Monday, April 15, 2013

Hari Istimewa : 2 in 1




Bismillah 




14 April 2013

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. 14 April. Tarikh yang mempunyai dua perkara istimewa dalam satu tarikh. 

1. Ulangtahun Kelahiran Ayah.

Ahmad Bin Saad.

Yang tidur malamnya sering terganggu keranaku.
Yang titik peluhnya menitik membasahi tanah bumi demi membesarkan aku.
Yang tidak pernah mengadu keletihan.
Yang tidak pernah mengadu kesakitan.
Yang sentiasa bersabar akan perangaiku.
Yang sering mengingatkan aku akan solat tidak kira dirumah mahupun diluar.
Yang sentiasa mendoakan kejayaan anak anak.
Setiap lauk yang ingin dimasukkan ke dalam mulut sanggup diberikan kepadaku.
Setiap harta yang dikumpul sanggup dilepaskan untuk pendidikanku.

Namun adakala aku lupa, aku alpa, aku leka akan semua itu Ya Allah.

Kerana dia tidak pernah merungut kepadaku, Ya Allah.
Kerana dia tidak pernah mengadu kepadaku, Ya Allah.
Kerana dia adalah seorang ayah.
Seorang ayah, seorang lelaki yang tiada dua mahupun tiga didalam hidupku didunia ini melainkan bakal suamiku suatu hari nanti.

14 April 2013, Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang kepada ayah untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim yang taat pada perintahNya, menjaga serta mendidik ahli keluarganya. Setelah 60 tahun melayari kehidupan didunia ini, ayah masih sihat wal'afiat dengan keizinan Allah, Alhamdulillah.  

~ Selamat Hari Lahir Ayah.
~ Semoga Allah sentiasa merahmati serta memberkati kehidupan ayah didunia juga   diakhirat kelak.
~ Semoga Allah merahmati, memberkati segala urusan yang ayah lakukan didunia ini. 
~ Semoga Allah panjangkan umur ayah untuk melakukan apa yang di perintah olehNya.
~ Semoga Allah murahkan rezeki serta limpahkan kurniaan rezeki kepada ayah.





2. Ulangtahun Perkahwinan Ayah Ibu



14 April 1979 - 14 April 2013 bersamaan 34 tahun usia perkahwinan ayah dan ibu. 

'Susah untuk jadi seperti ayah yang banyak berkorban untuk keluarga dengan penuh kesabaran dan kesungguhan. Ibu pula tidak jemu-jemu untuk melayan kerenah anak-anak yang mempunyai 1001 ragam (Abg Suhail, 2013)'


Terima kasih Allah kerana telah memberikan kami ayah dan ibu yang sanggup melewati duri kehidupan semata-mata untuk membesarkan kami.

Ya Allah, walau bagaimanapun caranya, kami tetap tidak mampu untuk membalas jasa mereka. Tetapi apa yang pasti kami tetap akan berusaha sedaya uapaya untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang kami ceburi sebagai salah satu cara kami membuktikan rasa cinta, sayang serta penghargaan atas apa yang mereka telah lakukan selama ini. Kami harap Ya Allah, Kau bantulah kami menggapai kejayaan demi melihat seukir senyuman manis daripada raut wajah ayah dan ibu. Dengan seukir senyuman itu sudah cukup menyenangkan hati kami.

Semoga Allah mantapkan kasih sayang sesama kami hinga ke syurga tempat kita bertemu di alam abadi.

Ya Rabbi! Kau titipkanlah rasa rindu dan kasih kami kepada orang tua kami dengan kasih sayang serta barokah daripadaMu kepada mereka.

Ya Allah, Kau ampunilah dosa-dosa mereka dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sewaktu kecil sehingga dewasa.

| Selamat Hari Lahir Ayah | 
| Selamat Ulangtahun Perkahwinan Ayah Ibu |

p/s : Hargailah ayah dan ibu semasa mereka masih ada disisi kita.

Saturday, April 13, 2013

Semester 3 berakhir



Bismillah

Alhamdulillah, akhirnya berakhir juga peperiksaan akhir semester tiga dengan jayanya. Walaupun terdapat pelbagai ujian halangan dugaan semasa dalam proses menghadapi 5 subjek yang boleh mematikan selera makan pabila buku mula dibuka, tetapi semua itu berjaya di tempuhi dengan hebatnya. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah. Berharap keputusan yang bakal keluar nanti pun, Alhamdulillah cantik dipandangan mata dan boleh mengembirakan hati ayah ibu setimpal dengan usaha yang telah dilakukan. =)

Peperiksaan akhir bermula pada 27hb Mac 2013 dan berakhir pada 09hb April 2013. Semakin dekat tarikh akhir peperiksaan, semakin masing-masing tidak tumpu perhatian pada kertas yang terakhir, subjek yang paling susah tapi seronok. Masing-masing menghitung hari untuk pulang ke kampung halaman. Pastinya saya juga begitu.

Ketua Projek : Ahmad Eizzat.

Berminggu-minggu sebelum peperiksaan akhir berakhir, Ejat sudah mula merancang pelbagai aktiviti yang ingin dilakukan pada hari terakhir itu bersama rakan sekelas BM111 3D. Objektifnya ialah untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain.

Antara aktiviti yang dirancangkan ialah :

1. Hiking di Tanjung Tuan, Port Dickson.
2. BBQ di tepi pantai.
3. Main bowling
4. Pergi Funfair
5. Makan malam di Duyong.

Ramai diantara kami yang tidak setuju untuk melakukan hiking kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan serta bbq kerana tiada sesiapa yang boleh membantu untuk memerap segala makanan yang diperlukan. Oleh itu, kami sebulat suara bersetuju untuk aktiviti yang selebihnya. Walaupun hanya 20 orang sahaja yang terlibat, Alhamdulillah reaksi wajah masing-masing menunjukkan mereka gembira. 

20 orang, 4 buah kereta, menuju ke Mahkota Parade, Banda Hilir Melaka.

Aktiviti pertama : Bowling, 5.45 p.m. (3 game setiap seorang)























__________________________________________________________________________________________
Aktiviti kedua :  Snooker (selingan)




__________________________________________________________________________________________
Menunggu jejaka dan gegadis selesai menunaikan solat Maghrib, yuk basahkan tekak dengan aiskrim. Terima kasih amy, belanja saya satu. =)


__________________________________________________________________________________________
Aktiviti ketiga : Makan Malam di Maju Kitchen Malaysia Restaurant, 9.00 p.m.









Ketua Projek tolong bayar semua yang telah anak-anak projeknya makan. =P  Terima kasih KP. =)


Pertemuan berakhir disini. Peluk cium sebelum masing-masing pulang ke kampung tercinta pada esoknya.










Usai makan malam, 4 buah kereta berpisah membawa hala tuju masing-masing dengan hati yang riang ria gembira. 

__________________________________________________________________________________________

Terima kasih kepada Ejat, Amy, Amir, Apis, Naqi, Sheikh, Nekman, Azli, Amsyar, Paan, Su, Maheran, Nani, Myra, Shiro, Azie, Kechiq, Nana dan Hajar di atas kesudian kalian meluangkan masa bersama-sama sebelum masing-masing memulakan cuti semester walaupun ada aktiviti yang tidak dapat kita lakukan diatas keadaan cuaca yang tidak mengizinkan ketika itu. Kita merancang, Allah yang menentukan segala-galanya. Segala kekurangan, mohon dimaafkan. Terima kasih sekali lagi semua! 

- HALF OF BM111 3D's FAMILY -




Kalian,

Sekiranya ada salah dan silap yang telah saya lakukan pada kalian semua secara sengaja ataupun tidak, mohon maaf ya. Semoga kita bersama-sama mendapat keputusan yang terbaik untuk semester 3 ini, InsyaAllah. Sama-sama berdoa untuk kejayaan antara satu sama lain. Semoga kita kekal 31 orang sehingga akhir pengajian Diploma Pengurusan Perniagaan Di UiTM, Lendu Alor Gajah Melaka. Ameen~ 

Love,
Atiqah.

p/s : kita manusia tidak lari dari melakukan kesilapan, tiada seorang manusia didunia ini yang sempurna.
Related Posts Plugin for Blogger