dengar ayah MH berpantun. Phewww. Hebat hebat! Macamana pun gembira mereka dekat luar, Tqa dalam bilik tak sabar nak tunggu majlis bertunang habis. Penat tahan takut gementar gemuruh semuanya. =( 


Dan akhirnya masa untung menyarung cincin tiba. Dup dap dup dap juga la nak keluar bilik. Mestilah semua orang dekat situ akan pandang diri gadis yang bakal jadi tunang orang ni kan. Malu tu jangan cakap la. Kalau boleh nak lari masuk bilik balik sebab semua mata tumpu dekat Tqa. Hakikatnya memang tak boleh nak lari la kan. Tqa hanya mampu duduk diam diam sambil kuis kuis kaki dekat carpet. Kekeke. Masa tu teragak-agak la juga nak salam dulu ke buat tak tahu ke apa ke, tapi bila kakak ipar cakap duduk diam-diam tunggu lepas dah sarung cincin baru salam, haaa okey Tqa menurut perintah duduk sediam yang boleh. =) Untuk pengetahuan yang sarungkan cincin on that time is nenek MH. Sebabnya MH adalah cucu pertama yang bertunang dan itu juga permintaan dari ibu MH.


Rasa macam senyum dah cukup ayu sopan biasa saja. Tapi bila tengok balik gambar-gambar dalam camera, Ya Allah, kenapa senyum beriya sangat entah sampai nampak gigi tu over sangat. Eishh. Malu je.


Dah selesai sarung cincin, salam nenek MH, Tqa nampak ibu macam nak menangis tapi ibu cecepat lap mata. Aceceeceee, ibu sedih ke bu. Ini baru bertunang. Kalau dah nikah nanti mahu teresak-esak agaknya ibu menangis. Hihihi. 

'Sunyilah nanti rumah tak ada teman nak bergaduh lagi dah' ujar ibu kepada si anak.
'Belum kahwin lagi la bu' ujar anak kembali

Chill la bu. Lambat lagi nak kahwin. Banyak lagi masa untuk kita bersama. Hikhikhik.

                            
Disetiap penghujung majlis sudah tentu akan ada majlis penutup dengan membaca doa semoga Allah merahmati majlis dan hubungan yang telah terjalin tersebut daripada perkara yang tidak di ingini. Terima kasih abang Suhail atas doa yang dibaca pada hari tersebut.  




Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Apa yang dihajatkan telah pun selesai. Dan sudah tiba masanya untuk sessi bergambar dan menjamu selera. 

Enjoy the pictures okey. 

Atiqah's parents and MH's parents with his puwan
MH's sibling
MH's auntie
MH's sister



Atiqah's SIL
Atiqah's auntie and nenek
Atiqah's uncle & auntie
Atiqah's sister & SIL

Atiqah's cousin & auntie
Atiqah's auntie

Atiqah's sister & SIL with her niece and nephew


Again

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dari mula sehingga ke hujung majlis. Jutaan terima kasih diucapkan buat ayah ibu abang-abang, kakak, kakak-kakak ipar, makcik pakcik dan semua yang telah banyak membantu dari semua aspek bagi menjayakan majlis pertunangan Atiqah. Terima kasih juga buat saudara mara dari jauh yang sudi hadir bagi meraikan majlis ini. Alhamdulillah. Terima kasih semua. 

Mohon semuanya mendoakan kami berdua.

Terima kasih. 



notacinta : seratus tiga puluh hari lagi! 
Related Posts Plugin for Blogger